“MADIUS CERITA KRONOLOGI PINDAAN PERLEMBAGAAN”

MADIUS CERITA KRONOLOGI PINDAAN PERLEMBAGAAN

2019-04-17 at 20.09.35.jpeg

Beritasabah diwakili Albert Bingkasan berkesempatan menemu bual YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Tuaran, yang juga merupakan Presiden UPKO di kediaman beliau baru-baru ini. Jelas kelihatan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian itu masih sangat terkilan dengan ‘tragedi’ yang berlaku di Dewan Rakyat pada 9 April 2019; yakni mengenai usul Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Akta (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan Fasal 1(2) yang gagal kerana tidak dipersetujui oleh dua pertiga daripada 221 Ahli Parlimen. Berikut adalah kronologi detik bersejarah yang tidak kesampaian itu menurut Datuk Seri Madius:

9 Mei 2018:

– Pilihanraya Umum ke-14 diadakan. Antara inti manifesto Pakatan Harapan ialah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan.

 

16 Sept 2018:

– Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan di Perayaan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, mengumumkan akan mengembalikan status rakan kongsi setara selaras dengan MA63 kepada Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

 

17 Disember 2018:

  • Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang antara lain bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 Fasal (2). Pelaksanaan tugasan ini diberikan kepada Jawatankuasa Teknikal diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk VK Liew.
  • Antara ahli dalam Jawatankuasa Pemandu ialah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

 

Lampiran 1:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/17/mahathir-chairs-first-steering-committee-meeting-on-ma63/

 

11 Mac 2019:

– Dalam post di Page fb, saya menyatakan betapa Persidangan Parlimen kali ini akan tercatat dalam sejarah kerana pindaan itu akan dibentangkan.

– Semasa pembukaan Persidangan, saya difahamkan pindaan itu akan dibentangkan untuk Bacaan Pertama pada minggu terakhir sesi persidangan yakni sekitar 7-10 April.

 

4 April 2019:

  • Agak terkejut melihat kertas biru, satu pembentangan Rang Undang-Undang bernama Rang Undang-Undang Akta (Pindaan) Perlembagaan Persekutuan Fasal 1(2) Bacaan Pertama oleh Datuk VK Liew.
  • Yang lebih memeranjatkan lagi, cadangan pindaan itu tidak selari dengan keputusan Jawatankuasa Pemandu.
  • Sebelum pun Datuk VK Liew membentangkan pindaan itu untuk Bacaan Pertama, beberapa Ahli Parlimen berdiri membantah, meminta supaya pembentangan pindaan ditunda. Ada juga yang berteriak kenapa saya tidak turut serta berdiri dan membantah pembentangan itu. Sebagaimana lazimnya, pembentangan RUU oleh Kerajaan, yang sudah dimasukkan ke Aturan Urusan Mesyuarat wajib dibentangkan. Dan Tuan Yang DiPetua juga telah memutuskan, ia hanya boleh dihalang melalui Usul bertulis kepada Tuan Yang DiPetua. Pastinya, mereka yang bising-bising itu tahu prosedur atau Peraturan Mesyuarat sedemikian. Seperkara lagi, saya tidak turut serta buat kecoh kerana saya tahu apa yang sedang berlaku memandangkan saya adalah ahli dalam Jawatankuasa Pemandu.
  • Selepas pembentangan itu, Datuk VK Liew telah menjemput semua Ahli Parlimen ke taklimat khas mengenai pindaan tersebut; dan saya turut ambil bahagian menyuarakan betapa pentingnya pindaan itu diselaraskan dengan keputusan Jawatankuasa Pemandu serta kehendak akar umbi, yakni agar MA63 dilaksanakan. Agak pelik kerana beberapa Ahli Parlimen yang bising-bising semasa di Dewan Rakyat, mereka tidak pula hadir dalam taklimat itu. Mungkin kerana taklimat itu tidak dirakam dan tiada siaran langsung …..
2019-04-17 at 20.05.36.jpeg
Bersuara senasa taklimat selepas Bacaan Pertama 4 April 2019.

 

7 April 2019:

– Saya berkesempatan dengan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Saya menyuarakan ketidak-puasan hati mengenai pindaan dalam Bacaan Pertama. Saya juga memberitahu beliau mengenai Usul saya untuk terlebih dahulu merujuk pindaan itu ke Jawatankuasa Pilihan Khas. Perdana Menteri cukup fleksibel, malah setuju bahawa pindaan itu wajar diperbaiki.

 

8 April 2019:

– Setelah melakukan beberapa perbincangan termasuklah dengan para pemimpin UPKO, saya membuat keputusan untuk membuat Usul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 54(1) dan menyampaikan Usul itu kepada Tuan Yang DiPertua hari ini.

  • Saya turut diberi tahu, hanya ada satu lagi Usul tapi mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) daripada Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar Wan. Saya agak terkejut kerana, nyata selain Dato Seri Dr Wan Junaidi, Ahli-Ahli Parlimen lain yang riuh pada 4 April lalu tidak membuat apa-apa usul secara rasmi membantah pindaan itu.

 

Lampiran 2:

https://beritasabah.com/madius-rujuk-pindaan-ruu-ke-jawatankuasa-pilihan/

 

9 April 2019:

WhatsApp Image 2019-04-17 at 20.04.59.jpeg
Perjumpaan dengan PM sebelum penggulungan pada 9 April 2019.

2019-04-17 at 20.09.36.jpeg

 

  • Sebelum Bacaan Kedua oleh Perdana Menteri, saya telah meminta keputusan daripada Tuan Yang DiPertua mengenai Usul saya. Beliau mengatakan amalan Parlimen ialah perkara itu hanya akan disebut selepas Bacaan Kedua. Berikut ialah petua beliau:

 

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Yang diPertua, peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Peraturan Mesyuarat 54(1).

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya ada menghantar usul bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila cakap kuat sedikit.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Saya ada menghantar usul bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua pada hari Isnin, minta supaya rang undang-undang ini sebelum bacaan kedua, perlu kita rujuk sahaja kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, saya ulang lagi sekali.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sebagai Tuan Yang di-Pertua, saya telah menimbangkan usul yang dicadangkan itu melalui suratnya dengan agak teliti dan saya juga telah melihat amalan Dewan Rakyat setakat ini. Sebenarnya Peraturan Mesyuarat 54(1) itu adalah amat kabur dan adalah menjadi amalan di Dewan Rakyat untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 54(2) yang bermakna bahawa usul untuk merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan hanya akan diambil selepas perbahasan. Itu menjadi amalan setakat ini.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Yang diPertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Peraturan perhatian yang sama iaitu 54(1) iaitu saya sedia maklum apa yang telah diperjelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi perkara perubahan pada Perlembagaan ini adalah perkara yang amat penting sekali.

Pada hari kelmarin, Yang Berhormat Menteri JPM telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa ada pertukaran atau pindaan kepada usul yang asal itu dan ini mencerminkan bahawa pihak kerajaan sendiri belum berapa kemas dari segi sebenarnya yang ingin dibawa ke Dewan untuk perubahan.

Maka ini menekankan Tuan Yang di-Pertua, perkara ini harus dirujuk untuk input yang lebih luas daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan-kerajaan di peringkat Persekutuan. Jadi dalam perkara ini, yang asas adalah mengutip input yang luas dan merujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas adalah in order dan tak payahlah kita tergopoh-gapah untuk sesuatu yang kerajaan sendiri pun belum berapa kemas dari segi hati dan perasaan untuk apa yang saya minta.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya faham apa yang sedang dihujahkan oleh Yang Berhormat. Tugas saya sebagai Tuan Yang di-Pertua ialah untuk memakai atau menggunakan peraturan mesyuarat yang berkenaan dan saya telah pun membuat ruling tadi petua bahawa mengikut peraturan mesyuarat kita dan melalui amalan setakat ini, yang terpakai ialah Peraturan Mesyuarat 54(2) yang bererti bahawa usul untuk merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan akan diambil, bukan tidak akan diambil. Akan diambil selepas pembacaan kedua, iaitu selepas proses membahas.

Itu petua saya ya selepas bahas. Sebelum pengundian sudah tentulah ya. [Dewan riuh] Bukan biasanya selepas perbahasan, akan diusulkan supaya diundi tetapi sebelum itu, usul untuk merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan akan diambil. Itu peraturan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Perlu bahas?

