Science Diplomacy for Solidarity and Advancement / Diplomasi Sains untuk Solidariti dan Kemajuan

“My name is Wilfred Madius Tangau, Minister of Science, Technology and Innovation Malaysia. Although I am not a Muslim by religion, I am very proud in taking part in this inaugural Ministerial Meeting of OIC countries for Science and Technology, on behalf of Malaysia.

We, the Malaysian people, would like to send this message that unity and collaboration go beyond religion and faith. We believe that Islam promotes solidarity, peace, harmony and moderation.”

This was my opening statement at the Ministerial Meeting of the first Organisation of Islamic Cooperation (OIC) Summit on Science and Technology in Astana, Kazakhstan, a fortnight ago. It was a historic milestone as it brought OIC leaders of the highest level in decision-making in various fields of science and technology to highlight the member states’ contribution and support for scientific fields in the midst of violence in northern Rakhine state, which Malaysia strongly condemns.

WhatsApp Image 2017-09-10 at 09.03.37.jpeg

At the Ministerial Meeting.

“Family photo” with my counterparts at the inaugural OIC Summit on Science and Technology in Astana, Kazakhstan, on 10th September.

This summit also indicates that more Islamic countries attempt to wean their economies off natural commodities and embrace an innovation-led economy. Iranian President Hassan Rouhani in his speech at the summit said that Iran is doing exactly that.

“We have come here to say that ‘we can’, and that we should draw on science and technology as well as scientific diplomacy to seek common ground in order to further boost our capabilities and create complementary potentialities in the Muslim world.”

I concur with the President the need for science diplomacy. The world needs to collectively bring forth innovation and creativity in confronting socio-economic challenges that could change with time and specific to groups such as the OIC.  Science diplomacy, as we will see, can function in different ways and play different roles.

On sensitive issues of national security, science diplomacy allows us to tackle them without condescending the security policy of other nations. In 2015 for example, the Academy of Sciences Malaysia facilitated an ASEAN discussion related to biosecurity entitled “Preparedness Against Chemical-Biological Threats: Assessment of Scientific, Prevention and Response Capabilities”. This meeting was a collaboration between the Malaysian Ministry of Defence and the U.S. Defence Threat Reduction Agency.

We also have been a member of the Non-Aligned Movement (NAM) since 1970. NAM was set up in 1961 during the Cold War to dissuade developing countries from aligning with the Western or Eastern blocs. MOSTI joined the NAM Science and Technology Centre in 1993, an inter-governmental organisation of 48 countries that was established to promote technological advancement among member countries.

Putrajaya has just hosted the 14th Meeting of the Governing Council of the NAM Science and Technology Centre early this month and our Secretary-General Datuk Seri Dr Mohd Azhar Hj Yahaya has been appointed as President of the Governing Council for the term 2017 – 2020. This is an honour and recognition for Malaysia in the scientific world. We will take this opportunity to enhance our South-South cooperation in science and technology, to achieve the UN Sustainable Development Goals (SGDs) with the world.

In environmental conservation efforts, we have achieved an unprecedented milestone. In 2009, the United Nations Climate Change Conference in Copenhagen did not achieve a binding agreement, but in 2015, 195 countries including Malaysia adopted the first-ever universal, legally binding global climate deal. For the first time, governments came together to vow to “keep a global temperature rise this century well below 2 degree Celsius above pre-industrial levels and to limit the temperature increase even further to 1.5 degree Celsius”.  The science of climate change has provided evidence and support for the formulation of this policy.

Another role of science diplomacy is used to foster regional cooperation. By 2045, population of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) will reach over 800 million, in an unimaginable technological era. The International Labour Organisation has reported that more than half (or 137 million) of the employees in five ASEAN countries are not ready to face the new jobs landscape over the next twenty years.

ASEAN has done well in trading goods through institutional frameworks such as the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) and ASEAN Free Trade (AFTA). Our next emphasis should be on cooperation in a digital free trade zone. A good start was the launch of the ASEAN Plan of Action in Science and Technology 2016 – 2025 during the ASEAN Ministerial Meeting in Science and Technology almost a year ago. Malaysia through MOSTI has been proactive in securing a place in the Fourth Industrial Revolution. We will be holding an ASEAN meeting on foresight planning toward 2050 this November. It is only logical that we plan ahead if we do not wish to see hundreds of millions losing their rice bowls.

