Celebrating our weather heroes / Meraikan Wira Cuaca Kita

RAIN or shine, the Malaysian public could always access the latest weather information from our Meteorological Department.
The Malaysian Meteorological Department, or MetMalaysia, an operational agency monitored by the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), just celebrated World Meteorological Day last Thursday.
Held on March 23 every year, National Meteorological and Hydrological Services around the world celebrate this day to commemorate the Convention of the World Meteorological Organisation that resulted in the establishment of the World Meteorological Organisation.

WMD.jpg

As part of the United Nations headquartered in Switzerland, the Organisation has 191 members, of which Malaysia became one in 1958. Together through this organisation, meteorological services around world play a substantial role in protecting lives and property against natural disasters, conserving the environment and serve various industries important for a country’s economic growth, such as in agriculture, water resources and transportation.

The core services of MetMalaysia are in the areas of meteorology (atmosphere), seismology (earthquakes) and tsunami. The department issues early warnings of extreme weather, rough seas and possible tsunami threats to the public. They work closely with the National Disaster Management agency (NADMA).

The department started out as a unit under the Department of Survey in 1930; today each state has its own Meteorological Office as a one-stop centre in monitoring the weather and seismological activities.

There are 43 Main Meteorological Offices throughout the country, all of which operate 24 hours a day, 7 days a week.

The state meteorological office in Sabah is located at Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu.

The Sabah Weather and Earthquake Operations Center at the Kota Kinabalu International Airport provides weather forecast services to the aviation industry and public, also issuing earthquake information and tsunami warnings to them.

Following the 2015 Ranau earthquake, new seismic stations had been set up throughout the country, including in Sabah. These stations could detect and measure the magnitude of any earthquake tremors in a certain range.

The increase in the number of stations would allow faster and more accurate detection of an epicentre (focus) of an earthquake.

It is important to note that as of now, there is no reliable method of predicting the time, venue and magnitude of an earthquake accurately. Most seismological research and work globally is concerned with minimising risks in an earthquake and determining precursors that may lead to major earthquakes.

Earthquakes that occur underwater, at the bottom of the sea, is the main cause of tsunamis.

Since earthquakes cannot be forecasted, we would know when a tsunami could happen only after the earthquake occurs. After a large, potentially tsunamigenic earthquake occurs, computer modelling enables us to use the seismic data to forecast tsunami arrival times that in turn would help save many lives.

Our meteorological capabilities have come a long way. The advancement of ICT in the 90s especially, had digitalised the services in stages. Malaysia also participates in international programmes such as the Global Atmospheric Watch (GAW) of the World Meteorological Organisation.

The network of GAW stations globally carry out systematic monitoring of chemical components of the atmosphere and greenhouse gases, to scientifically forecast future atmospheric happenings and to help formulate environmental policy, such as in pollution and climate change.

Since 2003 MetMalaysia has been operating a GAW Global Station in Danum Valley, Sabah, and three regional ones in Cameron Highlands, Pahang, Petaling Jaya, Selangor, and in Bachok Marine Research Station, Kelantan.

Notably, the GAW in Danum Valley is one of the only five global stations in the tropics. Danum Valley’s relatively pollution-free environment is an ideal site for baseline measurement of the atmospheric constituents.

It is indeed Sabah’s pride.

To celebrate our weathermen, World Meteorological Day is held annually and often with a theme.

This year’s was on “Understanding Clouds”. We learned in school that clouds drive the water cycle.

sains4u.jpg

At the Creativity and Sains4u Carnival in Ipoh last week in conjunction with World Meteorological Day.

There is more to clouds –clouds are also central to weather forecasts, understanding climate change and distribution of water resources.

In conjunction with the celebration the World Meteorological Organisation launched a new, digitalised edition of the International Cloud Atlas. It has its roots in the late 19th century and now, for the first time it would be accessible via computers and mobile devices.

This Atlas features several novel cloud types. Interestingly, clouds could be also classified into genera and species!

The Atlas recognises 10 cloud genera, defined by the location of their formation in the sky and their appearance.

The study of clouds has profound applications. For example, the prerequisite of carrying out cloud seeding, especially common during the haze season in Malaysia, is the availability of a specific type of cloud called the “towering cumulus cloud”.

Some of us are frequent air travellers such as I myself, and even if you have done only a few flight journeys, you might have experienced light to moderate turbulences. Pilots are trained to stay clear of a type of cloud called cumulonimbus clouds, which indicate thunderstorms and danger. We would hear the announcement that “hot drinks would not be served at the moment”.

On a lighter note, air travel had allowed me to appreciate the aesthetic appeal of clouds, especially during sunset, the skyscape outside of our plane windows could be one of the most picturesque! How many of us have a trove of cloud images in our phones taken during our flights?

