Baby Steps towards Mindset Change / Langkah Kecil ke arah Perubahan Cara Pemikiran

In conjunction with the Science, Technology and Innovation (STI) Carnival held at Dewan Sri Sulaman during this weekend, I hosted a “2050 National Transformation” or TN50 dialogue with almost 500 youths, university and secondary school students.

Prior to the dialogue they were provided with sticky notes to write their aspirations down for Malaysia in year 2050 and put them up for the public. We received a staggering number of 400 aspirations.Many wrote about using technology in education, clean energy, smart cities, transportation, employment opportunities and good governance.

WhatsApp Image 2017-05-12 at 09.46.52WhatsApp Image 2017-05-12 at 09.47.05WhatsApp Image 2017-05-12 at 09.47.17WhatsApp Image 2017-05-12 at 09.53.36

Announced in the Prime Minister’s Budget Speech last year, TN50 would be a policy document formulating Malaysia’s vision for 2050. The Ministry of Youth and Sports has been actively organising town halls in a nationwide tour that started with Sabah in late February.

At my inaugural dialogue in Dewan Seri Sulaman, participants were very enthusiastic of a Malaysia of tomorrow.

Some of the subjects they raised were about entrepreneurship opportunities, regulation of Blockchain and gender balance in top leadership roles.

The blockchain technology in brief, is an “infallible” digital ledger that records transactions of cryptocurrency such as bitcoin, discarding the need for a trusted authority. The birth of digital currencies has called for the need to review its regulation.

But the point is, these series of TN50 discourse have sparked a forward-thinking mindset among young Malaysians, especially crucial at this turning point of our country and the globe.

UKK_4073IMG-20170512-WA0044

The world today, let alone in 2050, has been very different from the time we formulated our national policies almost 30 years ago. We are experiencing unprecedented turbulence in the world’s political, economic and social climate.

To transform the country and in handling new challenges, Malaysians ourselves have to transform our mentality by setting new, higher standards. We also have to move away from stereotypical approaches and should not be carried away by short-term gains.

I have always been impressed with Bhutan’s revolutionary development indicator of “gross national happiness”.

It is a set of guiding principles towards a sustainable and equitable society, where the wellbeing of its citizens and natural environment take precedence over material growth.

Perhaps towards 2050, Malaysia should aim to be among the top 20 countries in terms of gross national happiness.

Another trend that should be considered seriously is our aging population. According to the Department of Statistics Malaysia, 196 000 or a 5.1 per cent, out of the 3.8 million population in Sabah, were 60 years and above in 2016.

By 2040 this percentage is expected to surge to 16.8 per cent.

Are we ready to sustain an aging society with a shrinking workforce?

And then there are fears of “jobs being replaced by the robots”.

In recent news, artificial intelligence (AI) is reported to becoming increasingly mainstreamed.

AI would potentially cut out some lawyers by reading and analysing hundreds of pages of due diligence documents per minute.

Rather than being over pessimistic about “losing jobs”, we can shift our perspective to being adaptable and exploring new horizons. In the case above AI could free up time for lawyers to focus on more important tasks rather than being bogged down by the grunt work.

Imagine the consequences should we resisted the use of modern computers over half a century ago when some claimed that it would “steal” the jobs of mathematicians!

This calls for us to start thinking deeply about transformation, more so to formulate an evidence-based policy document.

For Sabah, the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) has implemented several programmes to nurture a scientific mindset among local communities.

At the carnival that is happening over this weekend, we introduced over a dozen government agencies under our purview to the participants. Each agency has a dedicated outreach team; technical STI experts are also onsite to explain their services and the sciences to the people.

The Sultan Mizan Antarctic Research Foundation for example, promotes its work by compiling comics drawn by children about climate change and the Antarctic.

The Chemistry Department holds a “Crime Scene Investigation” or more famously known as “CSI” activity at its booth to educate visitors on DNA profiling. Children are exposed to evidence-based problem-solving techniques, such as applying DNA analysis to identify the crime suspect.

Not to forget our team from the National Science Centre. Although the centre is currently closed for repairs, they have been very actively doing outreach programmes.

I had the chance to meet some of the primary school teachers here that underwent the Inquiry-Based Science Education (IBSE) training provided by the Academy of Sciences Malaysia. I am pleased that they are on board with us in advocating fun science learning among students.

WhatsApp Image 2017-05-14 at 11.00.52.jpeg

This carnival also marked the official application of Smart Community Infrastructure System or icomm.

Currently at its first phase and executed in Tuaran, the local community now has direct access to real-time, round the clock video surveillance of 12 locations.