In the OIC, we have been a strong player in the development of human capital among member states, especially in the Halal industry. Since 2006 the Department of Standards Malaysia has been conducting annual courses on Halal standards for OIC countries. During this Ministerial Meeting I proposed a new programme to share Malaysia’s experiences in science policy, through a course called the OIC Certified Professional in Science, Technology and Innovation Policy and Management.

I envision that the nature of international relations will increasingly shift toward a more scientific and technological one, as we truly are at a critical juncture where unusual forms of governance are required for the Fourth Industrial Revolution, such as in regulating cybersecurity, blockchain and autonomous vehicles.

In a panel at a World Economic Forum session in Dalian last June which could be accessed online, I spoke on “Science Without Borders”. I highlighted that we might have drawn physical borders that separate a nation from another but in reality, we are all sharing a single environment – the Earth and even the Universe.
We have common social, environmental, economical and security challenges that require mutual consent and cooperation on the solutions. Science should know no borders for public good, although a major challenge every government faces in science diplomacy is its sustainability. But I believe that it is merely a matter of time for them to acknowledge that international collaboration in innovation is the way forward for all of us.

Diplomasi Sains untuk Solidariti dan Kemajuan

“Nama saya Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Meskipun saya bukan beragama Islam, namun saya, mewakili Malaysia, berasa cukup bangga kerana dapat menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri OIC mengenai Sains dan Teknologi yang julung-julung kali diadakan.

Kami, rakyat Malaysia, ingin menyampaikan pesanan ini bahawa sesungguhnya usaha perpaduan dan kerjasama bergerak melangkaui sempadan agama dan kepercayaan. Kami percaya bahawa Islam menggalakkan solidariti, keamanan, keharmonian dan kesederhanaan.”

Ini merupakan ucapan pembukaan saya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Pertama mengenai Sains dan Teknologi yang diadakan di Astana, Kazakhstan, dua minggu yang lalu. Sidang ini menjadi mercu tanda penting dalam sejarah kerana berjaya mempertemukan pemimpin peringkat tertinggi OIC yang membuat keputusan tentang pelbagai aspek sains dan teknologi untuk menyoroti sumbangan dan sokongan negara anggota terhadap bidang saintifik ketika umat Islam di wilayah utara Rakhine dihimpit keganasan, penindasan yang dikutuk keras oleh Malaysia.

Sidang kemuncak ini juga menunjukkan bahawa semakin banyak negara Islam berusaha untuk beralih daripada ekonomi berteraskan komoditi sumber asli kepada ekonomi berteraskan inovasi. Ketika berucap dalam sidang itu, Presiden Hassan Rouhani berkata bahawa itulah yang sedang dilakukan oleh Iran.

“Kita berkumpul di sini untuk menyatakan bahawa ‘kita boleh,’ dan bahawasanya ilmu sains dan teknologi serta diplomasi sains perlu dimanfaatkan supaya asas kesefahaman dapat dicari untuk melonjakkan lagi keupayaan yang ada pada kita dan mewujudkan pelbagai potensi pelengkap dalam dunia Islam.”

Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden Iran tentang keperluan terhadap diplomasi sains. Dunia perlu sama-sama menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menghadapi cabaran sosioekonomi yang boleh berubah mengikut masa dan menjurus kepada kumpulan tertentu, misalnya OIC. Diplomasi sains, seperti yang akan dapat kita lihat, boleh digunakan dalam pelbagai cara dan memainkan pelbagai peranan.

Mengenai isu sensitif yang berkait dengan keselamatan negara, diplomasi sains membolehkan kita menanganinya tanpa memandang rendah dasar keselamatan negara lain. Sebagai contoh pada 2015, Akademi Sains Malaysia menganjurkan sesi perbincangan ASEAN yang berkait dengan biokeselamatan dengan tajuk “Preparedness Against Chemical-Biological Threats: Assessment of Scientific, Prevention and Response Capabilities” (Persediaan Menangkis Ancaman Kimia-Biologi: Menilai Keupayaan Saintifik, Pencegahan dan Tindak Balas). Mesyuarat ini dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan Amerika Syarikat.

Negara kita juga menganggotai Gerakan Negara Berkecuali (NAM) sejak 1970 lagi. NAM dibentuk pada 1961 semasa Perang Dingin untuk memujuk negara membangun supaya tidak bersekutu dengan blok Barat dan Timur. MOSTI menyertai Pusat Sains dan Teknologi NAM pada 1993. Pusat ini ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan dari 48 negara yang ditubuhkan untuk merangsang kemajuan teknologi dalam kalangan negara anggota.

