Paying tribute to our Chemistry Dept experts / Penghormatan kepada Pakar Jabatan Kimia Kita

(Untuk versi BM sila scrol ke bawah.)
In recent weeks the killing of Kim Jong-nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong-un, at KLIA 2 jolted the country and the world.

The authorities acted immediately, roping in various agencies to investigate the case, including the Department of Chemistry Malaysia, or KIMIA Malaysia.

With their scientific analytical expertise, they examined and analysed exhibits related to the case and found VX, a banned nerve agent as listed in the Chemical Weapons Convention.

This is just one of the numerous cases that KIMIA Malaysia handles each year, since its formation over a hundred years ago.

KIMIA Malaysia, an agency under the jurisdiction of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), was established in 1909 and has developed over the past 108 years to achieve recognition as a leader in analytical chemistry and forensic science.

As of 2017, it has 13 branches across Malaysia with two in Sabah and its headquarters in Petaling Jaya, Selangor.

KIMIA Malaysia plays a very vital role in the enforcement and monitoring of legislation and procedures to keep the public safe, to look after the people’s welfare and to protect the environment.

Over the years, thanks to advancement in science and technology, our forensic department has been more equipped to solving crimes.

DNA techniques and state-of-the-art scientific instrumentation for example had enabled more precise and accurate reporting.

We also could form expertise in highly specialised field such as to analyse agents of chemical weapons.

We have used DNA analysis to examine exhibits and subsequently used as evidence in the courts of law.

Some of the more recent and high profile cases involving DNA analysis was used to:

– Identify victims in the 2015 Sabah earthquake, where 18 casualties were registered on Mount Kinabalu.

– Identify victims of flight MH 17, which was shot down in a war zone over the Russian-Ukraine border in 2014.

An expert from KIMIA Malaysia joined the international team for several weeks in The Hague, Netherlands.

– Identify victims in the “Ops Daulat” operation in the 2013 Lahad Datu conflict between our military and militants from Sulu. 10 security personnel and 65 terrorists were reportedly killed.

Our Malaysian experts in forensics are also available in the field of narcotics, toxicology, criminalistics and document examination.

The work at the Chemistry Department is far from mundane. Emerging clandestine drug processing facilities in the country for example, has posed new challenges to them in the narcotics laboratory as it involves unknown and sometimes very hazardous chemicals.

They work closely with the Royal Malaysian Police in cracking down illegal narcotics distributers. In 2015, an illegal ketamine processing facility was found in Semenyih, Selangor, where the authorities seized narcotics such as heroin, ketamine syabu and psychotropic pills. These substances were then handed to KIMIA Malaysia for analysis.

In the event of a road accident such as the 2013 Genting Highland crash, where a public bus veered off into a ravine killing 37 people, KIMIA Malaysia would deploy a physical examination team to do on-site investigation.

Besides forensics, KIMIA Malaysia provides a number of other scientific services.

One is to safeguard public health by ensuring the safety of food, drinking water and the environment.

They have to meet the Food Act and Regulations, World Health Organisation and environmental regulations respectively.

In trade and industry, KIMIA Malaysia provides advisory services to the Royal Malaysian Customs Department.

They would issue analytical reports that help the Customs to determine tariff codes for each product, such as petroleum and palm oil.

In legal proceedings against suspected smugglers of cigarettes and liquor, a chemist report by KIMIA Malaysia would be required for prosecution.

As these analytical reports bring about grave consequences, staffs at KIMIA Malaysia uphold the highest integrity to ensure the validity and reliability of the reports.

The procedures are quality assured and are accredited to comply with international standards.

Career opportunities for chemists in the country are aplenty. KIMIA Malaysia is the largest single employer of chemistry and chemistry-related graduates.

They are affiliated with the Malaysian Institute of Chemistry, or Institut Kimia Malaysia (IKM), a statutory professional body set up under the Chemists Act 1975 to regulate the profession of chemists in Malaysia.

