Borneo Today: SMK Pekan Nabalu yang Terbengkalai akan dibina di Tapak Baharu

skul-build3.jpg
Mahdzir Khalid memberitahu media SMK Pekan Nabalu akan dibina semula di tapak yang baru di Kampung Giok. Turut hadir, ADUN Kiulu Joniston Bangkuai dan Ahli Parlimen Tuaran, Madius Tangau.

TUARAN: Sebuah sekolah menengah kebangsaan akan dibina berdekatan kaki Gunung Kinabalu di daerah ini bagi menggantikan SMK Pekan Nabalu yang terpaksa dihentikan pembinaannya atas faktor keselamatan.

Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata satu tapak baharu telah dikenal pasti tidak jauh dari tapak asal selepas Jabatan Mineral dan Geosains mengisytiharkan tapak asal itu, yang terletak di lereng bukit berdekatan Gunung Kinabalu, tidak selamat.

“Kementerian akan membina SMK ini di Kampung Giok bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Giok selepas lulus semua kajian dan ujian, termasuk dari segi keselamatan bentuk muka buminya,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak baharu sekolah menengah berkenaan, di sini, hari Jumaat.

Projek sekolah tersebut terbengkalai akibat faktor tapak yang tidak sesuai.

Mahdzir berkata projek bernilai RM30 juta itu yang pembinaannya dimulakan pada tahun 2012 dan mencapai 20 peratus siap pada tahun 2014 terpaksa dihentikan.

Katanya, situasi itu melambatkan proses menyiapkan sekolah menengah yang bakal menampung keperluan 15 sekolah rendah di sekitar Zon Nabalu, di sini, berikutan perlu mencari tapak baharu yang sesuai.

“Kerajaan sudah membayar kira-kira RM5 juta kepada kontraktor bagi projek pembinaan sekolah itu tetapi atas faktor keselamatan, ia dihentikan menyebabkannya terbengkalai.

“Bagaimanapun, kita sudah mengenal pasti tapak baharu seluas kira-kira sembilan hektar berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Giok, di sini.

skul-nabalu
Projek asal SMK Pekan Nabalu terbengakalai atas faktor keselamatan.

“Kerja pembinaan akan dimulakan selepas semua proses, termasuk reka bentuk bangunan diselesaikan,” beliau mengatakan dalam satu laporan di portal BHarian.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau; Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Joniston Bangkuai dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin.

Sementara itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, berkata tapak baharu sekolah itu yang berstatus tanah hak adat anak negeri (NCR) akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan selepas semua penduduk yang menuntut hak terhadap tanah terbabit menandatangani surat kebenaran penyerahan tanah.

“Setakat ini, ada lima lagi penduduk belum menandatanganinya. Kita berharap pihak kampung dapat menyelesaikan perkara ini segera supaya projek pembinaan semula sekolah menengah ini dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Selain melawat tapak baharu SMK Pekan Nabalu, Mahdzir dan Madius turut melawat pelaksanaan Projek Perintis Inisiatif Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) di SK Mengkabong dan menghadiri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di SK Lokos, Kiulu, di sini.

 

Sumber: http://www.borneotoday.net/smk-pekan-nabalu-yang-terbengkalai-akan-dibina-di-tapak-baharu/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s