Tuan Yang di-Pertua: Perlu bahas. Perlu bahas. Kalau?

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Kita sudah bahas, kemudian selepas itu baru hendak rujuk kepada Jawatankuasa, then no point of perbahasan anymore. Sebab apa sebelum, dia mesti buat sebelum.

Tuan Yang di-Pertua: Saya merujuk kepada Peraturan 54(2). Lebih baik saya baca ya supaya tidak ada apa-apa kekaburan. “Setelah dibacakan rang undang-undang kali yang kedua, maka rang undang-undang itu akan terserah kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis kecuali jika Majlis mengeluarkan usul menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pilihan. Usul ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu tetapi mestilah dibuat sebaik-baik sahaja dibacakan rang undang-undang itu kali yang kedua”.

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, itulah. Sila lihat Peraturan Mesyuarat 55(2) – “Sesebuah Jawatankuasa yang telah diserahkan kepadanya satu rang undang-undang selepas bacaan kali yang kedua tidak boleh membahaskan dasar rang undang-undang tersebut tetapi hanya butir-butirnya sahaja”. Bermakna bahawa, kita perlu membahaskan dasar terlebih dahulu sebelum rujukan dibuat. Itu ruling saya ya. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. “

  • Hansard pembentangan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seperti berikut:

Perdana Menteri [Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa suatu rang undang-undang bernama Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berteraskan keluhuran Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan menjadi asas pembentukan negara ini dan merupakan landasan kepada pembinaan negara ini, yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Perlembagaan Persekutuan telah digarap berasaskan harapan, pertimbangan, rundingan dan kompromi yang dicapai antara pelbagai pihak daripada Kerajaan British sehinggalah pemimpin-pemimpin tempatan yang diberi mandat untuk mewakili dan membawa suara rakyat di tanah air yang kita kenali hari ini sebagai Malaysia.

Kompromi yang dicapai pada masa itu telah menjadikan Malaysia sebagai suatu negara berteraskan prinsip federalisme. Antara ciri-ciri federalisme yang diamalkan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jaminan terhadap institusi Raja Berperlembagaan dan hak asasi kesemua rakyat yang tidak boleh dicerobohi dengan sewenang-wenangnya.

Dalam pelaksanaan prinsip ini, hak dan kedaulatan semua negeri juga dijamin, di mana semua negeri mempunyai hak dan bidang kuasa masing-masing berkenaan dengan hal-hal dalam urusan negeri, local matters dan juga hal-hal bersama negeri lain bagi perkara yang melibatkan negara secara keseluruhan.

Di bawah sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia, kuasa pentadbiran negara dibahagikan kepada badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Dalam hal ini, tiada satu badan pun yang boleh menjalankan kuasa secara mutlak dan menyeluruh. Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan prinsip federalisme ini adalah juga berteraskan kepada kedaulatan undang-undang, the rule of law dengan izin.

Selaras dengan prinsip ini, Kerajaan Pakatan Harapan yang telah diberi mandat oleh rakyat di Malaysia amat peka dan prihatin terhadap suara dan kehendak rakyat Malaysia, terutamanya daripada negeri Sabah dan Sarawak. Kehendak dan desakan rakyat di negeri Sabah dan Sarawak telah diberi perhatian dan menjadi salah satu perkara utama yang diambil serius oleh pihak Pakatan Harapan sejak sebelum Kerajaan Pakatan Harapan ini dibentuk setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lagi. Berpandukan kepada kehendak ini, Pakatan Harapan telah mengemukakan janji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan Perjanjian Malaysia 1963, sebagaimana yang disebut di bawah Janji 40, Teras Keempat dalam Buku Harapan: Membina Negara Memenuhi Harapan. [Tepuk]

Melihat kepada landskap perundangan negara pada masa ini, suatu pindaan yang wajar perlu dibuat demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat di negeri Sabah dan Sarawak. Perlembagaan Persekutuan yang merupakan suatu living document dengan izin, hendaklah sentiasa perlu dikemas kini mengikut keperluan dan peredaran masa.

Meniti kembali lembaran sejarah, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda beberapa kali sejak kelahirannya dan pindaan yang terakhir sekali adalah dibuat pada tahun 2007. Setelah 12 tahun berlalu sejak pindaan terakhir tersebut, didapati terdapat banyak peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda agar selaras dengan kehendak dan keperluan negara. Namun, ia tidak dibuat oleh kerajaan terdahulu. Oleh yang demikian, ini merupakan titik permulaan dan masa yang sangat sesuai bagi Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah pertama dan merealisasikan kehendak rakyat di negeri Sabah dan Sarawak, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. [Tepuk]

Dalam hal ini, Kerajaan Pakatan Harapan mengorak langkah untuk membuat pindaan yang perlu dan wajar kepada Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan kehendak semasa dan keperluan yang saya nyatakan tadi, kerajaan mencadangkan pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukkan semula peruntukan mengenai negeri-negeri Persekutuan, sebagaimana kedudukan peruntukan tersebut semasa Persekutuan Malaysia dibentuk dengan pengubahsuaian yang perlu.

Cadangan pindaan ini merupakan suatu keputusan yang wajar dalam usaha kerajaan merealisasikan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang dikemukakan dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Dalam hal ini, Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dianggotai oleh wakil Kerajaan Persekutuan dan wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang termasuklah Ketua Menteri Sabah dan Sarawak telah memutuskan bahawa kerajaan bersetuju untuk meminda fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan, supaya diperuntukkan semula peruntukan yang sama sebagaimana dalam tahun 1963 dengan pengubahsuaian yang perlu. [Tepuk]

Pindaan ini dilaksanakan sebagai memenuhi tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang mahukan agar kedudukan negeri Sabah dan Sarawak di bawah fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan, dikembalikan kepada kedudukan peruntukan tersebut semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, selaras dengan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963. [Tepuk]

Selain itu, pindaan ini juga adalah selaras dengan ucapan yang telah saya sampaikan semasa sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018 yang lalu, di mana semasa pembentukan Malaysia yang termeterai secara rasmi pada 16 September 1963. Dalam Perjanjian Malaysia 1963, keempat-empat wilayah ini bergabung sebagai equal partners ataupun rakan yang seangkatan. [Tepuk] ‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’. [Tepuk]

Walau bagaimanapun, Singapura telah keluar Malaysia pada tahun 1965. Tahun-tahun berikutnya telah juga menukar status Sabah dan Sarawak dari rakan sekutu kepada negeri-negeri di dalam Malaysia. Malaysia Baharu dan Kerajaan Pakatan Harapan mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak. [Tepuk]

Ini adalah sebahagian dari proses yang akan dilaksanakan setelah kajian Perjanjian Malaysia 1963 disiapkan. Ini merupakan langkah pertama yang dilaksanakan dalam hal ini. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Jawatankuasa Khas Kabinet ini masih dalam proses perbincangan dan rundingan mengenai isu-isu yang melibatkan pelaksanaan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 tersebut.

Rundingan ini akan berterusan sehingga suatu persetujuan, konsensus dan kompromi dapat dicapai dan diterima baik oleh semua pihak. Selanjutnya, setelah cadangan pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 ini dipersetujui, pindaan-pindaan lain yang wajar akan menyusul hasil daripada rundingan yang dijalankan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, huraian mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini adalah sebagaimana berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan semua negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan, dengan ubahsuaian kedudukan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Pindaan ini dibuat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia yang dimeterai pada tahun 1963. Pindaan ini memenuhi aspirasi harapan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan semua rakyat Sabah dan Sarawak. Pindaan ini dalam apa-apa cara, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah sistem federalisme yang diamalkan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari hasrat dan tuntutan rakyat negeri Sabah dan Sarawak agar kedudukan seperti mana yang telah dipersetujui semasa Perjanjian Malaysia dimeterai dan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 dapat dizahirkan semula. Tuntutan negeri Sabah dan Sarawak termasuklah antaranya tuntutan agar peruntukan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada dikembalikan kepada peruntukan asal pada tahun 1963 tanpa sebarang ubahsuaian dengan mengambil kira bahawa Singapura telah meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Walau bagaimanapun, melalui pindaan yang dicadangkan ini, kedudukan peruntukan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua negeri komponen dalam Persekutuan Malaysia sebagaimana pada tahun 1963 akan dikembalikan dengan sedikit ubahsuaian yang perlu.