We can expect weather modelling to be improved in the near future for more accurate weather forecasts but in the meantime, as the saying goes, “as unpredictable as the weather”, we have to have realistic expectations of the forecasts as they would not always be a hundred per cent accurate.

The public is also urged to always refer to official MetMalaysia sources to verify weather and earthquake news, and not spread bogus information that may cause panic in the community.

In the Fourth Industrial Revolution, Meteorological Departments around the globe are expected to play more crucial and exciting roles. Weather data would be an integral component in smart cities. There are already initiatives in leveraging on the Internet of Things (IoT) and cognitive computing power to personalised weather information for each citizen.

The science, technology and innovation therefore, would enable meteorological services to function beyond a mere information centre; rather, they would also be capable of warning us of the impact of an upcoming weather or climate. We would be well informed of our travel time, agricultural yield, delivery of goods and consequences of a natural disaster.

This is what I call “science, technology and innovation with a purpose”.

World Meteorological Day reminded us of our weathermen’s service to the country and humanity, and how science has greatly advanced our meteorological strengths.

Also available at http://www.dailyexpress.com.my/read.cfm?NewsID=2475 


Meraikan Wira Cuaca Kita

Walau apa pun keadaan cuaca, rakyat Malaysia boleh sentiasa mendapatkan maklumat terbaharu tentang cuaca daripada Jabatan Meteorologi kita.

Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia, sebuah agensi yang operasinya dipantau oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), baru sahaja menyambut Hari Meteorologi Sedunia pada Khamis lalu.

Diadakan pada 23 Mac setiap tahun, hari tersebut disambut oleh Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan di seluruh dunia untuk memperingati Konvensyen Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang membawa kepada penubuhan Pertubuhan Meteorologi Sedunia.

Sebagai sebahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beribu pejabat di Switzerland, Pertubuhan itu mempunyai 191 anggota, termasuk Malaysia yang menyertainya pada 1958. Menerusi pertubuhan ini, perkhidmatan meteorologi di serata dunia bersama-sama memainkan peranan besar dalam melindungi nyawa dan harta benda daripada bencana alam, memulihara alam sekitar dan memenuhi keperluan pelbagai industri yang penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara seperti dalam pertanian, sumber air dan pengangkutan.

Perkhidmatan utama MetMalaysia adalah dalam bidang meteorologi (atmosfera), seismologi (gempa bumi) dan tsunami. Jabatan itu mengeluarkan amaran awal tentang cuaca melampau, laut bergelora dan ancaman tsunami yang mungkin melanda orang awam. Mereka bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Jabatan itu bermula sebagai sebuah unit di bawah Jabatan Ukur pada 1930; kini setiap negeri mempunyai Pejabat Meteorologinya sendiri sebagai sebuah pusat sehenti untuk memantau keadaan cuaca dan aktiviti seismologi. Sebanyak 43 Pejabat Meteorologi Utama didapati di seluruh negara, 38 daripadanya beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Pejabat meteorologi negeri di Sabah terletak di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu. Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan ramalan cuaca kepada industri penerbangan dan orang awam, selain mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami kepada mereka.

Berikutan gempa bumi Ranau 2015, stesen seismik baharu didirikan di seluruh negara, termasuk di Sabah. Stesen tersebut boleh mengesan dan mengukur magnitud sebarang gegaran gempa bumi dalam jarak tertentu. Pertambahan bilangan stesen akan membolehkan pusat (fokus) sesuatu gempa bumi dikesan dengan lebih cepat dan lebih tepat.

Penting diperhatikan bahawa sehingga kini, tidak ada kaedah yang boleh dipercayai untuk meramalkan masa, tempat dan magnitud sesuatu gempa bumi dengan tepat. Kebanyakan penyelidikan dan kajian seismologi di seluruh dunia melibatkan usaha untuk meminimumkan risiko apabila berlaku gempa bumi dan mengenal pasti petanda awal yang boleh membawa kepada gempa bumi besar.

Memandangkan gempa bumi tidak dapat diramalkan, kita hanya mengetahui bila tsunami mungkin berlaku selepas terjadinya gempa bumi. Selepas berlaku gempa bumi besar yang berpotensi mencetuskan tsunami, pemodelan komputer membolehkan kita menggunakan data seismik untuk meramalkan masa ketibaan tsunami dan dengan itu membantu menyelamatkan banyak nyawa.

Keupayaan kita dalam bidang meteorologi telah mencapai kemajuan besar. Kemajuan ICT terutamanya pada 1990-an membolehkan pendigitalan perkhidmatan dilakukan secara berperingkat. Malaysia turut menyertai program antarabangsa seperti Global Atmospheric Watch (GAW) yang dikendalikan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia.

Rangkaian stesen GAW di serata dunia menjalankan pemantauan sistematik terhadap komponen kimia dalam atmosfera, untuk meramalkan kejadian atmosfera pada masa depan secara saintifik dan untuk membantu merumuskan dasar alam sekitar seperti dalam isu pencemaran dan perubahan iklim.

