Standing Up for Science / Menyemarakkan Sains

Some six hundred rallies were held last weekend in the United States and around the globe. Scientists stepped out of their comfort zones of labs and classrooms, thrusting themselves into a whirlwind of “political but not partisan” foray.

At the main March for Science venue in Washington, demonstrators were reported to be protesting against U.S. President Donald Trump’s plans to slash 18 per cent of funding from the National Institutes of Health and 31 per cent from the Environmental Protection Agency.

The President is infamously known to have discredited climate change as a hoax, vowing to exit from the Paris accord – a legally binding climate agreement adopted by 195 countries in December 2015 – to “bring jobs back to America”.

America was a strong advocate of the agreement during President Barack Obama’s administration.

The agreement calls for governments to commit financial, technological and capacity building plans to “keep a global temperature rise this century well below 2 degree Celsius above pre-industrial levels and to limit the temperature increase even further to 1.5 degree Celsius”.

Malaysia is also committed to ratifying the Paris Agreement. We have pledged to reduce our greenhouse emissions by 45 per cent by 2030.

Back at Washington’s National Mall on Earth Day, protesters were railing against their current policymakers for dismissing carbon dioxide as the primary contributor to global warming, a view protesters claimed to contradict decades of scientific findings.

The crowds were essentially marching to campaign for science and evidence-based policies.

In Malaysia we have been a championing science, technology and innovation (STI) for policy. Tan Sri Omar Abdul Rahman, Malaysia’s first Science Advisor to the Prime Minister, in his book The Essentials of Science Technology and Innovation Policy, said that STI must be for socio-economic development based on the Economic Transformation Programme, which forms the basis of our national polices. Only then we can escape the middle income trap.

He cited the example of government’s emphasis in the research and development (R&D) infrastructure of rubber and palm oil industries, allowing Malaysia to remain as a competitive global player.

The palm oil and rubber industries are expected to contribute RM 178 billion and RM 230.9 billion to Gross National Income (GNI) respectively in three years’ time. For palm oil especially, we want to greatly enhance the downstream sector through the increased production of high value oleo derivatives, new generation of bio-fuels and palm oil-based food and health products. This can only be achieved via R&D.

In the Ministry of Science, Technology and Innovation, like the policymaking process in Malaysia in general, we strive to consult as many relevant stakeholders as possible, ensuring well-researched, evidence-based blueprints. Our policies are considered as an “enabler” rather than a niche issue of its own.

The Technology Roadmap for Cyberspace Security for example was to support Malaysia in using Information and Communication Technology (ICT) for socio-economic development. It called for more R&D to protect our everyday cyberspace such as communication and e-commerce, as well as critical infrastructures like power grids, air traffic control, financial systems and for defence.

To accommodate the emerging application of Internet of Things (IoT), we formulated a National IoT Strategic Roadmap and set up a steering committee to ensure that Malaysia remains at the forefront of connectivity.

The National Biotechnology Policy launched in 2005 looked into the aspects of health, economic and social well-being. This policy would be due in three years’ time. In drawing up a new roadmap, besides expanding our role from merely encompassing biotechnology to the entire bioeconomy, we would also take sustainability into account, such as in energy and food security, as part of our effort in reducing carbon footprint.

These show that our policies are dynamic and scientific.

However, in moving forward, we want to encourage more open, scientific discourses not only just among the scientific community but among the public. The effective communication of complex, technical science such as on genetically modified organism, embryonic gene editing, stem cells and nuclear energy to the man in the street should be a must-have skill for each scientist.

There are many initiatives in science outreach but they can be more impactful if our efforts are coordinated. Ultimately each scientist should be professionally trained in science communication.

Our government has also showed seriousness in implementing evidence-based policies. The National Science Council was set up two years ago to allow for Prime Minister, Ministers and the industry to deliberate and decide on solving national issues through STI.

The appointment of the current Science Advisor to Prime Minister Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid, a distinguished scientist in biodiversity, is another testament of our policymakers’ earnest interest in science.

I have also initiated regular meetings with state executive council members who are in-charge of STI to strengthen state and federal governance.

Even in the charting of a new policy, the 2050 National Transformation, “Technology and Connectivity” have been identified as one of the five pillars of our future.

That saying, to raise the science literacy of Malaysians, we need to revolutionise science education beginning from the young. MOSTI is working with several schools in the country to promote Inquiry Based Science Education (IBSE) pedagogy in science lessons.

Last Thursday, I led a delegation of MOSTI officials to SK Bandar Tasik Kesuma in Beranang, Selangor, to observe the IBSE approach first hand. We joined the lively science classes of Standard One to Three where pupils were given hands-on materials to learn the subject. They were constantly interacting with each other and their teachers.

