Ucapan Perasmian di Majlis Ulang Tahun UPKO ke-23

UCAPAN PERASMIAN

YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU

Pemangku Presiden UPKO

Merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

Majlis Ulang Tahun UPKO 2017

7.00mlm, Selasa, 8 Ogos 2017

Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang

 

Siaran langsung di Facebook:

Bahagian I: https://www.facebook.com/159416334075143/videos/1861150217235071/

Bahagian II: https://www.facebook.com/159416334075143/videos/1861368857213207/

WhatsApp Image 2017-08-08 at 20.14.25 (1)

Tabi pisompuruan, selamat sejahtera, salam Negaraku Malaysia.

Saudara saudari, hadirin sekalian,

Hari ini, 18 tahun lalu, bendera UPKO yang bertemakan Gunung Kinabalu telah dikibarkan buat pertama kalinya. Sunduan perjuangan yang bermula pada tahun 50an dihidupkan kembali. Selamat Hari Ulang Tahun UPKO. Happy birthday kepada perjuangan setiap kita.

 

Hadirin sekalian,

1.    YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan Transformasi Nasional 2050 (atau pendeknya, TN50) semasa membentangkan Bajet 2017 pada bulan Oktober 2016.

2. Sekali imbas, TN50 akan memungkinkan kewujudan a calibre nation  state as well as with par excellent mindset. Pelbagai siri dialog TN50 telah dan akan terus dilakukan sebelum pelan lengkap TN50 dimuktamadkan serta diumumkan pada Hari Malaysia tahun hadapan.

3. UPKO teruja dan menghargai komitmen sedemikian yang mewajibkan kita untuk kembali ke drawing board, membuat perancangan jitu, dan dalam konteks gagasan terbaru ini, akan berpaksi kepada aspirasi generasi muda, belia dan beliawanis.

 

Hadirin sekalian,

4. The best way to predict your future is to create it. Asasnya simple – kita mahu segalanya yang kita impikan, semua cita jua cinta, dan aspirasi masyarakat Momogun sejak Merdeka 54 tahun yang lalu, ditepati, digenapi, digapai.

5. Dalam kembara UPKO, dibawah mentari Negaraku Malaysia, semua perancangan serta objektif harus di customize, diselaraskan dengan seadanya Momogun. And the best way for us to do all these is to first and foremost truly know siapakah kita ini.

6. Somewhere in the Bible, ada tertulis: “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau.”

7. Dalam kata lain, siapa kita adalah ciptaan dan anugerah dari Dia Yang Maha Esa. Lazimnya, kita melakukan hanya yang terbaik terhadap apapun juga pemberian dan karunia yang diberikan kepada kita agar ia senantiasa segar, sempurna, progresif dan terbilang. All the more when the gift is from Allah God Himself. Sesungguhnya kita bangga dilahirkan sebagai warga Momogun.

 

Tuan tuan, puan puan sekalian,

8. Pada saat ini, kita berada di sini kerana ulang tahun ke 18 parti keramat kita UPKO. Meski, andai diperhalusi rententan sejarah, usia gagasan khazanah kita ini sudah melebihi lima dekad, namun dinamik serta pergolakan kehidupan, terutama dalam berpersatuan di arena politik, semua itu telah menenggelamkan kesinambungan perjalanan Momogun sehinggalah UPKO dihidupkan kembali pada 1994 yang diterajui oleh Tan Sri Bernard Dompok.

9. Sememangnya perayaan kita malam ini akan lebih bermakna andai Tan Sri Bernard hadir bersama kita. Namun hakikatnya, Duta Malaysia di Kota Vatikan kini ada tugasan yang pastinya adalah sebahagian daripada perjuangan UPKO.

11. Pada 31 Julai lalu, beliau selaku Presiden Kehormat telah meluangkan masa untuk ahli Majlis Tertinggi parti dalam acara makan malam yang sangat sederhana namun begitu bermakna. Dalam sharing ringkas, beliau mengulangi harapan yang sering beliau utarakan, bahawa ‘I want this party, UPKO, to outlive me’. Ini adalah  intipati yang sangat jelas – bahawa sahnya jiwa, nafas, segala impian Tan Sri Bernard tertumpu kepada UPKO, perjuangan kita.

12. Bagi saya, itu adalah bukti nyata bahawa UPKO sinonim dengan Tan Sri Bernard. Dan Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Mojuntin serta semua wira pengasas, para pejuang parti Momogun kita ini. Mari berikan tepukan kepada mereka.

