Prosper thy neighbours (Part 1) / Makmurkan Jiran Anda (Bahagian I)

According to Dr Mark Zachary Taylor, an associate professor at Georgia Institute of Technology who specialises in international relations and science and technology policy, “good” or “bad” national innovation systems are not determined entirely by domestic factors.

He pointed out that the institutional keys to a country’s success in science, technology and innovation (STI) do not lie in a particular type of government or economic system.

Rather, he said, governments do not only have to solve market failures in achieving national STI success; they have to solve network failures too. Countries that enjoy advanced innovation rates were typified by strong international networks.

For example, Israel networked with financiers in New York and San Francisco to establish linkages in finance, marketing and technology transfer.

As a result of this and other policies, Israel is now globally competitive in computer software, defence technologies, medical equipment, pharmaceuticals and telecommunications. Foreign companies now invest $ 4 to 5 billion annually in Israel’s R&D, an amount that equates 40 to 50 per cent of what Israelis themselves put in.

Taiwan has also reaped similar benefits from their extensive international STI network. During the 1970s, Taiwan started to reach out to American technology experts and executives at top U.S. high-firms who were often of Chinese descendants. They formed an alliance in the U.S. to regularly advise the Taiwanese government and STEM experts in strategic STI investments.

Meanwhile South Korea’s “chaebol”, a term for a large, usually family-owned business conglomerate, are converging points of domestic and international networks. They brought together STEM talents and capital from the state and local businessmen. STEM employees were sent to advanced STI countries for training.

In Malaysia’s STI sector, we are most committed to the ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST) through the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) since 1978. In 2014 our region was known as the seventh-largest economy in the world, projected to rank as the fourth by 2050.

Realising this potential, the ASEAN Economic Community (AEC) was established in late 2015 to promote a competitive single market, allowing the free flow of goods, services, talents and capital among member states.

One vision of the AEC is to develop “a competitive, innovative and dynamic ASEAN”.

Therefore it was most timely that ASEAN reaffirmed her commitments in STI advancement, beginning with the ASEAN Plan of Action on STI 2016 – 2025, adopted at the 16th ASEAN Ministerial Meeting on S&T in Lao, 2015.

Last year we adopted the Implementation Plan at the 9th Informal ASEAN Ministerial Meeting on S&T in Cambodia, both of which I attended.

In the short term, we could see an increase in collaboration in research, talent mobility, smart partnerships among STI enterprises and STI enculturation among ASEAN member states. In the longer term, as I have proposed in the meeting in Cambodia, Malaysia aims to champion a foresight initiative for ASEAN.

ASEAN needs to take guided and strategic steps to respond to the technological revolution that would hit our shores very soon. It would certainly be wiser for us to face the technology behemoths in developed and emerging nations as “One Vision, One Identity, One Community”.

Malaysia is an evident avid advocate of South-South cooperation. Besides our commitment with ASEAN in STI, we have our very own Malaysian Technical Cooperation Programme managed by the Ministry of Foreign Affairs, which since 1980 has organised more than 100 short, specialised trainings to more than 25 000 participants from 140 countries.

MOSTI through its agencies are very supportive of these technical workshops, this year for example, we look forward to conduct programmes on geopark management, radiographic testing and developing halal standards.

Most recently, as part of my official visit with the Prime Minister and Malaysian delegation to India, I visited the Centre for Science and Technology of the Non-aligned and other Developing Countries (NAM S&T Centre) that is based in New Delhi.

Malaysia 17.04.02 Hon. Datuk Seri Panglima WM Tangau, Minister MOSTI in DG Office

From left: My wife Jaina, Dato Lee (Hon Chairman of ISTIC), me, Prof Arun (DG of the Centre).

Malaysia 17.04.02 Hon. Datuk Seri Panglima WM Tangau, Minister MOSTI with DG NAM Centre

Wtih Prof Arun P. Kulshreshtha, Director-General of NAM S&T Centre in New Delhi.

The Non-Aligned Movement was initiated in 1961 based on the principle that developing countries should not align with the Western or Eastern blocs in the Cold War. Later on the NAM S&T Centre was set up in 1989 as an inter-governmental organization to follow through the decisions made by government leaders at various Summits and to promote South-South cooperation in S&T.