UKK_1644.jpg

Outdoor activities complemented classroom lessons. You could see the children’s excitement when they were brought to the school’s mini garden. Their teacher encouraged them to engage all five senses to learn about their world. This hands-on science teaching had certainly piqued the students’ curiosity in learning science, technology, engineering and mathematics (STEM).

UKK_1470.jpg

UKK_1673.jpg

We must nurture a scientific culture beginning from the very young. A society with high science literacy would then appreciate the benefits of STI for their well-being and the environment. While the government has to be balanced in imposing new regulations as backed by well-researched science, the nation has to recognise the long term gains that come with these changes.


Menyemarakkan Sains

Kira-kira enam ratus perhimpunan telah diadakan pada hujung minggu lepas di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Ahli sains melangkah keluar daripada zon selesa mereka di makmal dan kelas, untuk masuk ke dalam suatu pusaran beliung “politik tetapi bukan penyokong” yang menyerang secara mendadak.

Di tempat utama Perarakan untuk Sains diadakan di Washington, para penunjuk perasaan dilaporkan membantah rancangan Donald Trump, Presiden A.S. untuk memotong 18 peratus pembiayaan kepada Institut Kesihatan Negara dan 31 peratus kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

Presiden itu yang terkenal kerana menganggap perubahan iklim sebagai satu olokan, berikrar untuk keluar daripada perjanjian Paris – perjanjian iklim yang mengikat secara sah dan diterima pakai oleh 195 buah negara termasuk Malaysia pada Disember 2015 – untuk “mengembalikan pekerjaan kepada Amerika”.

Amerika merupakan penyokong kuat perjanjian itu semasa pentadbiran Presiden Barack Obama.

Perjanjian itu menyeru kerajaan membuat pelan kewangan, teknologi dan pembinaan keupayaan untuk “memastikan peningkatan suhu dunia pada abad ini berada di bawah 2 darjah Celsius di atas tahap praperindustrian dan mengehadkan peningkatan suhu melebihi daripada 1.5 darjah Celsius”.

Sebagai salah sebuah negara yang komited untuk mengesahkan Perjanjian Paris, kita telah berikrar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Berbalik kepada Hari Bumi di National Mall, Washington, para penunjuk perasaan menentang pembuat dasar semasa mereka kerana menidakkan karbon dioksida sebagai penyumbang utama kepada pemanasan global. Suatu pandangan yang menurut penunjuk perasaan bercanggah dengan penemuan saintifik selama berdekad-dekad.

Orang ramai itu pada dasarnya berarak untuk berkempen bagi dasar yang berteraskan bukti dan sains.

Di Malaysia, kita telah memperjuangkan sains, teknologi dan inovasi (STI) untuk dasar. Tan Sri Omar Abdul Rahman, Penasihat Sains Malaysia yang pertama kepada Perdana Menteri, dalam buku beliau yang bertajuk The Essentials of Science Technology and Innovation Policy, menegaskan bahawa STI amat penting bagi pembangunan sosioekonomi berdasarkan Program Transformasi Ekonomi, yang membentuk asas bagi dasar nasional kita. Hanya dengan itu kita boleh melepaskan diri daripada perangkap berpendapatan sederhana.

Beliau memetik contoh penekanan kerajaan terhadap infrastruktur penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri getah dan minyak sawit, bagi membolehkan Malaysia kekal sebagai pemain global yang kompetitif.

Industri minyak sawit dan getah masing-masing dijangka menyumbang RM178 bilion dan RM230.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar masing-masing dalam masa tiga tahun. Bagi minyak sawit terutamanya, kita telah mempertingkatkan sektor hiliran melalui peningkatan pengeluaran derivatif oleo bernilai tinggi, biobahan api generasi baharu serta makanan dan produk kesihatan berasaskan minyak palma. Hasil ini hanya boleh dicapai melalui R&D.

Dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, seperti proses membuat dasar di Malaysia secara umumnya, kami berusaha untuk berunding dengan sebanyak mungkin pihak berkepentingan yang berkaitan, bagi memastikan rangka tindakan dibuat berdasarkan bukti dan dikaji dengan baik. Dasar kita dianggap sebagai satu “pemboleh” berbanding dengan isu ceruk dalam bidangnya sendiri.