Malam Kimia 2016.jpg

At “Malam Kimia” organised by IKM last December, with former Science, Technology and Environment Minister Tan Sri Law Heng Deng (fifth from right), members of IKM and MOSTI officials.

An estimated 6 000 chemistry professionals are working in the country, of which about 1 000 are in the public sector (excluding education) in various capacities.

In the private sector, chemists are employed in analysis and testing, quality control and product development, sales and marketing, production and manufacturing, and research and development, and finally, some in managerial positions.

As our economy migrates towards automation and energy efficiency, more chemists in various subfields under the Science, Technology, Engineering and Math (STEM) programmes would be in demand.

KIMIA Malaysia actively collaborates with IKM and other agencies in the promotion of STEM programmes for students and youths, building the awareness for “chemist as a profession”.

We want to motivate our young ones to be innovative and creative in their thinking to prepare them for the future of jobs.

I would like to extend our gratitude to our Chemistry Department for their faithful and professional service to the country for the past century, for applying science and technology for the betterment of the people.


Penghormatan kepada Jabatan Kimia kita

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berita pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di KLIA 2 ternyata menggemparkan negara dan dunia.

Pihak berkuasa mengambil tindakan segera, dengan melibatkan pelbagai agensi untuk menyiasat kes tersebut, termasuk Jabatan Kimia Malaysia, atau KIMIA Malaysia.

Dengan kepakaran analisis saintifik mereka, jabatan ini memeriksa dan menganalisis barang kes yang berkaitan dengan kes tersebut dan menemui VX, agen saraf haram seperti yang tersenarai dalam Konvensyen Senjata Kimia.

Ini hanyalah satu daripada pelbagai kes yang dikendalikan oleh KIMIA Malaysia setiap tahun, sejak penubuhannya lebih daripada seratus tahun yang lalu.

KIMIA Malaysia, sebuah agensi di bawah MOSTI, ditubuhkan pada 1909 dan telah berkembang lebih daripada 108 tahun yang lalu untuk mencapai pengiktirafan sebagai peneraju dalam bidang kimia analisis dan sains forensik.

Setakat 2017, KIMIA Malaysia mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia dengan dua di Sabah manakala ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

KIMIA Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam penguatkuasaan serta pemantauan undang-undang dan prosedur demi memastikan orang ramai sentiasa selamat, menjaga kebajikan rakyat dan melindungi alam sekitar.

Dalam beberapa tahun ini, hasil kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, jabatan forensik semakin bersedia untuk menyelesaikan jenayah.

Teknik DNA dan peralatan saintifik terkini, sebagai contoh, telah membolehkan laporan dibuat dengan lebih jelas dan tepat.

Kita juga boleh membentuk kepakaran dalam bidang yang sangat khusus seperti menganalisis agen senjata kimia.

Kita telah menggunakan analisis DNA untuk memeriksa barang kes dan kemudiannya digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Beberapa kes berprofil tinggi yang terbaharu melibatkan analisis DNA adalah untuk:

– Mengenal pasti mangsa dalam gempa bumi 2015 di Sabah, yang mengorbankan 18 nyawa di Gunung Kinabalu.

– Mengenal pasti mangsa penerbangan MH 17, yang ditembak jatuh di kawasan zon perang di sempadan Rusia-Ukraine pada 2014. Seorang pakar dari KIMIA Malaysia turut menyertai pasukan antarabangsa selama beberapa minggu di The Hague, Belanda.

– Mengenal pasti mangsa dalam operasi “Ops Daulat” dalam konflik Lahad Datu 2013 antara tentera Malaysia dengan puak militan Sulu. Seramai 10 anggota keselamatan dan 65 pengganas dilaporkan terbunuh.

Pakar kita di Malaysia dalam bidang forensik juga boleh didapati dalam bidang narkotik, toksikologi, sains penyiasatan jenayah dan pemeriksaan dokumen.