Sejak 2003, MetMalaysia mengendalikan sebuah Stesen Global GAW di Lembah Danum, Sabah serta tiga stesen wilayah di Cameron Highlands, Pahang, di Petaling Jaya, Selangor dan di Stesen Penyelidikan Marin Bachok, Kelantan.

Perlu dinyatakan di sini bahawa GAW di Lembah Danum ialah salah satu daripada hanya lima stesen global di kawasan tropika. Persekitaran Lembah Danum yang agak bebas daripada pencemaran merupakan tapak yang sangat sesuai bagi mengukur elemen dalam atmosfera untuk dijadikan tanda aras. Sememangnya stesen itu menjadi kebanggaan Sabah.

Bagi meraikan peramal cuaca kita, Hari Meteorologi Sedunia diadakan setiap tahun, selalunya dengan tema tertentu. Tema tahun ini ialah “Memahami Awan”. Kita belajar di sekolah bahawa awan menggerakkan kitaran air. Namun ada banyak lagi peranan awan – awan juga amat penting untuk ramalan cuaca, memahami perubahan iklim dan pengagihan sumber air.

Sempena sambutan itu, Pertubuhan Meteorologi Sedunia melancarkan edisi baharu Atlas Awan Antarabangsa dalam bentuk digital. Buat kali pertama, atlas yang asal usulnya bermula pada lawat abad ke-19 itu kini dapat diakses menerusi komputer dan peranti mudah alih.

Atlas itu memaparkan beberapa jenis awan baharu. Menariknya, awan boleh juga diklasifikasikan kepada genus dan spesies! Atlas tersebut mengenal pasti 10 genus awan, yang ditentukan oleh lokasi pembentukannya di langit dan rupanya.

Kajian awan mempunyai kegunaan yang sangat luas. Misalnya, prasyarat untuk menjalankan pembenihan awan, biasa dilakukan terutamanya pada musim jerebu di Malaysia, ialah kemunculan sejenis awan khusus yang dikenali sebagai “awan kumulus menjulang”.

Sesetengah kita termasuk saya sendiri kerap melakukan perjalanan udara, dan sekalipun anda jarang-jarang menaiki penerbangan, anda mungkin pernah mengalami gelora udara yang ringan hingga sederhana. Juruterbang dilatih untuk menjauhi jenis awan yang dikenali sebagai awan kumulonimbus yang menandakan ribut petir dan bahaya. Kita biasa mendengar pengumuman bahawa “minuman panas tidak akan disajikan buat masa ini”.

Beralih kepada topik lebih ringan, perjalanan udara membolehkan saya menikmati keindahan pemandangan awan terutamanya selepas matahari terbenam, malah pemandangan langit di luar tingkap pesawat boleh menjadi begitu memukau! Berapa ramai antara kita memiliki gambar awan yang diambil semasa penerbangan dan disimpan di dalam telefon kita?

Kita boleh menjangka pemodelan cuaca dengan komputer ditingkatkan dalam tempoh singkat untuk membolehkan ramalan cuaca yang lebih tepat tetapi dalam pada itu, perumpamaan “ibarat cuaca yang tidak menentu” bermakna kita perlu menaruh harapan realistik terhadap ramalan tersebut kerana ketepatannya tidak sentiasa 100 peratus.

Orang ramai digesa supaya sentiasa merujuk kepada sumber rasmi MetMalaysia untuk mengesahkan berita tentang keadaan cuaca dan gempa bumi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencetuskan panik dalam masyarakat.

Dalam Revolusi Perindustrian Keempat, Jabatan Meteorologi di seluruh dunia dijangka memainkan peranan yang lebih penting dan lebih mencabar. Data cuaca akan menjadi komponen integral di bandar pintar. Inisiatif sudah pun diambil untuk memanfaatkan Internet of Things (IoT) dan kuasa pengkomputeran kognitif untuk menyalurkan maklumat keadaan cuaca kepada setiap rakyat mengikut keperluan masing-masing.

Oleh yang demikian, sains, teknologi dan inovasi dalam perkhidmatan meteorologi tidak akan terhenti di pusat maklumat semata-mata, tetapi juga berupaya untuk memberi amaran kepada kita tentang impak daripada cuaca atau iklim akan datang. Kita akan mendapat maklumat tepat tentang waktu perjalanan kita, hasil pertanian, penghantaran barang dan kesan sesuatu bencana alam.

Inilah yang saya sifatkan sebagai “sains, teknologi dan inovasi yang bermatlamat”. Hari Meteorologi Sedunia mengingatkan kita tentang khidmat peramal cuaca kita kepada negara dan manusia, dan bagaimana sains telah banyak meningkatkan keupayaan kita dalam bidang meteorologi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s