 

Hadirin sekalian,

13. Kesinambungan perjuangan UPKO itu kini terletak di bahu jiwa setiap kita. Apakah yang patut kita lakukan untuk memastikan legasi UPKO di masa lampau itu is sustained and most importantly be multiplied so that the Momogun will be counted in a calibre of nation state with par excellence mindset? Jawapan kepada soalan ini ialah halatuju, objektif, impian kita.

14. Dalam United Nations Declaration on the Rights Of Indigenous Peoples (UNDRIP), Artikel No 5 berbunyi: Orang Asal mempunyai hak untuk mempertahankan dan memperkuatkan politik, undang-undang, ekonomi, sosial dan institusi budaya kita tersendiri, tapi pada masa yang sama mengekalkan hak kita untuk menyertai sepenuhnya, jika kita memilih, dalam bidang politik, ekonomi, kehidupan sosial dan budaya negara.

15. UPKO mendukung serta menghargai UNDRIP, justeru, untuk julung kalinya, kita menganjurkan aktiviti khusus memperingati Hari Orang Asal Sedunia. Tarikh antarabangsa program ini ialah esok namun, kita merayakan pada hari ini sempena ulang tahun UPKO.

16. Seminar dan Bengkel Pembangunan Orang Asal yang diadakan di Narada Hotel, Putatan siang tadi telah disertai oleh lebih 200 orang, terdiri daripada wakil pelbagai suku kaum seperti Tatana, Dusun, Lotud, Murut, Orang Asli dari Perak, Orang Sungai, dan Rungus. Antara resolusi hasil bengkel itu ialah…..

 

Kita akan compile resolusi ini untuk disampaikan kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Menteri dan pihak pihak yang berkenaan.

 

Saudara saudari sekalian,

17. Kepimpinan tertinggi kita akur bahawa selama ini DNA perjuangan UPKO ialah sunduan Momogun itu sendiri, Orang Asal Negaraku Malaysia. Hirislah tangan ini – yang keluar adalah darah Momogun. Yang mengalir ditubuh badan Dato Suki Mee ialah DNA Orang Asal. Sesungguhnya, Orang Asal dan UPKO berpisah tiada.

18.  “Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan…..” UPKO, Momogun, Orang Asal adalah one and the same. Dan setiap kita must treasure this gift! We will and we will persevere.

19. Itulah sebabnya, perjuangan UPKO wajib diterapkan selaras dengan tujuh ideologi dan perjuangan UPKO yang pada dasarnya adalah berlandaskan kepada the Malaysian Agreement 1963.

20. Tidak hairanlah bila UPKO itu lantang, UPKO bersuara, UPKO bertindak. Tidak hairan jugalah bila ada yang labelkan kita ini sebagai parti pembangkang dalam komponen Barisan Nasional. Hakikatnya, we give credit where it is due, and fight tooth and nail when it is wrong because such is in order if we want to respond to our calling, that we are entrusted to look after our people, our Momogun. I can vouch – inilah perjuangan UPKO.

 

Hadirin sekalian,

21. Saya gembira kerana sejak menerajui UPKO tiga tahun yang lalu, parti kita terus membangun, growing from strength to strength over the years. Makan malam kita ini pun satu bukti semangat jitu kita untuk UPKO kerana dewan ini penuh, berbayar oleh ahli dan yang simpatisan dengan UPKO.

22. Lumrah, perjalanan kita bukan selalunya indah. Ada sahaja insiden di mana kita tergelincir; kekadang malah tersasar dan hampir sesat; challenges will always be present – that is beyond our control. But with certainty, our attitude and how we handle them is very much within our power. Kounsikou semua kerana dengan sokongan setiap kita, disini bersamamu, sudah terbukti UPKO adalah wadah sehabis baik warga Momogun. On my part, I will continue to be with UPKO dalam sunduan principle centred servanthood leadership.

 

Tuan tuan, puan puan hadirin sekalian,

23. Antara usaha terbaru UPKO ialah membuat dan menerbitkan Buku Makanan Tradisi Pasokmomogun. Memang, usaha ini kelihatan seolah olah ianya biasa biasa sahaja. Namun, saya secara peribadi tahu betapa gigihnya PELITA berusaha, berkorban tenaga, masa dan wang untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.

24. Buku ini adalah usaha UPKO memulihara cara penyediaan sekaligus melestarikan makanan minuman Momogun. Syabas kepada Wanita, Tahniah PELITA. Kounsikou YB Datuk Siringan Gubat yang menaja buku ini. Marilah menyokong usaha ini dengan membeli buku tersebut.