Pertama, dengan memotong frasa “Negeri Singapura” memandangkan Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 selaras dengan peruntukan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1966 yang berkuat kuasa pada 9 Ogos 1965.

Kedua, dengan memotong frasa “the State of Malaya” dengan rujukan kepada “Negerinegeri Tanah Melayu” tidak lagi digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan, memandangkan negeri-negeri tersebut merupakan entiti sendiri yang telah berintegrasi sebagai negeri komponen dalam Persekutuan Malaysia.

Ketiga, dengan memotong frasa “Borneo States” memandangkan frasa “Negeri-negeri Borneo” telah digantikan dengan frasa “Negeri Sabah dan Sarawak” di mana ia terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang telah dipinda oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 [Akta A354] dan Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 [Akta A514].

Pada masa ini, rujukan kepada frasa “Negeri-negeri Borneo” tidak lagi digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Istilah “Negeri-negeri Borneo” digantikan dengan frasa “Negeri Sabah dan Sarawak” pada masa itu sebagai mengemas kini yang antara tujuannya adalah bagi mengelakkan anggapan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan suatu provinsi dalam Indonesia. Sehubungan itu, kedua-dua negeri tersebut dikenali dengan nama negeri Sabah dan Sarawak sahaja dan bukannya negerinegeri Borneo.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan dalam menggubal Rang Undangundang Perlembagaan (Pindaan) 2019 turut mendengar pandangan dan buah fikiran daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Akta Malaysia 1963 tetap kekal dan terpelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan dengan ini akan mencadangkan pindaan dalam jawatankuasa bagi menambah baik Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019. Cadangan yang akan dicadangkan dalam jawatankuasa ialah agar peruntukan semasa dikembalikan kepada peruntukan asal pada tahun 1963 tanpa sebarang ubahsuaian dengan mengambil kira bahawa Singapura telah meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. [Tepuk]

Oleh itu dicadangkan fasal (2) Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini dipinda seperti berikut. Pindaan Perkara 1(2) – Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 1 dengan menggantikan fasal (2) dengan fasal yang berikut: (2) – Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu dan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Amendment of Article 1, the English version.  The Federal Constitution, dengan izin, is amended in Article 1 by substituting the Clause (2), the following Clause: “(2) the States of the Federation shall be – (a) the states of Malaya namely Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Penang, Perlis, Selangor and Terengganu; and (b) the Borneo states namely Sabah and Sarawak.”

Selain itu, terdapat juga cadangan supaya huraian terhadap Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di ayat terakhir iaitu “Pindaan ini, dalam apa-apa cara, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah konsep federalisme” atau dalam bahasa Inggerisnya, “This amendment does not, in any way, alter the functions of the Federal and state governments under the concept of federalism” juga dipotong. Kerajaan Persekutuan berpandangan bahawa perkara ini boleh dilaksanakan dan akan mencadangkan pindaan yang sewajarnya dalam peringkat jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menyedari bahawa dalam mencadangkan pindaan pada fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan ini, terdapat juga banyak cadangan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak agar pindaan turut dibuat kepada tafsiran the Federation atau Persekutuan di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, izinkan saya untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan tafsiran the Federation ataupun Persekutuan di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, “In this Constitution, unless the context otherwise requires, the following expressions have the meanings hereby respectively assigned to them, that is to say- “the Federation” means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957”.

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mencadangkan agar tafsiran tersebut hendaklah diselaraskan memandangkan ia masih merujuk kepada Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Dalam hal ini, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan yang mentafsirkan ungkapan-ungkapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, tafsiran bagi ungkapan-ungkapan yang dinyatakan dalam fasal (2) Perkara 160 tersebut mempunyai erti sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukan tersebut.

Ungkapan “the Federation” ditafsirkan di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan sebagai Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ungkapan “Persekutuan” juga terdapat dalam fasal (1) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

Dalam hal ini, tafsiran dalam fasal (2) Perkara 160 tersebut digunakan dalam konteks yang berlainan daripada peruntukan dalam fasal (1) Perkara 1 yang merujuk kepada Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

Tafsiran dalam fasal (2) Perkara 160 tersebut mempunyai tujuan lain iaitu antaranya bagi menjelaskan maksud “Persekutuan” ataupun “The Federation” pada masa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 untuk tujuan peruntukan sementara dan peralihan di bawah Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Antara contoh peruntukan di mana istilah “the Federation” tersebut disebut adalah dalam fasal (3) Perkara 166 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan mengenai pewarisan harta sebelum merdeka, fasal (3) Perkara 162 mengenai undang-undang sedia ada sebelum merdeka dan juga fasal (7) Perkara 167 mengenai hak liabiliti dan obligasi yang ditanggung oleh Persekutuan sejak sebelum hari merdeka.

Dalam konteks umum pula, “Persekutuan” bermaksud Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal (1) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan. Tafsiran ungkapan “the Federation” di bawah fasal (2) Perkara 160 tidak menjejaskan kedudukan negeri Sabah dan Sarawak sebagai satu komponen dalam Persekutuan Malaysia.

Oleh itu, kerajaan tidak bercadang untuk meminda tafsiran ungkapan “the Federation” di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan kerana tafsiran yang sedemikian dihasratkan untuk digunakan dalam beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang masih berkuat kuasa.

Dalam hal ini, hendaklah ditekankan bahawa pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 ini tidak dalam apa-apa cara sekalipun mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah konsep Persekutuan atau dikenali sebagai Federalism seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Negeri Sabah dan Sarawak akan terus menikmati hak-hak istimewa sedia ada… [Tepuk] yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang perlu dilaksanakan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Kedudukan ini juga tidak akan mengubah hak-hak negeri yang lain dalam Persekutuan Malaysia ini. Selaras dengan sistem federalism yang diamalkan di Malaysia, pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri diperuntukkan dengan jelas dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang asas bagi negara kita ini.

Setiap entiti dan setiap institusi di negara ini menjalankan kuasa masing-masing berlandaskan perkara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kuasa perundangan Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan, sementara kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri bagi kerajaan negeri pula disenaraikan dalam Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa perundangan secara bersama bagi perkara yang dinyatakan dalam senarai bersama. Sebagai tambahan, negeri Sabah dan Sarawak turut menikmati hak-hak istimewa yang lain daripada yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang termasuklah pemberian khas kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta peruntukan khas bagi menjamin kepentingan Sabah dan Sarawak berhubung dengan beberapa perkara.

Antaranya seperti tanah, kedudukan istimewa anak negeri di Sabah dan Sarawak, kuasa perundangan ke atas perkara-perkara yang lebih banyak kepada negeri Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain melalui senarai tambahan kepada Senarai Negeri dan senarai tambahan kepada Senarai Bersama di bawah Senarai Perundangan (Legislative List) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Walau apa pun yang dicadangkan dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini, seperti yang saya maklumkan Dewan yang mulia ini, pindaan yang dicadangkan terhadap fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan tidak akan sama sekali mengubah usaha rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sedang giat diadakan pada masa ini melalui Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963.

Usaha rundingan tersebut masih dan akan diteruskan sehingga suatu kata sepakat yang dapat memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Sehubungan ini, ingin saya tegaskan bahawa Malaysia hendaklah dilihat sebagai satu entiti tanpa memisahkannya kepada Malaysia Timur dan Malaysia Barat di mana kekayaan dan keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia perlu diagihkan kepada semua negeri di Malaysia secara adil dan saksama mengikut keperluan. [Dewan tepuk]

Perpaduan negara hendaklah menjadi agenda utama semua pihak yang membentuk Malaysia bagi memastikan Malaysia dapat terus maju dan berdiri teguh, sebaris dengan kuasa-kuasa besar di dunia.

Akhir kata, pindaan yang dicadangkan ini merupakan satu langkah dan usaha murni kerajaan sebagai pembuka jalan kepada reformasi undang-undang demi mencapai hasrat semua rakyat Malaysia.

Apa-apa tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya dibuat selepas mempertimbangkan implikasi dan kesannya kepada Malaysia secara keseluruhan dan bukanlah merupakan satu tindakan yang dibuat secara terburu-buru untuk memenuhi kehendak manamana pihak. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Dewan tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ada sesiapa yang menyokong? Silakan.

Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail]: Tuan Yang diPertua, saya mohon menyokong. [Dewan tepuk] :

 

  • Saya mengambil bahagian dalam perbahasan. Teks saya ada lah seperti berikut:

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang diPertua kerana telah beri peluang bagi saya untuk membahaskan Rang undang-undang Perlembagaan Pindaan 2019 ini. Tuan Yang di-Pertua, kesemua ahli di Dewan yang mulia ini, saya fikir kita semua pun mahu mencapai satu negara Malaysia yang maju, sejahtera, aman damai, makmur dan sebagainya.

Bagi Sabah dan Sarawak, kunci utamanya ialah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Langkawi dalam pembentangan bacaan kali kedua pagi tadi, tengah hari tadi bahawa kita hendaklah duduk sama rendah berdiri sama tinggi, kita equal partner dan sebagainya.

Hari ini bersejarah kerana akhirnya satu kecuaian di masa yang lalu di mana satu pencerobohan kepada pelaksanaan Perjanjian Malaysia tahun 1963 apabila dipinda Perlembagaan Artikel 1(2) tahun 1976 hari ini kita berpeluang mengembalikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ahli Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Kabinet dalam perkara ini. Di antara perkara yang dibincangkan pertamanya kita telah bersetuju dalam perkara ini. Kita bersetuju supaya ini kita meminda Fasal 1(2).

Walau bagaimanapun, dalam perbincangan tersebut, kita telah – kita tidak bincang bila akan dibentangkan, juga tidak perincian dari segi perkataannya dan sebagainya, tiba-tiba dalam persidangan pada kali ini dibuat dan tidak ada perbincangan dari segi bagaimana perkataannya dan sebagainya. Kerana bila dibentangkan bacaan kali pertama saya sendiri pun terkejut sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu tentang sentence constructration-nya dan saya tidak dapat menyokong.

Walau bagaimanapun, tidak perlu kita mempolitikkan perkara ini, tidak perlu kita berteriak-teriak dan sebagainya. Kita tenang menghadapi perkara ini dan berbincang apabila Yang Berhormat Batu Sapi, Menteri Jabatan Perdana Menteri memberi taklimat kepada semua Ahli-ahli Parlimen, sama ada dipihak pembangkang atau pihak kerajaan dan sebaginya dengan tenang.

Setelah mendengar pandangan-pandangan saya lihat bahawa pelbagai pandangan – bagaimana kita dapat mencapai satu keadaan di mana Sabah Sarawak dan Semenanjung ini equal status seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apabila saya mendengar ini semua, saya merasakan bahawa dengan rang undang-undang yang telah dibaca pada bacaan kali pertama, tidak memadai untuk mencapai matlamat itu.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya sendiri telah menghantar satu usul meminta supaya kalau dalam keadaan yang sama hendaklah di rujuk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Oleh sebab itu sebelum bacaan kali kedua bagi tengah hari tadi saya telah minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua sama ada ini akan dirujukkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas ataupun dibahas dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua telah membuat ruling bahawa akan dibuat selepas perbahasan ini sebelum penggulungan selepas penggulungan dan sebagainya.

Saya telah mendengar dengan teliti pembentangan bacaan kali kedua oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Langkawi dan saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah dinyatakan bahawa rang undang-undang yang kita akan luluskan ini jauh berbeza daripada apa yang telah dibentangkan dalam bacaan kali pertama.

Ini adalah kerana apa yang akan dibentangkan ini yang kita akan luluskan ini adalah satu rang undang-undang yang mengembalikan kepada asal. Selain daripada itu jika sekiranya diterima cadangan seperti mana dicadangkan oleh Yang Berhormat Petrajaya supaya dimasukkan juga satu ayat iaitu pursuant to the Malaysian Agreement 1963.

Saya berpendapat bahawa perkataan itu, ayat itu sangat-sangat penting. Kenapa sangat-sangat penting bahawa kerana ia apa yang kita akan luluskan ini adalah satu definisi apa itu Persekutuan Malaysia dan dari mana asalnya dan asalnya adalah daripada Perjanjian Malaysia.

Oleh sebab itu perlu disebut – saya berbeza sedikit pendapat dengan rakan saya Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beluran menyatakan bahawa tidak perlulah ini pursuant to the Malaysian Agreement 1963 bagi saya ini penting kerana ia telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Langkawi.

Artikel 160(2) iaitu definition of Federation dan Yang Berhormat Langkawi menyatakan bahawa dia adalah merujuk kepada Artikel 162 iaitu berkenaan dengan transition of power di situ dinyatakan tentang Persekutuan Tanah Melayu. Saya bukan seorang peguam apatah lagi seorang constitutional lawyer tetapi saya lihat di sana ada logiknya, ada rasionalnya. Akan tetapi pada masa yang sama jika sekiranya Artikel 1(2) ini tidak dimasukkan pursuant to the Malaysian Agreement 1963 seolah-olah kita mempunyai dua definisi Persekutuan itu.

Jadi kalau ini dibuat dimasukkan nanti di dalam Jawatankuasa, diterima di situ dan menerima segala perakuan-perakuan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya tidak perlu perkara ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas, saya boleh menyokong rang undang-undang ini dengan pindaan-pindaan seperti mana dicadangkan oleh Yang Berhormat Langkawi.

Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Minta penjelasan ringkas Yang Berhormat Tuaran. Sedikit sahaja.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Nanti. Nanti terlalu pendek masa dia.

Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Hal undang-undang tadi.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tidak apa, tidak apa. Terlalu pendek masanya ya, kalau ada lebih masa saya boleh bagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Pasir Gudang tunggu giliran. Sila Yang Berhormat Tuaran.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Jadi dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan ini, kita boleh teruskan dan saya tidak ada masalah menyokong malah saya mengajak rakan-rakan semua Ahli-ahli Parlimen apatah lagi daripada Sabah dan Sarawak untuk menyokong mengundi pindaan ini.

Pada masa yang sama, oleh kerana Jawatankuasa PEMANDU, Jawatankuasa Kabinet ini berterusan dan sebagainya dan perkara-perkara yang sedang dibincang akan diteruskan. Apa-apa juga consequential amendment kepada Perlembagaan Persekutuan jika perlu dan sebagainya hendaklah baru dilaksanakan, hendaklah dibuat dan saya mohon supaya Dewan ini membuat perakuan ini apatah lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, setelah menghantar usul untuk merujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas ini, saya berpeluang untuk berbincang dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan ke Sabah. Saya bersama-sama dengan rakan sejawat saya Yang Berhormat Tawau dan juga Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pindaan ini dibuat.

Saya sangat gembira kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju supaya dapat pinda. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya fikir rakyat Sabah pun bergembira kerana ini dapat dikembalikan. Apa yang penting ialah sudah sekian lama yang sama ada dari Sabah atau dari Sarawak dan juga di Semenanjung adalah untuk memahami ini, menghayati ini.

Oleh sebab apabila kita dengar perbahasanperbahasan tadi tentang hal-hal berkenaan dengan rakyat Semenanjung perlu ke Sabah pakai kad pengenalan, apatah lagi permohonan permit bekerja dan sebagainya. Kita bekerja di Sarawak perlu ada permit dan sebagainya. Inilah sebahagian daripada syarat-syarat kita membentuk Malaysia.

Apabila kita mendengar juga sebelah pihak, kedua-dua pihak sering kita dengar di Dewan yang mulia ini bahawa Sabah dan Sarawak ini adalah merupakan 60 peratus daripada tanah keseluruhan Malaysia. Semenanjung ini baru lebih kurang 38 peratus. Itu harus kita ingat.

Oleh sebab itu apabila kita menyatakan tentang hal-hal berkaitan dengan memperimbangkan lagi pembangunan di antara Sabah dan Sarawak, keluasan geografi ini perhubungan yang begitu jauh di antara Sabah dan Sarawak harus hendaklah diambil kira.

Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa sensitif dan mahu mendengar tentang keluhan-keluhan. Saya sudah berada di Dewan ini mahu masuk keempat penggal dan kita sentiasa memberi keluhan, rintihan dan sebagainya.

Akhirnya pada hari ini perubahan berlaku. Saya sangat bersyukur kerana akhirnya ada perubahan. Ada perubahan dari segi pemikiran dan sebagainya. Hari ini mari kita sama-sama tunjukkan, saya pun bersama-sama rakan-rakan dari Sabah sokong pindaan ini, bersama-sama. [Tepuk] Pada masa yang sama…

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, masa sudah tamat.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Pada masa yang sama, hal-hal berkenaan consequential amendment seterusnya dalam Perlembagaan ini setelah nanti selesai Jawatankuasa PEMANDU membuat kajiannya, hendaklah diambilkan. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Tuaran [Tepuk]. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baram. Masa lima minit, sila.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan. dalam tempoh yang agak singkat seramai 46 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Sekarang saya ingin menjemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya ingin membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) supaya rang undang-undang ini diserah kepada Special Select Committee.

