TEKS UCAPAN PERBAHASAN
YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU
AHLI PARLIMEN TUARAN
USUL MENJUNJUNG KASIH TERHADAP TITAH DIRAJA

21 Mac 2019

Tuan Yang Di Pertua, saya mohon turut serta berbahas dalam usul menjunjung kasih yang dibentangkan oleh YB Johor Baru terhadap Titah DiRaja semasa pembukaan sidang Dewan Yang Mulia baru-baru ini

Terima kasih diatas kesempatan berbahas. Dan dalam masa terbatas hanya 20 minit yg diberikan, saya akan fokus kepada isu-isu berbangkit mengenai pembangunan wilayah dan luar bandar dinegara ini dengan harapan ia akan terus mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Persekutuan, khususnya Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang DiPertua, pada asasnya Tuaran berterima kasih kerana kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar, Orang Asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur, sebagai mana titah Yang DiPetuan Agong.

Sangat jelas, yang menjadi harapan rakyat ialah agar pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif juga akan diberi tumpuan agar jurang pembangunan antara negeri-negeri serta kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Tidak dinafikan, sejak pembentukan Malaysia 56 tahun yang lalu, sudah banyak perubahan dan pembangunan di Sabah. Walau bagaimana pun bila dibuat perbandingan antara wilayah, maka timbullah rasa tidak puas hati, perasaan marah, malah mungkin ada keinginan memberontak.

Tuan Yang DiPertua, sesungguhnya, kemakmuran, kesejahteraan, dan kekukuhan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan jauh lebih mantap apabila semua warganegara di bumi tercinta ini gembira dan benar-benar merasakan bahawa setiap iota kepentingan mereka dipenuhi.

Walaubagai mana pun, realiti dilapangan ialah indah khabar dari rupa. Keluhan demi keluhan diluahkan. The people on the ground are restless, dengan izin.

Mengapa tidak, menurut statistik daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, pada tahun 2017, Pendapatan Per Kapita (GDP) Sabah adalah ke-empat terendah di Malaysia; atau pun ranking ke-12 daripada 15 buah negeri dan wilayah; dengan kata lain, GDP Sabah hanyalah RM23,979 atau sekadar 57 peratus berbanding GDP per kapita negara yang berjumlah RM42,228.

Tuan Yang DiPertua, dari segi purata pendapatan isi-rumah, Sabah adalah antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya sejumlah RM5,354 berbanding purata pendapatan isi-rumah negara berjumlah RM6,958. Realitinya, Sabah berada pada kedudukan negeri ke-12 terendah dalam hal ini walaupun mempunyai keluasan tanah kedua terbesar dalam negara.

Menurut data terkini iaitu sehingga 2016, Sabah masih mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi dalam negara, iaitu 2.9 peratus berbanding 0.4 peratus bagi negara.

Setelah hampir enam dekad, dan meski dikaruniakan dengan pelbagai sumber semula jadi seperti minyak dan gas, kayu balak, serta tanah yang diwarnai jutaan ekar tanaman komoditi, apakah Kerajaan sedar mengenai perkara ini dan mengapakah Sabah masih ditakuk yang lama?

Sebenarnya, janji demi janji sering dikumandangkan. Contohnya, antara usaha untuk meningkatkan “kesejahteraan rakyat luar bandar” ialah memastikan Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan kewangan yang sewajarnya. Andai kita imbas kembali komitmen sedemikian, nyata, ia sudah diungkapkan sejak sekian lama.

Sabah mengharapkan peruntukan yang lebih tinggi namun dalam Belanjawan 2019 daripada RM314.5billion, Sabah hanya mendapat RM5billion. Pada hal rakyat Sabah tahu sumbangan Sabah kepada pendapatan Negara adalah jauh lebih besar.

Soalannya ialah, apakah peruntukan sewajarnya sudah diwujudkan? Kalau kita melihat Belanjawan 2019, jawapannya TIDAK. Media-media sosial selalu memperlekehkan kerana walau dengan pelbagai janji-janji, betapa belanjawan untuk Sabah itu hanya tokenism sahaja.

