Putting a Human Face on Science, Technology and Innovation / Sains, Teknologi dan Inovasi Berteraskan Manusia

Having just returned from the 14th Annual Meeting of the Science and Technology for Society Forum that was held in early October in Kyoto, Japan, there are three inspiring lessons Malaysia could learn from their science, technology and innovation agenda.

“I am a big believer in what science and technology can do. To solve some of the structural problems we face, we must advance and benefit from science and technology. It is as simple as that.”

22090031_1509461372467539_3597863286825707452_n

With my counterparts at the 14th Science and Technology Minister’s Roundtable in Kyoto, Japan, on 1st October.

In his opening address to the Forum, Japanese Prime Minister Shinzō Abe cited examples of how they are looking at the bright side of some of their pressing socio-economic problems. By now most of us would have heard about their inexorable shrinking population. Yes, Japan’s long term birth rate of 1.4 per women is well below the 2.1 which is needed to sustain growth.

Concurrently, their farmers are aging too – the active ones are reported to be at an average age of 65. But Prime Minister Abe said this was a blessing in disguise. The country has turned to “self-driving tractors that could talk to each other”.

He was referring to how tractors can be automated on farms, unmanned, operating in harmony by connecting through Internet of Things. He was also thrilled about the home-grown Japanese version of GPS. When the satellite for this GPS is ready by 2018, tractors would be able to work at an even higher positioning accuracy.

The Japanese are already well-known for their perfect train punctuality, which is said to be precise to the second; so I could see how their ethic for precision would be valuable in developing driverless vehicles.

Next is how the Japanese are very quick in adapting to open innovation.  Prime Minister Abe said that “deregulation” is the key. More than a year ago, Japan’s National Police Agency published guidelines for self-driving cars on public roads. If offers huge flexibility for those wanting to take an autonomous car for a spin – they can do so anytime, anywhere without additional permits, as long as they are on standby to take over when necessary.

With such a conducive setting for open innovation in place, even the German automotive behemoths are attracted to take part, such as BMW, Volkswagen, Mercedes Benz, Continental and Bosch.

While whether regulations can hinder or spur innovation is debatable, I would say that for the Malaysian government, the key to attracting talented innovators is agile governance.

Budget 2018 was a positive indication that the government is committed to a new era of technological advances. It is based on eight thrusts and I am pleased that Thrust Number Six allocates for the upgrade of Smart Manufacturing Facilities, for sustainable development and the spearheading of digital economy.

Notably our Prime Minister specifically acknowledged the need for the government to create a conducive ecosystem for local start-ups and the people to benefit from innovation. He pledged to expand the existing regulatory sandbox, referring to the “safe space” that allows businesses to test their products of innovation without the constraints of normal regulations.

The third lesson we can learn from Japanese innovation is their passion and creativity for science and research in solving societal and economic problems. During my visit there I took the opportunity to visit several institutions including Kyoto University, Sophia University and Tsukuba University.

At Kyoto University, I was in awe of how the study of the intelligence of living things is blurring the lines between biology and engineering. Scientists from both disciplines are working together to understand the natural adaptive skills and intelligent behaviour of living organisms to build biologically- inspired robotics.

22221762_1509699072443769_2167080498279266096_n

22141061_1509699105777099_4436231390360053949_n

Viewing a demonstration of a bio-inspired robot that resembles a snake at Kyoto University.

One practical application of bio-inspired robotics is the assessment of dangerous disaster sites. Various university teams are exploring suitable modes of robots to enter and assess the highly radioactive nuclear power plant at the Fukushima tragedy site to make plans for a clean-up operation, to avoid putting workers’ lives at high risk.

An eight-metre long robot that resembles a snake could soon slither along the rubbles and debris of Fukushima and even in future potential earthquake search and rescue operations. A camera is fitted at the front and it could be remotely controlled. Bio-inspired by the motion of a snake, it could pop its head up by releasing a blast of air! Sounds nasty, but not so much when it could save lives!

Therefore the boost in research and development (R&D) grants to public universities from RM 235 mil to RM 400 mil in Budget 2018 is very welcome as it is vital to enhance our research, innovation and commercialisation capabilities, with a focus on societal wellbeing.

