Sidang Media: Kolaborasi Strategik Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam Bidang STI untuk Menjana Pendapatan Rakyat

 

UKK_8044.JPG

 SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

 2017

KOLABORASI STRATEGIK PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI DALAM BIDANG STI UNTUK MENJANA PENDAPATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 13 APRIL  –  Mesyuarat YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Bersama Exco-exco Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) pada hari ini telah bersetuju melaksanakan kolaborasi strategik antara persekutuan dan kerajaan negeri bagi menggiat dan mencergaskan industri berasaskan STI sekali gus dapat menjana kekayaan dan pendapatan rakyat.

 

Dalam masa yang sama, STI adalah merupakan pemacu kepada pembangunan ekonomi negara ke arah menjadi ke arah negara berpendapatan tinggi, mampan, inklusif dan negara maju secara saintifik serta teras utama dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri Ke-4 juga Tranformasi Nasional 2050.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, “Pembangunan ekonomi berasaskan STI memerlukan kolaborasi strategik di kalangan pelbagai agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri, akademia dan sektor industri. Oleh itu, mesyuarat pada hari ini adalah bertujuan menggerakkan pembangunan STI secara lebih menyeluruh menerusi penglibatan bersama jentera persekutuan dan negeri.

UKK_8037.JPG

Tambah beliau lagi, “selain itu, platform ini juga digunakan bagi membincangkan dasar-dasar berkaitan STI dan kaedah pelaksanaannya di peringkat negeri, seterusnya menerokai peluang kerjasama dalam pelaksanaan inisiatif secara kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri”.

 

Lima (5) kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat untuk mendapat perhatian peringkat negeri yang akan dapat menggiatkan sektor ekonomi, pembangunan STI negeri seterusnya kesejahteraan rakyat. Kertas-kertas tersebut adalah Fungsi dan Inisiatif Utama MOSTI, SIRIM-Fraunhofer Programme, Cloud Seeding Operations for Risk Reduction, Transforming The Water Sector: National Water Resources Management Plan Strategies and Roadmap dan Malaysia 2050.

 

 

**  tamat  **

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Telefon: 03-8885 8822 / 012-9075 372, Faks: 03-8890 3092

Emel: ukkdist@1govuc.gov.my

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s