The World Needs Science, and Science Needs Women / Dunia Memerlukan Sains, dan Sains Memerlukan Wanita

“The world needs science, and science needs women.”

This statement was made by H.E. Irina Bokova, the Director-General of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) during her address to the 3rd Biennial Conference on Women in Science, Technology and Innovation two weeks ago.

Her message of women’s role in science was loud and clear, and set the stage for the conference.

Organised by the International Science, Technology and Innovation Centre for South-South Cooperation (ISTIC) under the auspices of UNESCO and under the purview of our Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), this conference invited accomplished women to share their successful innovative solutions in alleviating problems faced by women globally.

Ada Yonath, an extraordinary scientist who received the Nobel Prize in Chemistry in 2009, in an interview said,

“Women make up half the population. I think the world is losing half the human brain power by not encouraging women to go into the sciences.”

Historically, many women have made significant scientific contributions.

A very notable scientist is Marie Curie, born in 1867, a Polish and naturalised French. Under very challenging conditions, together with her husband they studied the phenomenon of radioactivity.

They also discovered two radioactive elements, polonium and radium.

Radioactive compounds then became important sources of radiation in scientific research and medicine, especially in treating tumours.

She was awarded the Nobel Prize in Physics 1903 along with two others, and a second Nobel Prize in 1911, this time in Chemistry. So not only she was the first woman to win a Nobel Prize, she was also the first person to win twice!

It is said that it was not the original plan to include Marie Curie as part of the Nobel Prize in Physics 1903 winners. Thanks to the intervention of Magnus Goesta Mittag-Leffler, a Swedish mathematician who was an advocate of women’s rights and a member of the Nobel Prize committee then, Marie Curie’s work was eventually acknowledged through the Nobel Prize, along with her husband.

We are blessed that in Malaysia, women in the field of science, technology and innovation are generally faring well.

The UNESCO Institute for Statistics show that around the globe, women account for a minority of the world’s researchers at less than 30 per cent.

According to the National Survey of Research and Development (R&D) Malaysia 2015, 48.8 per cent of the total number of 84,516 researchers are women. They are from higher learning institutes, business enterprises, and government agencies and research institutes.

At MOSTI we are proud to have Prof Datuk Asma Ismail  as the fifth Academy of Sciences Malaysia president for a three-year term until 2019.

She is well-known for her specialisation in proteomics (large-scale study of proteins) and its application in efficiently diagnosing infectious diseases. She is credited for bringing her discoveries from lab to the shelves by commercialising rapid diagnostic kits for typhoid and exporting them to over 18 countries since 1994.

Prof Asma’s appointment as the first woman president of the Academy is noteworthy as few national academies of sciences in the world have a woman president in a short history of just over 20 years.

Displaying IMG_2691.JPG

Prof. Asma.

We certainly look forward to her leadership in promoting women’s involvement in the sciences.

Professor Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff is another acclaimed academician and scientist in virology. She is a 2015 Merdeka Award recipient for “Health, Science and Technology” for her contribution in understanding fatal viruses in poultry, and the potential of virus in treating cancer.

During her five-year stint as Deputy Secretary-General of MOSTI she anchored several science, technology and innovation policies and councils to strengthen its governance and help drive emerging scientific areas.

The general idea of advancing women in the workforce and in leadership position is that it benefits both men and women. For one, more women in the country’s workforce translate to increased contribution to our gross domestic product.

We have made significant progress in terms of Female Labour Force Participation Rate. Prior to 2010, for every 100 women of the working age, less than 48 were in the workforce. In 2015 this percentage increased to 54.1.

However this rate typically exceeds 60 per cent in the developed world.

Besides adding value to the economy, increased representation of women in science, technology and innovation can save lives.

The idea of “Gendered Innovations” started at Stanford University in 2009. It warns that “research is often marked by a gender bias that is harmful”.

For example, research in heart disease is over-reliant on reference models that consider males as the norm. In the research for osteoporosis, healthy young white women’s bone mineral density has been used to develop diagnostic models for women and less so for men.

The integration of the gender dimension is now required by the European Commission to achieve research excellence and a requirement to compete for funds from Horizon 2020, the largest EU Research and Innovation programme to date with almost €80 billion of grants available from 2014 to 2020.

Such is their commitment to improving gender and sex representation in scientific research, and to be more inclusive in their innovations.

I am also supportive of initiatives by non-governmental organisations such as Girls In Tech to help empower girls and women who are passionate about technology.

Girls In Tech is headquartered in San Francisco with 50,000 members around the globe. At a Girls In Tech Malaysia event I was shown some very creative products by women technopreneurs. I was happy to share about MOSTI’s programmes and facilities that could support them.

