Berita Harian: UPKO bertanggungjawab pulihara warisan KDM

TUARAN, 10 Mei — Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (empat, kanan) melancarkan Pesta Kaamatan Tuaran 2017 hari ini. Pelbagai acara turut diadakan sempena pesta tersebut antaranya Sugandoi (pertandingan nyanyian Kadazandusun), Ratu Unduk Ngadau, pameran kraftangan dan pertandingan makanan tradisional suku kaum Dusun.–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARASUPARMIN

TUARAN: Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mempunyai tanggungjawab besar dalam membantu memulihara warisan budaya etnik Kadazandusun dan Murut di negeri ini, supaya tidak pupus dan hilang ditelan zaman.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata ini adalah tanggungjawab besar UPKO dalam usaha mengelakkan setiap budaya etnik terutama Kadazandusun dan Murut yang semakin pupus.

“UPKO bukan hanya bertindak sebagai parti politik, sebaliknya memiliki tanggungjawab besar dalam memastikan setiap warisan budaya etnik terutama daripada Kadazandusun dan Murut di negeri ini berupaya dikekalkan.

“Ini adalah identiti sebenar etnik Kadazandusun dan Murut dalam UPKO yang perlu terus diperkasakan,” katanya berucap melancarkan sambutan Tadau Kaamatan UPKO Tuaran 2017, di Dewan Masyarakat Tenghilan, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Masiung Banah; Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Madius yang juga Pemangku Presiden UPKO berkata, sejak kaamatan diiktraf kerajaan sebagai perayaan kebesaran dan rasmi etnik Kadazandusun dan Murut di Sabah, terbukti berjaya menyatupadu semua kaum walaupun mempunyai pelbagai kepercayaan agama.

Sehubungan itu, katanya, penting kepada rakyat di negara ini sentiasa saling hormat menghormati serta memahami supaya keamanan dan keharmonian yang wujud dapat dikekalkan.

“Semua itu menjadi intipati budaya yang menjadi warisan penduduk Sabah, yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada masyarakat luar dalam mewujudkan kehidupan selesa mereka,” katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kiri) bersama Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tenghilan Tuaran Lucy Gansui melancarkan ‘Komuniti Nano Smart’ iaitu contoh Inovasi Dalam Pembelajaran Stem dan Perniagaan sempena pelancaran Pesta Kaamatan Tuaran 2017 hari ini. – Foto BERNAMA

 


Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersama-sama dengan Naib Presiden UPKO Datuk Dr Ewon Ebin (dua kanan) dan Datuk Masiung Banah (kanan) menumbuk padi pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan UPKO 2017 di Tenghilan. – Foto NSTP/Edmund Samunting

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/281102

Koleksi gambar:

Image may contain: 1 person

Image may contain: 6 people

Image may contain: 3 people, crowd

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s