By installing the icomm app, users would be able to connect to the Internet free-of-charge, monitor air pollution and flood levels. Local merchants could advertise their businesses on this platform and in the future, direct customers to their retail site via GPS.

This is what I would describe as a “smart community”, where the neighbourhood is connected to each other and to hard infrastructures, being actively engaged to develop their own city.

In this national discourse of transformation, in the field of STI in particular, the government would require the collaboration of all stakeholders such as NGOs. Some excellent NGOs who are advocates of STI are Young Scientists Network, Malaysian Invention and Design Society and the Association of Science, Technology and Innovation.

The list goes on.

We hope for active participation from STI-related associations in upcoming TN50 dialogues as we strive to be inclusive in this unique bottom-up approach. In fact these town halls should be carried on even after the completion of TN50, especially in the engagement of young voices.

We are certainly taking baby but progressive steps toward a change in mentality for a national transformation to actualise. As a Chinese proverb goes, “A journey of a thousand miles begins with a single step.”

By,

Wilfred Madius Tangau.



Langkah Kecil ke arah Perubahan Cara Pemikiran

Sempena penganjuran Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang diadakan di Dewan Sri Sulaman pada hujung minggu ini, saya mengadakan dialog “Transformasi Nasional 2050” atau TN50 dengan hampir 500 belia, pelajar universiti dan murid sekolah menengah. Sebelum sesi dialog berlangsung, mereka diberi nota pelekat bagi menulis aspirasi mereka untuk Malaysia pada 2050 dan memaparkannya untuk tatapan umum. Sungguh tidak diduga, kami menerima sebanyak 400 aspirasi.

Ramai yang menulis tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan, tenaga bersih, bandar pintar, pengangkutan, peluang pekerjaan dan tadbir urus yang baik.

Seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan tahun lepas, TN50 akan menjadi dokumen dasar pembentukan visi Malaysia untuk 2050. Kementerian Belia dan Sukan secara aktif menganjurkan wacana-wacana nasional dalam jelajah ke seluruh negara yang bermula di Sabah lewat Februari lalu.

Dalam dialog pertama saya di Dewan Seri Sulaman, peserta amat teruja dengan gagasan negara pada masa depan.

Beberapa isu yang dibangkitkan termasuk peluang keusahawanan, pengawal aturan Blockchain dan keseimbangan gender dalam jawatan kepimpinan tertinggi.

Secara ringkasnya, teknologi Blockchain ialah lejar digital yang sangat berkesan” yang merekodkan transaksi mata wang kripto seperti bitcoin, menidakkan keperluan kawalan oleh autoriti yang dipercayai. Kewujudan mata wang digital telah mencetuskan keperluan untuk mengkaji pengawalannya.

Keadaan ini menunjukkan bahawa siri wacana TN50 telah mencetuskan cara pemikiran ke hadapan dalam kalangan generasi muda Malaysia yang amat penting pada titik perubahan negara dan dunia masa ini.

Dunia hari ini, apatah lagi pada 2050 nanti, amat berbeza berbanding dengan masa kita menghasilkan dasar kebangsaan kita kira-kira 30 tahun lalu. Kita kini sedang mengalami pergolakan yang tidak pernah berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial dunia.

Dalam usaha mentransformasikan negara dan menangani cabaran baharu, kita rakyat Malaysia harus mentransformasikan cara pemikiran kita dengan menetapkan standard baharu yang lebih tinggi. Kita juga harus meninggalkan pendekatan stereotaip dan tidak hanyut dengan kejayaan jangka pendek.

Saya amat tertarik dengan indeks pembangunan Bhutan yang benar-benar berlainan, iaitu “Kebahagiaan Negara Kasar”.

Indeks ini menjadi set prinsip yang membawa ke arah masyarakat mampan dan saksama, dengan kesejahteraan rakyat dan alam semula jadi mengatasi pertumbuhan material.

Dalam kita bergerak menuju 2050, Malaysia harus mencapai matlamat untuk menjadi antara 20 negara utama dari segi kebahagiaan negara kasar.

Satu lagi trend yang perlu dipertimbangkan secara serius ialah kadar populasi berumur yang semakin meningkat. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 196 000 atau 5.1 peratus daripada 3.8 juta rakyat Sabah berumur 60 tahun ke atas pada 2016.

Menjelang 2040, peratusan ini dijangka melonjak kepada 16.8 peratus.

Adakah kita bersedia untuk menampung masyarakat yang berusia ini dengan tenaga kerja yang semakin berkurangan?

Dan seterusnya wujud kebimbangan tentang “pekerjaan digantikan oleh robot”.

Dalam berita baru-baru ini, kecerdasan buatan (AI) dilaporkan semakin meningkat pada peringkat arus perdana.