With this I am also extremely pleased that science, technology, engineering and mathematics (STEM) was announced on Friday to be a national agenda.  A National STEM Centre would be established to train STEM specialist teachers in Inquiry-Based Science Education (IBSE) methods, coordinated by Academy of Sciences Malaysia.

Because above all, not a single future scenario would be possible without solid plans for talent development. To enhance creative-based learning and innovative thinking among students, RM 190 million has been allocated to upgrade 2,000 classes to 21st Century Smart Classrooms.

A visit to the National STEM Centre on 18/5/2016 in York, UK. With me is Sir John Holman, the founding director (center) and my STEM Advisor Dato Lee Yee Cheong (right). Malaysia hopes to emulate its success.

UKK_1644

IInteractive learning at SK Bandar Tasik Kesuma last May.

UKK_1470

The West may call it the Fourth Industrial Revolution; the Japanese has a far-reaching plan called Society 5.0. Here we are almost a year into developing a futuristic policy with a bottom-up approach called National Transformation 2050 (TN50). But essentially, it must be a human-centered policy. At MOSTI, it is about democratising science, technology and innovation, putting a human face on all our policies, for the public good.


Sains, Teknologi dan Inovasi Berteraskan Manusia

Sekembali dari Mesyuarat Tahunan yang ke-14 Forum Sains dan Teknologi untuk Masyarakat yang diadakan pada awal Oktober lalu di Kyoto, Jepun, terdapat tiga perkara besar yang boleh dipelajari oleh Malaysia daripada agenda sains, teknologi dan inovasi negara itu.

“Saya benar-benar yakin terhadap keupayaan sains dan teknologi. Untuk menyelesaikan sesetengah masalah berhubung dengan struktur yang kita hadapi, kita mesti maju dalam sains dan teknologi, dan meraih manfaat daripadanya. Semudah itu sahaja.”

Dalam ucapan pembukaan forum tersebut, Perdana Menteri Jepun, Shinzō Abe menyebut contoh tentang bagaimana mereka cuba melihat sesuatu yang positif daripada sesetengah masalah sosioekonomi yang membelenggu mereka. Pada masa ini, kebanyakan daripada kita tentunya maklum tentang bilangan penduduk Jepun yang kian menurun. Benar, kadar kelahiran jangka panjang negara itu ialah 1.4 bagi setiap wanita. Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan penduduk, iaitu 2.1.

Pada masa yang sama, petani mereka juga semakin meningkat tua – usia purata petani yang aktif dilaporkan 65 tahun. Sungguhpun begitu, Perdana Menteri Abe berkata bahawa keadaan ini sebenarnya rahmat yang terselindung. Negara ini telah beralih kepada “penggunaan traktor pandu sendiri yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain.”

Beliau merujuk kepada traktor yang dapat melakukan kerja di ladang tanpa dipandu oleh manusia, bergerak dengan harmoni dengan hanya disambungkan melalui Internet of Things (IoT). Beliau turut berasa teruja dengan kelahiran GPS versi Jepun sendiri. Apabila satelit untuk GPS ini sedia untuk beroperasi menjelang 2018 nanti, traktor akan dapat berfungsi pada kadar ketepatan kedudukan yang malah lebih tinggi.

Jepun memang terkenal dengan kereta apinya yang sangat menepati masa, yang dikatakan tepat hingga ke jarum saat. Maka tidak hairan jika prinsip ketepatan ini cukup berharga dalam membangunkan kenderaan tanpa pemandu.

Seterusnya, cerita tentang bagaimana Jepun sangat pantas dalam menyesuaikan dirinya dengan inovasi terbuka. Menurut beliau, “deregulasi” ialah kuncinya. Lebih setahun yang lalu, Agensi Polis Negara Jepun mengeluarkan garis panduan untuk kereta pandu sendiri di atas jalan awam. Garis panduan ini memberikan ruang yang cukup luas kepada mereka yang mahu mencuba kereta pandu sendiri ini. Mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa dikenakan permit tambahan selagi mereka berjaga-jaga untuk mengambil alih pemanduan apabila perlu.

Berikutan keadaan kondusif yang diwujudkan untuk inovasi terbuka seumpama ini, gergasi automatif Jerman, seperti BMW, Volkswagen, Mercedes Benz, Continental dan Bosch, turut berminat untuk mengambil bahagian.