Tuan Yang di-Pertua: Sebentar. Selepas sesi menjawab perkara ini akan kita bangkitkan. Sebab proses perbahasan belum selesai.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Saya boleh baca peraturannya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya pun sudah baca Yang Berhormat, saya mengikut amalan juga. Selepas sesi menjawab, silakan Yang Amat Berhormat.

Perdana Menteri [Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang telah saya bentangkan. Saya telah mendengar dengan teliti sesi perbahasan yang berlangsung dan dapat menyimpulkan bahawa secara umumnya majoriti ahli Dewan menyokong pindaan yang dicadangkan ini, [Dewan tepuk] walaupun ada yang menyokong secara bersyarat. Akan tetapi secara dasarnya pindaan ini diterima baik oleh semua, sebagaimana yang telah saya jelaskan.

Pindaan ini ialah manifestasi langkah pertama Kerajaan Pakatan Harapan menterjemahkan hasrat rakyat di negeri Sabah dan Sarawak yang mahukan status Sabah dan Sarawak dikembalikan kepada kedudukan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Ini selaras dengan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, saya dapati Ahli-ahli Yang Berhormat agak keliru dengan sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukan Persekutuan Malaysia. Izinkan saya untuk memperjelaskan sedikit sejarah mengenai pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan juga pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apa yang kerajaan bentangkan melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini, hendaklah difahami dan dihayati dengan mendalam. Kerajaan Persekutuan ingin menjelaskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu yang telah dibentuk pada tahun 1957, merupakan satu daripada pihak yang memeterai Perjanjian Malaysia 1963.

Saya ingin mengingatkan kembali Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa negeri-negeri Tanah Melayu telah dibentuk hasil daripada persetujuan antara Negeri-negeri Melayu dengan Kerajaan British yang juga bersetuju untuk melepaskan kedaulatan British ke atas Negeri-negeri Selat. Persekutuan Tanah Melayu 1957 lahir daripada persetujuan yang telah dicapai antara Kerajaan British dengan Negeri-negeri Melayu yang lebih awal telah bersatu di bawah Perjanjian Persekutuan 1948.

Perjanjian Persekutuan 1948 jika kita masih ingat lagi merupakan hasil daripada perjuangan rakyat di Negeri-negeri Melayu yang menentang Malayan Union. Oleh itu, apabila Persekutuan Tanah Melayu 1957 bersetuju untuk bersatu dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia, pada tahun 1963 Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat telah pun mempunyai entiti dan identiti sendiri dan bersedia menerima Sabah dan Sarawak sebagai satu keluarga dalam sebuah Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia tanpa melaungkan dan menekan nama dan identiti Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa selaras dengan Persekutuan Malaysia yang telah terbentuk dan berjalan mengikut landasan dan sistem federalism negara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat merupakan Ahli Parlimen iaitu suatu badan perundangan di peringkat Persekutuan yang sebenarnya mewakili kawasan masing-masing untuk kebaikan dan masa depan Persekutuan dan setiap kawasan atau constituency mempunyai hak yang sama untuk bersuara dan mewakili semua rakyat dalam constituency masing-masing di peringkat Persekutuan.

Sebagai perbandingan, kita lihat negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, sistem federalism yang diamalkan di negara itu adalah berdasarkan Perlembagaan negara itu di mana negeri-negeri yang membentuk Amerika Syarikat mempunyai hak dan obligasi sebagai anggota dalam Persekutuan. Hak, kuasa dan obligasi negeri-negeri yang merupakan anggota dalam suatu Persekutuan United States of America diperuntukkan juga dalam Senarai Persekutuan Negeri dan Senarai Bersama sebagai makna yang diamalkan di Malaysia tetapi bersesuaian dengan sistem politik dan kompromi yang telah dicapai antara Persekutuan dan negeri.

Dalam satu federalism, kita perlulah menghormati hak dan obligasi setiap rakan kongsi yang membentuk Persekutuan. Oleh itu, dalam menghayati konsep equal partnership di negara ini sekiranya telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa dalam sesuatu hal atau perkara, maka hak dan kuasa tersebut hendaklah terus dilaksanakan dan terus diberikan kebebasan dan kuasa untuk menjalankan tanggungjawab tersebut demi kemakmuran dan masa depan negara.

Sekiranya, pihak Sabah dan Sarawak berhasrat untuk berkongsi kuasa tersebut, maka perkara ini haruslah dirundingkan bersama dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengulas beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen semasa perbahasan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini untuk meminda Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan khususnya Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Petrajaya, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Santubong, Yang Berhormat Kota Bharu dan banyak lagi dari Sabah dan Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia.

Seperti mana yang telah saya sebutkan di dalam ucapan pembentangan saya tadi pindaan ini dibuat sebagai langkah pertama dalam merealisasikan harapan dan aspirasi kerajaan… [Tepuk] Rakyat negeri Sabah dan Sarawak di mana pindaan ini adalah untuk menyatakan bahawa perjanjian yang dibuat antara tiga entiti iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Kedudukan Persekutuan Tanah Melayu tidak berubah sebaliknya ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Malaysia bersama dengan wakil Sabah dan Sarawak. Kerajaan yang ditubuhkan ini adalah kerajaan seluruh Malaysia, ia tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan yang asal walaupun perjanjian antara negeri-negeri di Semenanjung masih kekal.

Select Committee seperti diutarakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Ketereh dan ramai lagi. Pindaan kepada Fasal 2 Perkara 1 ini telah dipersetujui dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 dan merupakan langkah pertama yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat negeri Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pakatan Harapan berpandangan bahawa rujukan kepada Select Committee mengenai rang undang-undang ini adalah tidak perlu memandangkan tujuan pindaan ini adalah amat jelas iaitu untuk memperuntukkan semula peruntukan mengenai negeri-negeri Persekutuan sebagai mana kedudukan peruntukkan tersebut semasa Persekutuan Malaysia dibentuk dengan ubah usai yang perlu.

Seperti yang telah dijelaskan, kerajaan sedang menjalankan usaha merealisasikan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak melalui semua perbincangan dan rundingan yang dijalankan dalam inisiatif Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Jika ada tuntutan khusus berkenaan hubungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, ketiga-tiga entiti ini boleh berunding menyelesaikan tuntutan dari manamana pihak. Mengenai kebimbangan dan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Pengerang, sepertimana yang telah saya maklumkan pindaan yang dicadangkan Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan tidak akan mengubah usaha rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sedang diadakan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963. Usaha rundingan tersebut masih akan diteruskan.

Yang Berhormat Pengerang juga membangkitkan isu implikasi pindaan ini sama ada ia akan mengubah taraf negeri Sabah dan Sarawak. Dalam hal Tuan Yang di-Pertua seperti yang saya nyatakan tadi pindaan ini akan mengembalikan peruntukkan asal dan status negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai. [Tepuk]

Pindaan ini juga tidak akan menjejaskan apa-apa kedudukan sedia ada semua negeri di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan. Pindaan ini merupakan langkah pertama oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak. Pindaan lain yang wajar akan menyusul daripada rundingan yang sedang giat dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai konsep federalisme yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Kinabatangan, kerajaan telah bersetuju untuk memotong perkara ini dalam huraian sepertimana yang dipohon seperti yang telah saya nyatakan tadi. Dalam hal ini konsep federalisme memang telah termaktub dalam peruntukkan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun apa pun yang dibahaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipatuhi memandangkan ia merupakan undang-undang utama negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berteraskan keluhuran Perlembagaan.

Yang Berhormat Pontian juga ada membangkitkan isu mengenai rujukan kepada Majlis Raja-raja mengenai pindaan ini, dalam hal ini ingin saya jelaskan bahawa pindaan ini tidak secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja dan oleh itu tidak ada keperluan untuk pindaan ini dirujuk kepada Majlis Raja-raja. [Tepuk]

Selain daripada itu, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Keningau ada membangkitkan isu autonomi Sabah dan Sarawak khususnya berkenaan dengan royalti minyak. Seperti yang saya tegaskan tadi perkara ini merupakan perkara yang masih boleh dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan juga mengambil maklum bahawa Yang Berhormat Santubong dan Yang Berhormat Kota Bahru telah membangkitkan isu berkenaan had wilayah, untuk makluman Dewan yang mulia ini isu ini sememangnya merupakan isu yang sedang rundingkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan akan di terus dirunding.