AI berkemungkinan akan mengurangkan keperluan khidmat peguam dengan membaca dan menganalisis ratusan halaman dokumen yang memerlukan penelitian dalam masa hanya satu minit.

Namun begitu, daripada kita terlalu pesimis tentang “kehilangan pekerjaan”, kita boleh mengubah perspektif supaya lebih mudah menyesuaikan diri dan mencuba horizon baharu. Dalam hal seperti di atas, AI boleh menjimatkan masa peguam supaya mereka dapat memberikan tumpuan kepada tugasan yang lebih penting dan bukannya dibebani kerja remeh.

Bayangkan kesannya jika kita menentang penggunaan komputer moden lebih setengah abad dahulu apabila ada yang menyatakan bahawa komputer akan “mencuri” pekerjaan ahli matematik!

Keadaan ini memerlukan kita mula berfikir secara mendalam tentang transformasi, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan dokumen dasar berasaskan bukti.

Bagi Sabah, MOSTI telah melaksanakan beberapa program untuk memupuk cara pemikiran saintifik dalam kalangan masyarakat tempatan.

Dalam karnival yang diadakan hujung minggu ini, kami memperkenalkan lebih daripada 12 agensi kerajaan di bawah MOSTI kepada para peserta. Setiap agensi mempunyai pasukan bantuannya sendiri. Pakar teknikal STI juga berada di tapak karnival untuk menerangkan perkhidmatan mereka dan berkongsi ilmu sains kepada pengunjung.

Sebagai contoh, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan mempromosikan kerja mereka dengan menyusun komik tentang perubahan cuaca dan Antartika yang dilukis oleh kanak-kanak.

Jabatan Kimia pula mengadakan aktiviti “Siasatan Tempat Kejadian Jenayah” atau lebih dikenali sebagai “CSI” di gerai mereka untuk mengajar pengunjung tentang pemprofilan DNA. Kanak-kanak didedahkan kepada teknik penyelesaian masalah berasaskan bukti seperti mengguna pakai analisis DNA untuk mengenal pasti suspek jenayah.

Tidak ketinggalan pasukan kami dari Pusat Sains Negara. Walaupun pusat ini ditutup buat masa ini untuk kerja-kerja penaiktarafan, mereka tetap aktif melaksanakan program bantuan.

Saya berpeluang berjumpa dengan beberapa guru sekolah rendah di sini yang telah menjalani latihan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia. Saya gembira dengan penyertaan mereka untuk menyokong pembelajaran sains yang menyeronokkan dalam kalangan pelajar.

Karnival ini juga menandakan penggunaan rasmi Sistem Prasarana Komuniti Pintar atau icomm.

Sistem ini yang kini dalam fasa pertamanya dan dilaksanakan di Tuaran membolehkan komuniti tempatan kini mempunyai capaian terus kepada masa nyata dan video kawalan 24 jam di 12 lokasi.

Aplikasi icomm membolehkan pengguna menggunakan Internet secara percuma dan memantau pencemaran udara serta paras banjir. Peniaga tempatan boleh mengiklankan perniagaan mereka pada platform ini dan pada masa akan datang, menunjukkan kepada pelanggan arah jalan ke premis perniagaan mereka dengan menggunakan GPS.

Inilah yang saya gambarkan sebagai “komuniti pintar”, iaitu kejiranan dihubungkan antara satu sama lain dan kepada infrastruktur nyata, dan mereka terlibat secara aktif untuk membangunkan bandar mereka sendiri.

Dalam wacana transformasi negara ini, khususnya dalam bidang STI, kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan seperti NGO. Antara NGO utama yang merupakan penyokong STI ialah Jaringan Saintis Muda, Persatuan Reka Bentuk dan Reka Cipta serta Persatuan Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Senarainya berterusan.

Kami mengharapkan penyertaan aktif persatuan berkaitan STI dalam dialog TN50 yang akan datang kerana kami beriltizam menjadi inklusif dalam pendekatan bawah ke atas yang unik ini. Malah, siri wacana terbuka ini harus diteruskan walaupun setelah TN50 berakhir, terutama sekali penglibatan suara generasi muda.

Kita sememangnya bermula dengan langkah kecil tetapi progresif ke arah perubahan dalam pemikiran untuk merealisasikan transformasi negara. Seperti kata pepatah Cina, “Perjalanan seribu batu bermula dengan setapak langkah”.

One thought on “Baby Steps towards Mindset Change / Langkah Kecil ke arah Perubahan Cara Pemikiran

  1. We need to take one major high impact, moon shot program that transform the rural economy for the B40 using technology as the key enabler that allows innovation . This will make believe that MOSTI will be the key driver for new economy and 4IR

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s