Forty-eight developing countries have so far joined the Centre as its member.

Malaysia through MOSTI joined NAM S&T Centre in 1993. Most of the joint collaborations have been in knowledge transfer through international workshops, research fellowship programs and publications.

In 2016, an MoU was signed between the Centre and Malaysia’s International Science, Technology and Innovation Centre (ISTIC) in August 2016 to implement joint programmes relating to South-South cooperation in STI.

My working visit to the Centre was especially meaningful as Malaysia is expected to host the NAM S&T Centre Governing Council meeting this September. I look forward to welcoming these international visitors, as we are prepared to share with the council members our experiences in conducting capacity-building through South-South cooperation.

WhatsApp Image 2017-04-02 at 18.07.08

With some of the Centre staff.

In the spirit of “prosper thy neighbours”, Malaysia would continue to devote to strengthening bilateral and multilateral relations with our neighbours in the region, and other developing countries through science diplomacy.

Such as for ASEAN, where we celebrate our 50th founding anniversary and the purposeful establishment of NAM, these relations serve as the fulcrum of peace, prosperity and stability among developing countries.

This article was published in Daily Express, also available here: http://www.dailyexpress.com.my/read.cfm?NewsID=2511


Makmurkan Jiran Anda (Bahagian I)

Menurut Dr. Mark Zachary Taylor, profesor madya di Georgia Institute of Technology yang mengkhusus dalam bidang perhubungan antarabangsa serta dasar sains dan teknologi, sistem inovasi negara yang “baik” atau “buruk” bukan ditentukan sepenuhnya oleh faktor domestik.

Beliau menjelaskan, kunci institusi untuk kejayaan sesebuah negara dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) tidak terletak pada jenis kerajaan atau sistem ekonomi yang tertentu.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan bukan sahaja perlu menyelesaikan kegagalan pasaran dalam mencapai kejayaan STI negara, tetapi mereka perlu juga menyelesaikan kegagalan rangkaian. Negara yang mencapai kadar inovasi yang tinggi lazimnya mempunyai rangkaian antarabangsa yang luas.

Sebagai contoh, Israel menjalinkan rangkaian dengan pembiaya di New York dan San Francisco untuk mewujudkan pertalian dalam kewangan, pemasaran dan pemindahan teknologi.

Hasil dasar ini dan lainnya, Israel kini kompetitif pada peringkat global dalam bidang perisian komputer, teknologi pertahanan, peralatan perubatan, farmaseutikal dan telekomunikasi. Syarikat asing kini melaburkan US$4 hingga US$5 bilion setahun dalam R&D Israel, jumlah yang menyamai 40 hingga 50 peratus daripada pelaburan warga Israel sendiri.

Taiwan juga meraih faedah serupa daripada rangkaian STI antarabangsa mereka yang luas. Pada tahun 1970-an, Taiwan mula berhubung dengan pakar teknologi dan eksekutif Amerika di firma teknologi tinggi A.S. yang terkemuka. Mereka yang kebanyakannya berketurunan Cina itu membentuk perikatan di A.S. untuk menasihatkan kerajaan dan pakar STEM Taiwan dari semasa ke semasa tentang pelaburan STI yang strategik.

Dalam pada itu, konglomerat perniagaan Korea Selatan yang besar dan selalunya milik keluarga, dikenali sebagai “chaebol”, menjadi titik pertemuan bagi rangkaian domestik dan antarabangsa. Mereka menghimpunkan bakat dan modal STEM daripada kerajaan dan ahli perniagaan tempatan. Pekerja STEM dihantar ke negara STI maju untuk menjalani latihan.

Dalam sektor STI Malaysia, kita paling komited kepada Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains dan Teknologi (ASEAN COST) menerusi MOSTI sejak 1978. Pada 2014, rantau kita dikenali sebagai ekonomi ketujuh terbesar di dunia, diunjurkan menduduki tangga keempat menjelang 2050.

Menyedari potensi ini, Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ditubuhkan pada akhir 2015 untuk mengusahakan sebuah pasaran tunggal yang kompetitif, yang membolehkan barangan, perkhidmatan, bakat dan modal mengalir bebas antara negara anggota.

Antara visi AEC adalah untuk mewujudkan “sebuah ASEAN yang kompetitif, inovatif dan dinamik”.