As we celebrate women’s significant contribution in the Malaysian workforce thus far and specifically in science, technology and innovation, we need to continue all the good efforts in encouraging female’s participation at work such as policies by the Ministry of Women, Family and Community Development, and programmes by TalentCorp.

The establishment of the Malaysian Board of Technologists (MBOT) under MOSTI would also enable more women technologists and technicians to be recognised.Jack Ma has said, women think about others more than themselves. With 47 per cent of his total staff and 33 per cent of staff in senior positions are women, he thinks that this is one of Alibaba’s “secret sauces”.

As robots gradually take over laborious, grunt work that requires minimal education level and social skills, human characteristics such as love, compassion and face-to-face communication where women typically excel in would be increasingly invaluable at work.

The world needs science, and science needs women. This is the era of women.

By,

Wilfred Madius Tangau.


Dunia Memerlukan Sains, dan Sains Memerlukan Wanita

“Dunia memerlukan sains, dan sains memerlukan wanita”.

Kenyataan ini dibuat oleh Puan Yang Terutama Irina Bokova, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dalam ucapan beliau di Persidangan Dwitahunan ke-3 mengenai Wanita dalam Sains, Teknologi dan Inovasi pada dua minggu lalu.

Mesej beliau tentang peranan wanita dalam sains adalah lantang dan jelas, dan menghidupkan suasana persidangan itu.

Dianjurkan oleh Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ISTIC) bagi Kerjasama Selatan-Selatan di bawah naungan UNESCO dan di bawah skop MOSTI, persidangan ini menjemput wanita berjaya untuk berkongsi kejayaan penyelesaian inovatif mereka dalam mengurangkan masalah yang dihadapi oleh wanita di seluruh dunia.

Ada Yonath, seorang ahli sains luar biasa yang merupakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia pada 2009 berkata dalam satu wawancara,

“Separuh daripada populasi dunia ialah wanita. Saya merasakan bahawa dunia kehilangan separuh kuasa fikiran manusia dengan tidak menggalakkan wanita untuk menceburi bidang sains.”

Berdasarkan sejarah, ramai wanita telah membuat sumbangan yang penting.

Marie Curie ialah seorang ahli sains yang tersohor. Beliau dilahirkan pada 1867, seorang rakyat Poland yang menjadi warganegara Perancis. Dalam keadaan yang sangat mencabar, beliau mengkaji fenomena keradioaktifan bersama-sama suaminya.

Mereka juga menemui dua unsur radioaktif, iaitu polonium dan radium.

Sejak penemuan tersebut, sebatian radioaktif menjadi sumber penting sinaran dalam penyelidikan saintifik dan perubatan, terutama dalam rawatan tumor.

Beliau dianugerahi Hadiah Nobel untuk Fizik pada 1903 bersama-sama dua orang lagi ahli sains, dan menerima Hadiah Nobel kedua pada 1911 untuk Kimia. Beliau bukan sahaja wanita pertama yang menerima Hadiah Nobel, malah menjadi orang pertama yang menerimanya sebanyak dua kali!

Khabar angin menyatakan bahawa Marie Curie pada asalnya tidak dipilih sebagai pemenang Hadiah Nobel untuk Fizik pada 1903. Namun, hasil campur tangan Magnus Goesta Mittag-Leffler, ahli matematik dari Sweden yang merupakan penyokong hak wanita dan ahli jawatankuasa Anugerah Nobel pada masa itu, hasil kerja Marie Curie akhirnya diiktiraf melalui Anugerah Nobel itu, bersama-sama suami beliau.

Kita bertuah kerana di Malaysia, kedudukan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi umumnya diterima baik.

Institut Perangkaan UNESCO menunjukkan bahawa di serata dunia, wanita mewakili jumlah minoriti penyelidik dunia, yakni kurang daripada 30 peratus.

Berdasarkan Kaji Selidik Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan Malaysia 2015, 48.8 peratus daripada keseluruhan 84,516 penyelidik ialah wanita. Mereka datang daripada institut pengajian tinggi, perusahaan perniagaan, agensi kerajaan dan institut penyelidikan.

Di MOSTI, kami berbangga mempunyai Profesor Datuk Asma Ismail sebagai presiden kelima Akademi Sains Malaysia bagi tempoh tiga tahun sehingga 2019.

Beliau sangat terkenal dengan pengkhususannya dalam proteomik (kajian skala besar untuk protein) dan penggunaannya dalam mendiagnosis penyakit berjangkit dengan berkesan. Beliau diberikan penghargaan kerana membawa penemuannya dari makmal rak-rak jualan komersial melalui kit diagnostik pantas untuk tifoid dan mengeksportnya ke lebih 18 negara sejak 1994.