Pelan Hala Tuju Teknologi untuk Keselamatan Ruang Siber misalnya adalah untuk menyokong Malaysia dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk pembangunan sosioekonomi. Lebih banyak R&D diperlukan bagi melindungi ruang siber harian kita seperti komunikasi dan e-dagang, serta infrastruktur kritikal seperti grid tenaga, kawalan trafik udara, sistem kewangan dan untuk pertahanan.

Untuk menampung aplikasi yang muncul akibat Internet of Things (IoT), kami mewujudkan Pelan Hala Tuju Strategik Iot Kebangsaan dan menubuhkan satu jawatankuasa pemandu bagi memastikan Malaysia kekal di barisan hadapan kesalinghubungan.

Dasar Bioteknologi Negara yang dilancarkan pada 2005 meneliti aspek kesihatan, kesejahteraan sosial dan ekonomi. Dasar ini akan berakhir dalam masa tiga tahun. Dalam merangka satu pelan hala tuju baharu, selain memperluaskan peranan kami daripada hanya merangkumi bioteknologi kepada seluruh bioekonomi, kami juga akan mengambil kira kemampanan, seperti dalam tenaga dan keselamatan makanan, sebagai sebahagian daripada usaha kami dalam mengurangkan jejak karbon.

Hal ini memperlihatkan bahawa dasar kami bersifat dinamik dan saintifik.

Walau bagaimanapun, dalam bergerak ke hadapan, kami mahu menggalakkan wahana saintifik yang lebih terbuka, bukan sahaja antara komuniti saintifik bahkan dalam kalangan orang awam. Komunikasi dengan orang awam yang berkesan berkenaan topik sains yang teknikal dan kompleks, seperti organisma yang diubah suai secara genetik, penyuntingan gen yang embrionik, sel tunjang dan kuasa nuklear ialah kemahiran yang perlu ada pada setiap ahli sains.

Terdapat banyak inisiatif dalam jangkauan sains, tetapi inisiatif ini akan membawa impak yang lebih mendalam jika usaha kami ini dikoordinasikan. Pada dasarnya, setiap ahli sains seharusnya terlatih secara profesional dalam komunikasi sains.

Kerajaan juga menunjukkan keseriusan dalam melaksanakan dasar berasaskan bukti. Majlis Sains Negara ditubuhkan dua tahun lalu bagi membolehkan Perdana Menteri, para Menteri dan industri mempertimbangkan dan menetapkan penyelesaian isu nasional melalui STI.

Pelantikan Penasihat Sains semasa kepada Perdana Menteri, iaitu Profesor Tan Sri Zakri Abdul Hamid, seorang ahli sains ternama dalam biodiversiti, adalah satu lagi bukti pembuat dasar kami benar-benar bersungguh dalam sains.

Saya juga telah memulakan mesyuarat tetap dengan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap STI untuk mengukuhkan pentadbiran negeri dan persekutuan.

Walaupun negara sedang merangka sebuah dasar baharu, iaitu Transformasi Nasional 2050, “Teknologi dan Kesalinghubungan” telah dikenal pasti sebagai satu daripada lima tonggak masa depan kita.

Oleh itu, untuk meningkatkan literasi sains dalam kalangan rakyat Malaysia, kita perlu merevolusikan pendidikan sains sejak muda lagi. MOSTI bekerja sama dengan beberapa sekolah dalam negara untuk menggalakkan pedagogi Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) dalam pelajaran sains.

Pada Khamis lepas, saya mengetuai delegasi pegawai MOSTI ke SK Bandar Tasik Kesuma di Beranang, Selangor untuk membuat pemerhatian langsung pendekatan IBSE. Kami menyertai kelas sains Tahun Satu sehingga Tahun Tiga yang meriah. Murid diberikan bahan sebenar untuk mempelajari sesuatu subjek. Mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain dan juga dengan guru mereka.

Aktiviti luar melengkapi pembelajaran dalam kelas. Anda boleh melihat keseronokan anak-anak apabila mereka dibawa ke taman mini sekolah. Guru menggalakkan mereka melibatkan kesemua pancaindera untuk belajar tentang dunia mereka. Pengajaran sains yang praktikal ini memang menebak sikap ingin tahu murid dalam pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Kita mesti memupuk satu budaya saintifik yang bermula sejak muda belia lagi. Sebuah masyarakat yang mempunyai kadar literasi sains yang tinggi kemudiannya akan menghargai faedah STI untuk kesejahteraan mereka dan persekitaran. Sementara kerajaan perlu seimbang dalam mengenakan peraturan baharu seperti yang disokong oleh kajian sains yang menyeluruh, negara pula perlu memainkan peranannya dengan mengenal pasti perolehan jangka masa panjang yang datang dengan perubahan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s