Tuan Yang Di-Pertua, setiap kali perbincangan merangka Belanjawan diadakan, maka wakil daripada 15 buah negeri dan Wilayah Persekutuan akan hadir. Difahamkan dalam Majlis Kewangan Negara itu, semua akan memberikan rationale terhadap permintaan mereka. So Sabah have to compete with 14 others.

Seharusnya, Sabah dan Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan perbincangan di platform tersendiri selaras dengan MA63.

Justeru kewujudan Majlis Kewangan Negara perlu dirasionalisasikan supaya satu platform baru dibentuk berlandaskan equal partners concept. Tuaran mohon bertanya apakah Kerajaan sependapat dengan saya dan apakah Kerajaan sedar hanya dengan langkah2 seperi ini Persekutuan Malaysia akan dpt diperkukuhkan lagi?

Tuan Yang DiPertua, data GDP, kadar kemiskinan, purata pendapatan isi-rumah yang saya sebutkan diatas hanyalah sebahagian daripada sebab mengapa rakyat sangat marah. Tidak keterlaluan kalau saya katakan warga Sabah merasa terpinggir, ditindas dan dianak-tirikan sejak sekian lama wal hal menurut MA63, dengan izin, we are equal partners.

Perlu diingat, Sabah dan Sarawak setuju membentuk Malaysia kerana mahukan pembangunan setaraf dgn apa yang mereka nampak di Semenanjung ketika itu. Yang sedihnya, pencapaian pembangunan Sabah bukan sahaja berkurangan tetapi semakin jauh jurangnya berbanding dgn Semenanjung.

Kemana perginya 40 peratus bahagian Sabah daripada perolehan Persekutuan yang diambil daripada Sabah?

Tuaran ingin bertanya Kerajaan apakah langkah-langkah terbaru yg diambil untuk merapatkan jurang ini dalam semua aspek?

Bagi Kerajaan Sabah, kami lipat gandakan usaha untuk meningkatkan sumbangan sektor industri pembuatan daripada 7.2 peratus kepada sekurang-kurangnya 30 peratus untuk mencapai status ekonomi maju.

Walau bagaimana pun, usaha ini sangat mencabar kerana dengan izin, the cost of doing business, adalah terlalu tinggi disebabkan oleh masalah logistik, masalah bekalan air, tenaga dan masalah bahan mentah seperi gas.

Industri pembuatan Sabah adalah berasaskan sumber asli terutama sekali minyak dan gas, tetapi ini dalam bidang kuasa Petronas. Bila ada pelabur, wajib melalui Petronas. Ini menyulitkan keadaan.

Begitu juga dgn hal logistik, walau cabotage polisi sudah diliberalisasikan dua tahun yang lalu, namun mainline shipping operator tidak juga datang berduyun ke Sabah. Tuaran mohon bertanya apakah langkah kerajaan persekutuan agar semakin ramai mainline operator berkunjung ke Pelabuhan Sepanggar Bay?

Tuan Yang DiPertua, insentif cukai bagi Sabah adalah wajar diberi pertimbangan. Kita berterima kasih kepada Kerajaan, seperti yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini akan keperluan mengwujudkan Free Trade Zone di Sabah.

Namun, Tuaran meminta Kerajaan agar seluruh negeri Sabah dikategorikan sebagai least developed area; dan apakah langkah-langkah yang sudah dilakukan untuk mempertimbangkan permintaan Sabah ini?

Saya berharap agar petikan perbahasan saya ini telah memberikan satu gambaran kepada pembaca blog tentang perjuangan saya membantu rakyat Sabah.

Sila mengikuti Twitter saya di @madiustangau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkembangan ekonomi dan sosial di negeri Sabah, terutamanya dari segi pembangunan golongan akar umbi dan juga pengindustrian tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s