Pelantikan Profesor Asma sebagai presiden wanita pertama Akademi ini patut diberi perhatian kerana tidak banyak akademi sains negara di dunia mempunyai presiden wanita dalam sejarah yang pendek, yakni baru sahaja 20 tahun.

Kita tentunya mahu melihat kepemimpinan beliau dalam menggalakkan penglibatan wanita dalam sains.

Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff merupakan seorang lagi ahli akademik dan pakar sains yang tersohor dalam virologi. Beliau ialah penerima Anugerah Merdeka 2015 untuk “Kesihatan, Sains dan Teknologi” atas sumbangan beliau dalam memahami virus pembunuh dalam poltri, dan potensi virus dalam merawat kanser.

Dalam tempoh lima tahun beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, beliau telah menyokong beberapa dasar dan majlis sains, teknologi dan inovasi dalam usaha mengukuhkan tadbir urusnya dan membantu memacu bidang sains yang memuncul.

Idea memajukan wanita dalam tenaga kerja dan jawatan pemimpin umumnya bertujuan membawa manfaat kepada lelaki dan wanita kerana, peningkatan tenaga kerja wanita negara akan menyumbang kepada peningkatan keluaran dalam negara kasar.

Kadar Penglibatan Tenaga Buruh Wanita telah menunjukkan kemajuan yang penting. Sebelum 2010, bagi setiap 100 wanita dalam umur bekerja, kurang daripada 48 berada dalam tenaga kerja. Pada 2015, peratusan ini meningkat kepada 54.1.

Walau bagaimanapun, kadar ini biasanya melebihi 60 peratus di negara maju.

Selain memberi nilai tambah kepada ekonomi, peningkatan wakil wanita dalam sains, teknologi dan inovasi boleh menyelamatkan nyawa.

Idea “Inovasi Gender” bermula di Standford University pada 2009. Idea ini memberikan peringatan bahawa “penyelidikan sering ditentukan oleh bias gender yang membahayakan”.

Sebagai contoh, penyelidikan dalam masalah penyakit jantung terlalu bergantung pada model rujukan yang melihat lelaki sebagai norma. Dalam penyelidikan osteoporosis, ketumpatan mineral dalam tulang wanita berkulit putih yang muda dan sihat telah digunakan untuk menghasilkan model diagnostik untuk wanita dan bukannya lelaki.

Suruhanjaya Eropah kini telah menetapkan penyepaduan dimensi gender sebagai syarat untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan dan merupakan satu keperluan untuk mendapatkan dana daripada Horizon 2020, program Penyelidikan dan Inovasi EU yang terbesar setakat ini, dengan bantuan hampir80 bilion ditawarkan dari 2014 hingga 2020.

Itulah komitmen mereka untuk menambah baik penglibatan gender dalam penyelidikan saintifik, dan menjadikan inovasi mereka lebih bersifat inklusif.

Saya juga menyokong inisiatif oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Girls In Tech untuk membantu memperkasakan wanita yang mempunyai minat mendalam tentang teknologi.

Girls In Tech berpangkalan di San Francisco dengan 50,000 ahli di serata dunia. Dalam satu acara Girls In Tech di Malaysia, saya telah ditunjukkan beberapa produk yang sangat kreatif oleh teknousahawan wanita. Saya juga berkongsi dengan mereka tentang program MOSTI dan kemudahan yang boleh membantu mereka.

Pada masa kita meraikan sumbangan penting wanita dalam tenaga kerja Malaysia sehingga kini dan khususnya dalam sains, teknologi dan inovasi, kita perlu meneruskan semua usaha baik dalam menggalakkan penglibatan wanita di tempat kerja seperti dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan program oleh TalentCorp.

Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di bawah MOSTI akan membolehkan lebih banyak juruteknologi dan juruteknik wanita diiktiraf. Jack Ma pernah mengungkapkan bahawa, wanita memikirkan orang lain lebih daripada memikirkan diri sendiri. Dengan 47 peratus jumlah kakitangan adalah wanita dan 33 peratus daripada jawatan kanan dipegang oleh wanita, beliau berpendapat bahawa ini antara “ramuan rahsia” Alibaba.

Pada masa robot secara berperingkat mengambil alih kerja yang remeh dan menjerihkan yang memerlukan tahap pendidikan dan kemahiran sosial yang minimum, sifat kemanusiaan seperti kasih sayang, belas kasihan dan komunikasi bersemuka yang lazimnya menjadi kepakaran wanita akan lebih dihargai di tempat kerja.

Dunia memerlukan sains dan sains memerlukan wanita. Zaman ini ialah zaman wanita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s