Siaran Akhbar: Tingkat Benteng Pertahanan Untuk Hindar Serangan Ransomware Wannacry

18518371_1707669962581254_7195858842707118159_o

PUTRAJAYA, Rabu 17 Mei Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa para pentadbir sistem rangkaian komputer di semua organisasi awam dan juga swasta di seluruh negara agar terus meningkat dan memperkukuhkan benteng pertahanan siber bagi melindungi dan memastikan sistem rangkaian komputer di organisasi mereka selamat dalam menghadapi arus cabaran ancaman dan serangan siber yang semakin berleluasa masa kini.
.
Gesaan tersebut dibuat oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini rentetan dari serangan perisian jahat atau malicious software yang dikenali sebagai ‘Ransomware WannaCry’ yang melanda pelbagai sistem rangkaian komputer di seluruh dunia pada 12 Mei 2017 lalu.

Menurut beliau, para pentadbir sistem rangkaian komputer perlu memiliki kepakaran, kemahiran dan kecekapan dalam mengendali sesuatu insiden serta ancaman siber yang sofistikated sejajar perkembangan ICT yang semakin dinamik. Mereka perlu melengkapkan diri dengan menjalani latihan kepakaran bagi mendapatkan skil kepakaran yang berkaitan.

Ancaman dan serangan siber boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana jua. Kecanggihan teknologi masa kini memungkinkan pelbagai bentuk serangan siber yang tidak kita jangka berlaku. Impaknya sangat besar seperti kemusnahan harta benda, kerugian, gangguan operasi, menggugat reputasi malah berupaya meruntuhkan kedaulatan negara. Dalam hal ini, semua pihak sama ada organisasi, perusahaan kecil dan sederhana malah individu perseorangan harus tampil memainkan peranan bagi memastikan ruang siber negara selamat dan terhindar dari ancaman dan serangan siber. ujar YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

18518187_1707670059247911_8375250110501431242_o
.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s