Putrajaya baru sahaja menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Pentadbiran Pusat Sains dan Teknologi NAM yang ke-14 pada awal bulan ini. Ketua Setiausaha kita, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj Yahaya telah dilantik sebagai Presiden Majlis Pentadbiran tersebut bagi penggal 2017–2020. Pelantikan ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan buat Malaysia dalam dunia sains. Peluang ini akan dimanfaatkan untuk kita meningkatkan kerjasama Selatan–Selatan dalam bidang sains dan teknologi demi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) PBB bersama dunia.

Dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, kita telah mengukir mercu tanda buat julung-julung kalinya. Pada 2009, Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen gagal mencapai kata sepakat. Bagaimanapun pada 2015, sebanyak 195 negara termasuk Malaysia buat julung-julung kalinya menerima pakai perjanjian sejagat yang sah berhubung dengan iklim global. Buat pertama kali, kerajaan dunia datang berhimpun untuk menyatakan ikrar mereka “untuk mengekang peningkatan suhu global pada abad ini jauh di bawah 2 darjah Celsius di atas paras praperindustrian dan mengehadkan lagi peningkatan suhu kepada 1.5 darjah Celsius.” Sains perubahan iklim telah memberikan bukti dan sokongan untuk dasar ini digubal.

Satu lagi peranan diplomasi sains digunakan untuk memupuk kerjasama serantau. Menjelang 2045, penduduk ASEAN akan mencecah lebih 800 juta. Jumlah ini sememangnya tidak dapat dibayangkan dalam era teknologi. Menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, lebih separuh daripada pekerja (atau 137 juta) di lima negara ASEAN belum bersedia untuk berhadapan dengan landskap pekerjaan baharu pada tempoh 20 tahun akan datang.

Perdagangan barangan ASEAN berjalan dengan sangat baik melalui rangka kerja institusi, seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Seterusnya, kita perlu menekankan kerjasama dalam zon perdagangan bebas digital. Pelancaran Pelan Tindakan ASEAN dalam Sains dan Teknologi 2016–2025 ketika Mesyuarat Menteri ASEAN untuk Sains dan Teknologi hampir setahun yang lalu merupakan permulaan yang baik. Malaysia melalui MOSTI sentiasa proaktif agar tidak ketinggalan dalam Revolusi Perindustrian Keempat. Kita akan mengadakan mesyuarat ASEAN mengenai perancangan masa depan ke arah 2050 pada November ini. Oleh itu, kita perlu merancang lebih awal jika kita tidak mahu melihat ratusan juta manusia hilang punca pendapatan.

Dalam OIC, kita menjadi pemain yang aktif dalam pembangunan modal insan dalam kalangan negara anggota, terutama sekali dalam Industri Halal. Sejak 2006, Jabatan Standard Malaysia mengendalikan kursus tahunan standard Halal untuk negara OIC. Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ini, saya mencadangkan sebuah program baharu diadakan supaya Malaysia dapat berkongsi pengalamannya berkaitan dengan dasar sains, menerusi kursus yang dinamai Profesional Bertauliah OIC dalam Dasar dan

Pengurusan Sains, Teknologi dan Inovasi.Saya membayangkan bahawa sifat hubungan antarabangsa akan semakin banyak beralih kepada sesuatu yang lebih bersifat sains dan teknologi. Sebabnya, kita sedang berada di puncak persimpangan yang menyaksikan bentuk tadbir urus yang luar biasa diperlukan untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat, seperti dalam mengawal selia keselamatan siber, teknologi blockchain dan kenderaan pandu sendiri.

Dalam satu panel di Forum Ekonomi Dunia di Dalian pada Jun lalu (boleh dicapai secara dalam talian), saya berbicara tentang “Sains Tanpa Sempadan.” Dalam sesi itu, saya mengingatkan hadirin bahawa sempadan fizikal mungkin menjadi garis pemisah antara negara, namun pada realitinya, kita semua berkongsi satu persekitaran – Bumi, dan juga Alam Semesta.

Kita semua berhadapan dengan cabaran yang sama dari segi sosial, alam sekitar, ekonomi dan keselamatan. Semua ini memerlukan persetujuan dan kerjasama agar jalan penyelesaian dapat dicari. Sains seharusnya tidak mengenal sempadan demi kebaikan rakyat walaupun cabaran besar yang dihadapi oleh setiap kerajaan dalam diplomasi sains ialah kelestariannya. Namun, saya percaya bahawa mereka akan segera akui bahawa kerjasama antarabangsa dalam bidang inovasi merupakan langkah yang akan membawa kejayaan untuk kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s