Selain itu, Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Petrajaya juga ada membangkitkan isu mengenai rujukan pindaan ini kepada Dewan Undang Negeri Sabah dan Sarawak atau Consultative Committees yang ditubuhkan di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan mengenai keperluan untuk mendapatkan restu Dewan Undangan Negeri Sarawak mengenai keputusan untuk membentangkan rang undang-undang yang melibatkan hal ehwal Sabah dan Sarawak di Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengambil maklum permohonan Yang Berhormat Tumpat agar wakil-wakil negeri lain turut dijemput sebagai anggota perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Dalam hal ini, dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut Kerajaan Persekutuan sentiasa menjaga kepentingan dan hak-hak negeri lain yang sama-sama membentuk Malaysia secara keseluruhan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu Yang Berhormat Tumpat tidak perlulah risau kerana rundingan tersebut dibuat secara adil berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa. Jawatankuasa Kabinet tersebut akan terus membuat rundingan sehinggalah satu keputusan yang dapat memuaskan hati semua pihak dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menerima baik usaha kerajaan terdahulu berunding dengan negeri Sabah dan Sarawak, devolution of authority seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Kimanis. Malangnya jawatankuasa yang ditubuhkan bagi proses devolution tersebut tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak sendiri, pada masa itu. Dalam hal ini kerajaan juga mengambil maklum hasrat kebanyakan Ahli-ahli Dewan ini yang turut mahu mempunyai suara dalam Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang ditubuhkan.

Oleh yang demikian, kerajaan tiada halangan agar perkara ini dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh ditubuhkan untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Ini kerana kerajaan sedar bahawa tiada Ahli-ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan ini boleh memberikan peluang kepada Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam konteks ini, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan dijemput untuk menjadi salah seorang ahli dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut. Keahlian Jawatankuasa Khas Parlimen ini akan melibatkan Ahli-ahli Parlimen dari pelbagai komposisi parti dalam Parlimen.

Pada masa yang sama, kerajaan mengambil maklum daripada Kerajaan Negeri Sarawak bahawa pembentukan Malaysia adalah lanjutan daripada Perjanjian Malaysia 1963 dengan izin, pursuant to the Malaysia Agreement 1963. Dengan itu, saya mohon sokongan penuh Ahli-ahli Berhormat sekalian untuk rang undang-undang ini diluluskan. Sekian, terima kasih. [Dewan Tepuk]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Amat Berhormat, sebelum duduk, saya ada bangkitkan satu perkara iaitu pindaan ini bertentangan juga dengan Perlembagaan kerana dari segi Fasal (2) Perkara 1 mengatakan: “(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada- (a) Tanah Melayu dan negeri-negerinya serta; (b) Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak”.

Dari segi definisi Persekutuan di dalam Perlembagaan ini. Definisi Persekutuan ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kalau itu makna Persekutuan, bermakna Sabah dan Sarawak tidak termasuk, tidak boleh termasuk di dalam ini kerana Sabah dan Sarawak belum lagi menjadi negeri-negeri ataupun belum menjadi sebahagian daripada negara Malaysia pada tahun 1957.

Jadi, ia bertentangan. Maknanya, kalau kita kata negeri-negeri Persekutuan, maksud Persekutuan ini adalah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Oleh sebab itulah, kita mencadangkan supaya perlu dilihat secara menyeluruh. Mungkin pindaan perlu dibuat kepada definisi Persekutuan dan selepas itu barulah kita membuat pindaan ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat dua Persekutuan. Pertama ialah Persekutuan Tanah Melayu, yang anggotanya telah saya jelaskan. Apabila kita bercadang untuk bersama dengan Sabah dan Sarawak, kita juga terima konsep Persekutuan tetapi, kali ini Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tiga entiti.

Tujuan kita hari ini adalah supaya kita jelaskan bahawa yang merunding untuk menubuhkan Persekutuan yang baharu ini ialah tiga entiti dan bukan pihak yang lain. Pihak yang lama diwakili oleh Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa itu, merekalah yang merunding, tetapi yang ditubuhkan bukan Persekutuan yang mana negeri-negeri di Semenanjung ini juga mempunyai taraf yang sama dengan Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, kita harus faham bahawa apa yang kita ingin lakukan hari ini ialah mengembalikan kepada Perjanjian 1963 di waktu mana yang berunding bukan Kedah bukan Perlis bukan Kelantan bukan Terengganu, yang berunding ialah Persekutuan Tanah Melayu sebagai satu entiti dengan Sabah dan Sarawak dan ketiga tiga ini bersetuju mengadakan sistem pemerintahan federal yang namanya serupa tetapi bukan yang pertama itu, ini yang lain.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Sri jawab?

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya berpandukan kepada definisi. Saya bersetuju ada lagi Perjanjian 1963, bermakna kita tambahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ini definisinya, bukan setakat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 tetapi juga Perjanjian Malaysia 1963, kena masukan di dalam ini. Ini adalah undang-undang bertulis yang tidak boleh diubah kecuali dipinda.

Sekarang ini kita refers kepada undang-undang bertulis yang ada di depan kita yang hanya menyebut tentang Persekutuan bermakna “Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan Perjanjian tahun 1957”. Jadi, saya takut ia bertentangan dengan Perlembagaan dan kalau hendak tambah, itu saya kata tadi, kita tambah berdasarkan Perjanjian tahun 1963.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Persekutuan Malaysia dibuat antara tiga entiti. Akan tetapi, disalahtafsirkan oleh kerajaan dahulu supaya dianggap sebagai 13 buah entiti. Akan tetapi, yang tiga belas ini tidak runding sama sekali. Mereka diwakili oleh Persekutuan Tanah Melayu dan yang kita betulkan di sini, pindaan ini adalah untuk membetulkan supaya tidak ada lagi salah faham bahawa Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah Terengganu ada sama taraf.

Sebaliknya kita ingin tentukan bahawa federation, Persekutuan Malaysia ini adalah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah, rang undang-undang dibacakan kali yang kedua. Saya ada satu pemakluman yang akan saya baca sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin merujuk kepada usul daripada Yang Berhormat Tuaran yang telah diterima pada Isnin 8 April 2019 berkenaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk diserahkan kepada satu Jawatankuasa Pilihan sebelum bacaan kali kedua.

Usul yang dikemukakan isu-isu yang berbangkit adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 54, Fasal (1) dan 54 Fasal (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya telah meneliti dan mendapati bahawa usul Yang Berhormat Yang Berhormat Tuaran adalah menyerupai usul yang dikemukakan terlebih dahulu oleh Yang Berhormat Santubong yang telah diterima pada Khamis 4 April 2019 dan mempunyai maksud yang sama.

Justeru saya hanya membenarkan usul Yang Berhormat Santubong untuk dikemukakan. Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Santubong untuk mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2).

USUL MENYERAHKAN RANG UNDANG-UNDANG KEPADA JAWATANKUASA PILIHAN

Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang diPertua, saya ingin mengusulkan supaya rang undang-undang ini diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dikaji dengan seluruhnya di bawah Peraturan 54(2) dan saya baca peraturan ini.

“Setelah dibacakan Rang Undang-undang kali yang kedua, maka Rang Undang-undang itu akan terserah kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, kecuali jika Majlis mengeluarkan usul menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pilihan. Usul ini tidak dikehendaki dikeluarkan pemberitahu tetapi mestilah dibuat sebaik-baik sahaja dibacakan rang undang-undang itu kali yang kedua, masih boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli; masalah atau usul itu hendaklah dikemukakan serta-merta kepada mesyuarat bagi diputuskan dan hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kita memerlukan seorang penyokong. Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bintulu menyokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis Usul Yang Berhormat Santubong seperti yang dikemukakan tadi untuk diputus. Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), Usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. [Usul dikemukakan bagi diputuskan]

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]:

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]:

Tuan Yang di-Pertua, belah bahagi. [Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46 fasal (4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masingmasing di hadapan blok Yang Berhormat. Saya ingatkan Senator tidak boleh mengundi ya.