 

Saudara saudari hadirin sekalian,

25. Saya tahu, malam  ini lebih kepada mensyukuri ulang tahun parti. Namun, saya juga tahu, topik mengenai pilihanraya umum ke-14 akan rancak diperbincangkan. Sebenarnya, ini sesuatu yang wajar kerana memang pun, PRU bukan sahaja kemuncak tetapi cabaran getir bagi parti-parti politik.

26. Bagi kita dalam UPKO, saya sudah utarakan beberapa kali dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi serta forum dalaman parti sejak akhir tahun lalu,  bahawa kita harus sudah berada dalam suasana perang. We are already at war.

27. Itulah sebabnya kita sudah pun melantik Ketua Ketua Jentera Pilihanraya di semua bahagian UPKO di seluruh negara. Pengarah Jentera Pilihanraya UPKO, Tan Sri Wences Angang telah melawat bersama staf Ibu Pejabat UPKO ke semua bahagian kita.

28. Kita tidak tahu bila PRU akan diadakan; mungkin akhir tahun ini, atau pertengahan tahun hadapan. Itu di luar bidang kuasa kita. Yang ada dalam bidang kuasa kita ialah tekad untuk terus memaksimumkan usaha, bersiap sedia menghadapi PRU. Let us work extra hard to win all the seats entrusted to UPKO. Termasuklah mungkin tiga daripada 13 kerusi baru yang mungkin akan diwujudkan bagi PRU14.

29. Saya gembira kerana secara keseluruhan, UPKO memang sudah cukup bersedia bukan sahaja untuk menang di semua kerusi UPKO tetapi juga membantu memenangkan siapa pun juga calon Barisan Nasional di kawasan lain.

 

Tuan tuan, puan puan, hadirin yang saya hormati sekalian,

30.  Lima, 10 tahun akan datang, kehidupan dan dunia ini belum pun dapat kita bayangkan saat ini. Keadaan ini sama seperti keadaan kita lima, 10 tahun lalu bila mana smartphone belum ada. Sekarang ini, budak berumur 2-3 tahun pun lebih pandai guna touch screen daripada nenek datuk mereka.

31. Saya melihat hari esok UPKO akan juga bergantung kepada keupayaan kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang banyak dipengaruhi oleh the 4th Industrial Revolution. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sudah mempelopori proses perubahan mindset terutama dengan ber NBOS dengan kementerian lain.  Dalam konteks ini, saya menyeru setiap kita untuk meneruskan budaya belajar dan bersama-sama dengan usaha Kerajaan melalui proses TN50 untuk create our future.

32. Saya juga menyeru agar kita membudayakan sikap menghargai, mensyukuri segala  kebaikan, success stories Negaraku Malaysia. Sebagai sebuah negara membangun, akan ada sahaja yang tidak menyenangkan kita. Namun let us not lose sight of the jungle because of one bad tree. Jauhkan lah daripada sikap kita yang hanya mahu melihat satu titik hitam kecil di atas kertas putih yang sebesar jelapang padi.

 

Hadirin yang saya hormati sekalian,

 

Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua yang terlibat kerana berjaya mengadakan majlis ini.

Biarlah ulang tahun ini memberikan kita suntikan semangat untuk menggapai objektif jangka pendek UPKO yakni memenangi semua kerusi yang kita akan tandingi kekal sekali gus membantu kemenangan besar Barisan Nasional.

 

Seterusnya, bagi sasaran jangka sederhana, semoga penekanan kita bahawa UPKO dan Momogun berpisah tiada, akan memungkinkan UPKO terlibat secara langsung diperingkat pembuat keputusan tertinggi atau at the highest level of decision making.

 

Untuk sasaran jangka panjang, UPKO mahu agar Momogun, Orang Asal akan sebati dalam the main stream of national development sebagai mana yang akan dirumuskan melalui TN50.

 

Hadirin sekalian,

33. Mari terus berganding bahu, menghayati anugerah kehidupan azali kita ini sebagai Orang Asal, melipat gandakan usaha meneruskan perjuangan UPKO, mendalami esok selaras dengan the 4th industrial revolution.

34. Semoga ulang tahun ke-18 UPKO ini menjadi titik mula kembara kita yang memberikan pengkhususan kepada aspirasi Momogun, Orang Asal  terlibat langsung dalam TN50, sekali gus memastikan impian Tan Sri Bernard  dan kini, tekad diri saya sendiri dan semoga juga untuk semua kita, tercapai.

I want UPKO to outlive me.

Happy birthday UPKO. Mari iringi perjuangan UPKO dengan doa.

Kounsikou

Terberkatilah

WhatsApp Image 2017-08-08 at 21.32.19.jpeg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s