Kerja-kerja di Jabatan Kimia jauh dari kebiasaan. Kemudahan pemprosesan dadah haram yang sedang muncul di negara ini, sebagai contoh, telah memberikan cabaran baharu kepada mereka di makmal narkotik kerana ia melibatkan bahan kimia yang tidak diketahui dan ada kalanya sangat berbahaya.

Mereka bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dalam mengambil tindakan keras terhadap pengedar dadah haram. Pada 2015, kemudahan pemprosesan ketamin haram ditemui di Semenyih, Selangor. Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa merampas dadah seperti heroin, ketamin, syabu dan pil psikotropik. Bahan-bahan ini kemudiannya diserahkan kepada KIMIA Malaysia untuk dianalisis.

Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya seperti kemalangan Genting Highlands pada 2013, yang mengakibatkan sebuah bas awam terbabas ke dalam gaung yang mengorbankan 37 nyawa, KIMIA Malaysia akan menghantar pasukan pemeriksaan fizikal untuk menjalankan siasatan di lokasi.

Selain forensik, KIMIA Malaysia turut menyediakan beberapa perkhidmatan saintifik yang lain.

Salah satunya adalah untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan keselamatan makanan, air minuman dan alam sekitar.

Mereka perlu mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan peraturan alam sekitar masing-masing.

Dalam perdagangan dan industri, KIMIA Malaysia memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Mereka akan mengeluarkan laporan analisis yang dapat membantu Kastam untuk menentukan kod tarif bagi setiap produk, seperti petroleum dan minyak kelapa sawit.

Dalam prosiding undang-undang terhadap individu yang disyaki menyeludup rokok dan minuman keras, laporan ahli kimia daripada KIMIA Malaysia diperlukan untuk pendakwaan.

Disebabkan laporan analisis membawa akibat yang serius, maka kakitangan di KIMIA Malaysia menjunjung tinggi integriti untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan laporan.

Prosedur ini dijamin dari segi kualiti dan diiktiraf untuk mematuhi standard antarabangsa.

Peluang kerjaya bagi ahli kimia di negara ini memang sangat banyak. KIMIA Malaysia merupakan satu-satunya majikan terbesar graduan dalam bidang kimia dan bidang yang berkaitan kimia.

Mereka bergabung dengan Institut Kimia Malaysia (IKM), sebuah badan profesional berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975 untuk mengawal selia profesion ahli kimia di Malaysia.

Dianggarkan 6 000 ahli profesional kimia bekerja di negara ini, dengan kira-kira 1 000 dalam sektor awam (tidak termasuk bidang pendidikan) dalam pelbagai kapasiti.

Dalam sektor swasta, ahli kimia diambil bekerja dalam analisis dan ujian, kawalan kualiti dan pembangunan produk, jualan dan pemasaran, pengeluaran dan pembuatan, serta penyelidikan dan pembangunan, dan akhirnya, beberapa jawatan pengurusan.

Semakin ekonomi kita berhijrah ke arah automasi dan kecekapan tenaga, maka semakin ramai ahli kimia dalam pelbagai subbidang di bawah program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan diperlukan.

KIMIA Malaysia bekerjasama secara aktif dengan IKM dan agensi lain dalam mempromosikan program STEM kepada pelajar dan belia, memupuk kesedaran untuk menjadikan “ahli kimia sebagai profesion”.

Kita mahu memberikan motivasi kepada generasi muda supaya menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam pemikiran mereka demi mempersiapkan mereka untuk pekerjaan pada masa depan.

Ahli kimia sememangnya profesion yang agak kurang diberikan perhatian. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia atas perkhidmatan yang boleh dipercayai dan profesional mereka terhadap negara ini sepanjang abad yang lepas, kerana menerapkan sains dan teknologi untuk kebaikan rakyat.

PENGHORMATAN KEPADA PAKAR JABATAN KIMIA KITA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s