Sama ada peraturan akan menghalang atau merangsang inovasi, hal ini boleh diperdebatkan. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa bagi kerajaan Malaysia, kunci untuk menarik penginovasi berbakat ialah tadbir urus yang tangkas.

Bajet 2018 merupakan petanda positif bahawa kerajaan komited terhadap era baharu kemajuan teknologi. Daripada lapan pe-tunjang yang diumumkan, saya berasa gembira apabila mendapati peruntukan Pe-Tunjang Keenam adalah untuk menaik taraf Kemudahan Pembuatan Pintar (Smart Manufacturing Facilities), untuk pembangunan lestari dan penerajuan ekonomi digital.

Yang menarik adalah apabila Perdana Menteri khususnya menyedari betapa perlunya kerajaan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk syarikat tunas tempatan dan rakyat meraih manfaat daripada inovasi. Beliau berjanji untuk memperluaskan pendekatan “regulatory sandbox” sedia ada, merujuk kepada “ruang selamat” yang membolehkan syarikat perniagaan menguji produk inovasi mereka tanpa dikekang oleh peraturan biasa.

Perkara ketiga yang boleh dipelajari daripada inovasi Jepun ialah keghairahan dan kreativiti mereka terhadap sains dan penyelidikan dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan ekonomi. Semasa di sana, saya mengambil kesempatan untuk melawat beberapa institusi, antaranya Kyoto University, Sophia University dan University of Tsukuba.

Di Kyoto University, saya kagum betapa kajian tentang kepintaran benda hidup mengaburkan garis yang memisahkan biologi dengan kejuruteraan. Ahli sains daripada dua bidang ilmu ini berganding bahu untuk memahami kemahiran menyesuaikan diri dan tingkah lagu pintar semula jadi yang ada pada organisma hidup untuk mencipta robotik yang terilham daripada benda hidup.

Satu penggunaan praktikal robotik seumpama ini adalah dalam menilai tapak bencana yang berbahaya. Pelbagai kumpulan universiti sedang meneroka mod robotik yang sesuai untuk memasuki dan menilai tapak tragedi loji kuasa nuklear Fukushima yang sangat tinggi kebocoran radioaktifnya untuk membuat perancangan bagi operasi pembersihan. Sehubungan itu, nyawa pekerja dapat diselamatkan tanpa perlu menghantar mereka ke tapak tragedi yang berisiko tinggi.

Tidak lama lagi, sebuah robot sepanjang lapan meter yang menyerupai seekor ular akan menyelusur di celah-celah runtuhan dan puing di Fukushima, bahkan pada masa depan, mungkin digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi. Sebuah kamera dipasang di kepalanya dan dikawal dari jauh. Robot yang terilham daripada hidupan ini berupaya, menerusi pergerakan ular, menaikkan kepalanya dengan melepaskan udara! Kedengaran menakutkan tetapi robot ini mampu menyelamatkan nyawa!

Oleh itu, pertambahan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk universiti awam daripada RM235 juta kepada RM400 juta dalam Bajet 2018 amat dialu-alukan demi meningkatkan jentera penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan kita dengan memfokuskan kesejahteraan masyarakat.

Saya juga berasa sangat gembira apabila diumumkan pada Jumaat lalu bahawa bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) akan dijadikan sebagai agenda nasional. Sebuah Pusat STEM Negara akan dibuka untuk melatih guru pakar STEM tentang kaedah Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE), dengan Akademi Sains Malaysia sebagai penyelaras.

Sesungguhnya, senario masa depan satu pun tidak akan menjadi kenyataan selagi kita tidak mempunyai pelan yang kukuh untuk pembangunan bakat. Maka, untuk meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar, sebanyak RM190 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 2,000 bilik darjah menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

Orang Barat mungkin menamainya Revolusi Perindustrian Keempat; orang Jepun pula mempunyai pelan lebih meluas yang dinamai Masyarakat 5.0. Dalam senario Malaysia pula, sudah hampir setahun kita merancang dasar futuristik yang menggunakan pendekatan bawah ke atas, yakni Transformasi Nasional 2050 (TN50). Namun begitu, semua dasar hendaklah berteraskan manusia. Di MOSTI, kami percaya kepada pendemokrasian sains, teknologi dan inovasi, justeru faktor manusia mendasari semua dasar kami demi kebaikan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s