[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah diberi keputusan mengundi. Keputusan undi adalah seperti berikut. Ahli-ahli yang bersetuju, 60 orang. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, 136 orang. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak mengundi, satu orang. [Usul tidak disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan semula masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang dari dua per tiga dari jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46, Fasal 5 saya memerintahkan supaya satu belah-bahagian diadakan sekarang. Dua per tiga undi mesti diperolehi mengikut Perlembagaan. Bunyikan loceng selama 2 minit.

[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua: Seperti tadi, Ahli-ahli Yang berhormat yang jadi penghitung undi sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah diberi keputusan. Dua per tiga undi adalah bersamaan dengan 148 undi daripada 221 Ahli Dewan Rakyat yang ada. Jadi inilah keputusannya: Ahli-ahli yang bersetuju, 138 undi. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju, 0 undi. Tidak ada. Ahli-ahli yang tidak mengundi, 59 ahli. [Dewan riuh] Jadi keputusan, tidak didapati undi yang lebih daripada dua per tiga undi majoriti bersetuju. [Bacaan kali yang kedua rang undang-undang tidak disetujukan]

Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Rakyat akan hukum kamu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Rakyat akan tolak keluar daripada Sabah dan Sarawak.

Menteri Wilayah Persekutuan [Tuan Khalid bin Abd Samad]: Jadi pasu bunga ramai ya hari ini.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi seterusnya rang undang-undang ini tidak boleh diteruskan untuk dibacakan kali yang kedua sekarang. Sebab undi tidak..

Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Kesian rakyat Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang jadi penghitung dan yang mengambil bahagian.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Ignatius Dorell Leiking]: Gagallah. Sabah Sarawak rugi.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 10 April 2019. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

11 April 2019:

 

Datuk Seri Madius: Sekian kronologi. Perjuangan kita teruskan. Mohon iringan doa. Terima kasih

Beritasabah: Kounsikou, terima kasih Datuk Seri. TAMAT

Advertisements

The Star: PM’s visit a major morale booster for Kiulu folks

 

Adventure territory:Najib checking on the progress of the Telipok-Kiulu-Randagong road connection project in Ranau. — Bernama

Adventure territory:Najib checking on the progress of the Telipok-Kiulu-Randagong road connection project in Ranau. — Bernama

 

KOTA KINABALU: The folks of Kiulu, a sub-district of Tuaran, have never had a Prime Minister come a-calling. So it was historic when Datuk Seri Najib Tun Razak set foot in a village there yesterday.

Although it was no secret why the Prime Minister made his way to the sub-district, he vowed to return and spend more time with them, promising to even go white-water rafting when he does.

“I want to make a special offer. If you want me to go rafting here, I ask you to help deliver all four seats to Barisan.

“I will come back after the general election,” Najib said as he inspected a 60km road project that would connect Telipok-Kiulu-Randagong in Ranau.

Estimated at RM288mil, the stretch is expected to be completed by March next year.

Kiulu, Sulaman and Tamparuli are the three state seats under the Tuaran parliamentary constituency.

In the last election, Barisan won the Tuaran parliamentary seat through Datuk Seri Wilfred Madius Tangau of Upko, Sulaman through Umno’s Hajiji Noor and Kiulu by a whisker – 44 votes – through debutant Datuk Joniston Bangkuai of PBS.

However, the ruling coalition lost narrowly in Tamparuli to PKR by 383 votes.

Sabah Barisan has shifted to high gear in an effort to make a clean sweep this time around.

Last week, Chief Minister Tan Sri Musa Aman hinted that the PBS’ former Tamparuli assemblyman Datuk Jahid Jahim would be fielded there again.

Bangkuai, a former Sabah New Straits Times bureau chief, described Najib’s visit as a “major morale booster” to the rural folk.

“It is big when you have the PM meeting the people and pledging to bring development,” said Bangkuai.

“There has been no development for many years here. But we have been seeing progress,” said the assemblyman whose hilly Kiulu constituency had 105 kampungs spread over a 388sq km area.

Kiulu is said to be the second most scenic village in Malaysia, thanks to the Kiulu River famed for white-water rafting.

 

Source: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/23/pms-visit-a-major-morale-booster-for-kiulu-folks/

Free Malaysia Today: You Have Long Way To Go To Win, Upko Tells Opposition

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) component party Upko has cautioned opposition political parties that aspired to win big in the coming election that they still have a long way to go.

Its acting president, Wilfred Madius Tangau, said Upko had been in the political arena for almost three decades now and still had many things to learn.

“Experience has taught us that as a political party, even with Upko being around for almost 30 years, it is not so easy.

“Just imagine, it is only today that we managed to open Upko’s Libaran division … what more parties that are just ‘setahun jagung’ (very new),” he said after launching the Libaran Upko division in Sabah’s east coast Sandakan district here today.

The science, technology and innovation minister was commenting on the recent electoral pact between Parti Cinta Sabah (PCS) and Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri).

The two Sabah opposition parties formalised the agreement last Friday and were optimistic of securing at least 22 of the 25 Kadazandusun Murut (KDM)-majority state seats in the 14th general election (GE14).

Tangau said the pact between the two showed democracy was alive in Malaysia, with anyone free to set up political organisations or form alliances.

“That is their right but it’s not easy. I just want to say good luck to them,” he said.

PCS and Anak Negeri are confident they can strike a balanced seat distribution as they try to avoid having overlapping candidates to ensure they win in at least 22 out of the total seats targeted.

On the launch of Libaran Upko, Tangau said it was to assist BN in Sandakan.

“Sandakan Upko has long existed but has been suspended indefinitely due to technical problems. With the opening of Libaran Upko, our supporters have a place now to be active in politics.

“Libaran Upko will also do its best to help all BN candidates in the three parliamentary and state seats in Sandakan to secure victory,” he said, adding that the division had 1,000 members.

Meanwhile, Upko wants the ruling coalition’s 14th general election manifesto to include the reaffirmation of Sabah’s special position, in accordance with the spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

Tangau said Upko has made its point clear to the BN top leadership through deliberations and representations.

“We want to ensure that the MA63 is in the manifesto,” he said when asked to comment on Upko’s input in the formulation of BN’s election manifesto, which is expected to be unveiled on April 7.

He said before this, Upko had already submitted its representation to the prime minister through a memorandum with a 10-point recommendation for the Constitutional Revision/Administrative Rearrangements Towards Greater Autonomy for Sabah in 2015.

He said the memorandum was to address the inalienable rights of Sabah and her people as “equal partners” with Malaya and Sarawak, within the context of the Federation of Malaysia.

This also includes safeguarding the special position, character and interests of the state, as stated in Article VIII (the “compliance mechanism”) of the MA63.

“Upko strongly believes this initiative will further strengthen the agenda of nation-building,” said Tangau, who is also the Tuaran MP.

Upko also wants matters related to MA63 that could be implemented immediately to be carried out before the coming election.

“For instance, the provision of the 40% revenue sharing, which has been stated clearly in the constitution.

“This particular provision, deriving from the MA63, actually only concerns Sabah, and not Sarawak.

“It is a very important provision because it is the basis for Sabah to agree and form the Malaysian constitution.

“Another issue is the freedom of religion, which is already stipulated in the constitution,” he said.

Tangau said over the years, there had been several civil cases where Malaysians had to fight in the court to revert to his or her original religion.

“For instance, if a Hindu wants to revert to Christianity or vice versa, there should not be any hindrance. This is what freedom of religion is, based on our understanding.”

Present were Upko vice-presidents Wences Angang and Marcus Mojigoh, Gum-Gum assemblyman Zakaria Edris, Upko secretary-general Donald Mojuntin and Libaran Upko protem chief Dr Peter Jr Naintin.

 

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/18/you-have-long-way-to-go-to-win-upko-tells-opposition/

Borneo Post: 1,000 students studying Bible Knowledge in Sabah

485da7a3-cca3-49b4-aad2-ed04542c54e7.jpg

TUARAN: Upko’s hard work in promoting the teaching of Bible Knowledge in schools is bearing fruits with more than 1,000 students taking up the subject throughout Sabah now.

“I have just received orders for 600 more sets in addition to the 750 textbook sets that have been distributed to the various schools in the state.

“This is unprecedented. We will have a big number of students studying Bible Knowledge in Sabah,” said Upko acting president Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

In two separate ceremonies on Monday, Tangau who is Minister of Science, Technology and Innovation handed over 50 sets of the Bible Knowledge textbooks to SM St John here and 35 sets to SMK Tun Fuad Stephens in Kiulu.