Oleh sebab itu, memang tepat pada waktunya bahawa ASEAN mengesahkan semula komitmennya dalam memajukan STI, bermula dengan Pelan Tindakan ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi 2016–2025 yang diluluskan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi di Laos pada 2015.

Tahun lepas kami meluluskan Pelan Pelaksanaan pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri ASEAN ke-9 mengenai Sains dan Teknologi di Kemboja. Saya menghadiri kedua-dua mesyuarat.

Dalam jangka pendek, kita dapat melihat peningkatan kerjasama dalam penyelidikan, mobiliti bakat dan perkongsian bijak antara perusahaan STI dan pembudayaan STI dalam kalangan negara anggota ASEAN. Dalam jangka panjang, seperti yang saya cadangkan dalam mesyuarat di Kemboja, Malaysia ingin memperjuangkan inisiatif berwawasan untuk ASEAN.

ASEAN perlu mengambil langkah teratur dan strategik sebagai respons terhadap revolusi teknologi yang akan melanda rantau kita tidak lama lagi. Tentulah lebih bijak sekiranya kita menghadapi gergasi teknologi di negara maju dan negara memuncul sebagai “Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti”.

Malaysia ternyata penyokong kuat kerjasama Selatan-Selatan. Selain komitmen kita dengan ASEAN dalam STI, kita sendiri mempunyai Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri. Sejak 1980, program itu menganjurkan lebih daripada 100 latihan khusus dan singkat untuk lebih daripada 25,000 peserta dari 140 negara.

MOSTI menerusi agensinya menyokong penganjuran bengkel teknikal itu sepenuhnya. Contohnya pada tahun ini, kami bakal menjalankan program berkaitan pengurusan geotaman, pengujian radiografi dan pembangunan piawai halal.

Terbaru, dalam rangka lawatan rasmi saya bersama-sama Perdana Menteri dan delegasi Malaysia ke India, saya mengunjungi Pusat Sains dan Teknologi Negara-Negara Berkecuali dan Negara Membangun lain (NAM S&T Centre) yang beribu pejabat di New Delhi.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada 1961 berasaskan prinsip bahawa negara membangun tidak harus menyebelahi blok Barat atau blok Timur dalam Perang Dingin. Kemudian, NAM S&T Centre ditubuhkan pada 1989 sebagai sebuah organisasi antara kerajaan bagi mengambil tindakan susulan terhadap keputusan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan pada pelbagai Sidang Kemuncak dan untuk menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan dalam S&T.

Sehingga kini sebanyak 48 negara membangun menyertai Pusat tersebut sebagai anggota.

Malaysia menerusi MOSTI menyertai NAM S&T Centre pada 1993. Kebanyakan kerjasama bersama melibatkan pemindahan pengetahuan melalui bengkel antarabangsa, program felo penyelidikan dan penerbitan.

Pada 2016, satu MoU ditandatangani antara Pusat itu dengan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ISTIC) di Malaysia pada Ogos 2016 untuk melaksanakan program bersama berkaitan dengan kerjasama Selatan-Selatan dalam STI.

Lawatan kerja saya ke Pusat itu amat bermakna kerana Malaysia dijadualkan menganjurkan mesyuarat Majlis Pentadbir NAM S&T Centre pada September ini. Saya mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa itu kerana kita bersiap sedia untuk berkongsi pengalaman kita dengan anggota Majlis dalam menjalankan program pembangunan keupayaan menerusi kerjasama Selatan-Selatan.

Dengan semangat “makmurkan jiran anda”, Malaysia akan terus menumpukan usaha untuk mengukuhkan hubungan bilateral dan multilateral dengan jiran-jiran kita di rantau ini di samping negara membangun lain menerusi diplomasi sains.

Begitu juga bagi ASEAN, di mana kita menyambut hari ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN di samping penubuhan NAM yang berwawasan, hubungan tersebut berperanan sebagai tunjang keamanan, kemakmuran dan kestabilan dalam kalangan negara membangun.

One thought on “Prosper thy neighbours (Part 1) / Makmurkan Jiran Anda (Bahagian I)

  1. Pingback: Creating network of top young Asean scientists (Part 2) | Wilfred Madius Tangau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s