The Tuaran MP said although the subject had been in the education curriculum for quite sometime,  there were not many takers due to challenges associated with it.

“Since not many students are taking up the subject, coupled with challenges such as the shortage of teachers among others, Bible Knowledge studies were almost forgotten,” he said.

Promoting Bible Knowledge has been Upko’s priority, since the request for it to be an elective subject in SPM was made by former president Tan Sri Bernard Dompok when he was a member of the Federal Cabinet in 2011.

“We knew the challenges when the government gave the nod … so Tan Sri Bernard said Upko would do its part and he offered to provide the textbooks,” he said.

Apart from helping to provide the textbooks – Acts of the Apostles and Gospel of Luke – he said the party also helped to start the ball rolling for the setting up of funds to help pay allowances for Bible Knowledge teachers.

As an elective subject, lessons are being taught voluntarily by teachers after school hours.

Tangau reiterated that Upko was working hard to have more schools and students take up Bible Knowledge because he considered it as a critical subject.

He told the students that Bible Knowledge is a subject that can help improve one’s command of English and that it can also be a form of literature.

Tangau said it would also instil noble virtues among the students, which in the future could help them make the right decision when faced with difficult situations.

“I hope they will use the knowledge gained from the subject to become a better useful person in their adulthood,” he said.

Meanwhile, SMK Tun Fuad Stephens super principal Lokuin Gintos expressed gratitude to Tangau for the assistance in supplying the textbooks that were sourced from Peninsular Malaysia.

She admitted that it was the first time that she was seeing the Bible Knowledge textbooks simply because they were not available in Sabah.

“We are very thankful with the initiative of our leader, Datuk Seri Madius Tangau to provide us with the textbooks,” she said.

Receiving the textbooks for SM St John was principal Marcus Salagan. Also on hand was Conrad Wong representing Upko religious and racial harmony bureau.

 

Source: http://www.theborneopost.com/2018/03/13/1000-students-studying-bible-knowledge-in-sabah/

Free Malaysia Today: Rights of Christians in Sabah will be protected, says Upko leader

He says religious leaders, especially from the Sidang Injil Borneo church, should not be unduly worried about their rights.
Wilfred Madius Tangau (right) and Sabah SIB president Rev Jerry Dusing (second left) visiting the Borneo Theological Seminary library.
KOTA KINABALU: A Sabah Barisan Nasional (BN) leader has assured Christians in the state that their rights under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) are protected.

Upko acting president Wilfred Madius Tangau said the government of Najib Razak has a pulse on the grassroots, including the concerns of Sabahans on their rights enshrined in MA63.

“The prime minister has said not once or twice but many times that whatever in MA63 that has been taken away from Sabah previously, this present government will give it back,” said Tangau, who is also science, technology and innovation minister.

Religious leaders, especially from the Sidang Injil Borneo (SIB) church, should not be unduly worried about their rights, he said when speaking at the ground-breaking ceremony of the new academic block for the Borneo Theological Seminary (BTS) in Bongkud, Ranau, about 100km from here, on Saturday.
He said the question of freedom in religion should not arise since it is stipulated in the Federal Constitution.

Furthermore, Tangau said Upko had never failed to raise concerns and fight whenever there were issues affecting the Christian community.

The Tuaran MP also pointed out that though the BTS was located in another constituency, he had always made it a point to listen to the SIB church leaders.

He had also been in constant communication with Sabah SIB president Rev Jerry Dusing in discussing ways to assist the SIB congregation in the state.

One of the results of such discussions was the construction of the new academy block for BTS.

Tangau also commended the SIB church for its continuous efforts in helping the government create youths with a strong religious background, which is an important criteria for our future leaders.

Tangau was later accompanied by Dusing to conduct the ground-breaking ceremony at the site before touring the seminary.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/12/rights-of-christians-in-sabah-will-be-protected-says-upko-leader/

Free Malaysia Today: Sabah water supply project expanded to cover more villages

The project under the rural and regional development ministry will now cost RM16.6 million more but Tuaran MP says more villages will get to enjoy clean water.
28161966_1644351698978505_6967086855298891283_o
Consultants briefing community leaders, Tuaran MP Wilfred Madius Tangau and Kiulu assemblyman Joniston Bangkuai.

Under the original plan, only about 3,000 people in 10 villages along Jalan Tamparuli-Ranau would have benefited from the project, which has an approved budget of RM26.3 million.

The 10 villages include Kapa, Puhus, Koporingan, Minangkob, Togop, Hamad, Tomis Baru, Sinalapak and Kelawat.

The proposed modification to the plan would add another RM16.6 million to the original cost.

But it would see more villages benefitting, including Loputung, Ruhiang, Tiong-Tiong, Kitapol, Gayaratau, Bundu Tuhan Bambangan Baru, Parad and Koliposuan in the Tuaran parliamentary constituency.

A meeting, chaired by Tuaran MP Wilfred Madius Tangau on Tuesday here, set the course for a resubmission of the project to the rural and regional development ministry.

All stakeholders, as well as Kiulu assemblyman Joniston Bangkuai and Tangau, were given a comprehensive briefing on the revised plan, which included the various options available, as presented by the project consultants.

Although the project has already been approved, further study done by the consultants showed there were other options that would be more efficient than the original plan to bring the water supply from the Telibong water treatment plant.

One of the hindering factors was the steep terrain. At least eight booster pumps are needed along the water mains to compensate for the low water pressure.

The new plan resubmitted to the government proposed that the water treatment plant be built in the catchment area near the top of the hill in Kampung Lobong-Lobong.

The water can then be distributed down to the villages concerned more efficiently.

In fact, several other villages at the Kota Belud side also stand to benefit if this proposal is approved.

The project is designed to cater to demand for 30 years, which is calculated to be at 4.1 million litres daily (mld) in 2047, compared with 1.469 mld in 2017.

Tangau said all the village heads in the areas concerned were called to attend the briefing to update them on the latest developments on the project.

“We also want them to relocate any houses which are far from the main water pipe, since the installation of pipes to houses located further from the water mains will incur greater cost,” he said.

At the same time, Tangau, who is the federal science, technology and innovation minister, said the involvement of the village leaders was imperative to ensure the project fully benefited the people.

“We also need to inform the people about the proposed changes to the project.

“This project is significant to ensure they are able to enjoy consistent clean water supply in their houses.

“This has always been an issue close to my heart. We have assisted in carrying out short-term measures.

“This proposal will provide a comprehensive remedy,” Tangau said.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/02/23/sabah-water-supply-project-expanded-to-cover-more-villages/

 

28164420_1644351795645162_4508560400256023843_o

28238854_1644351938978481_5274259709782342535_o

Daily Express: RM50k ‘ang pow’ for 24 Tuaran Chinese bodies

Tuaran: Twenty-four Chinese organisations in the district were all smiles Friday when they received an early “ang pow” from Member of Parliament Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

The Upko supremo set the mood for the Chinese New Year celebrations with a contribution of RM50,000 to the organisations as well as eight lion and three dragon heads to selected dance troupes.

Tangau, who is Science, Technology and Innovation Minister, said the contributions signified his appreciation to the contributions of the Chinese community to the economic development of the district and State in general.

He was also glad to note that the Chinese community here had been very supportive of the government programmes.

Speaking at the gathering with Chinese community and association leaders hosted by him at Gayang Restaurant here, he said:

“We must be thankful for the peace and harmony that we have been enjoying now as it has opened up opportunities for us to continue doing business and make a living in spite of the global economic challenges.”

According to him, the country’s economy was heading towards the right direction as the ringgit continued to strengthen against the US dollar.

Tangau also noted the steady increase of tourists from China coming to Sabah, which he attributed to the good relationship between the top leadership of the two countries.

Meanwhile, he thanked the BN component leaders and Chinese Kapitans for accompanying him during his Chinese New Year walkabout in Tenghilan and Tamparuli on Thursday and Tuaran on Friday.

On hand were Tamparuli Community Development Leader Datuk Jahid Jahim, MCA Tuaran Chief Chua Sheng Kian, LDP Tuaran Chief Datuk Alex Lo, PBRS Tamparuli Chief Henry Luaran and Jamlin Ladin representing Umno Tuaran and Chinese community leaders.

Source: http://dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=122864