Pertanyaan di Parlimen mengenai Bakat

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

9. Dato’ Sri Haji Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan penyediaan insentif dan dana bagi saintis muda seperti Nur Adiyka Ainul Annuar yang mempunyai kepakaran dalam bidang saintifik astrofizik sehingga berjaya membongkarkan kewujudan lohong hitam gergasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Seri Panglima Madius Tangau]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Nur Adiyka Ainul Annuar kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi di persada antarabangsa.

Pencapaian Nur Adiyka Ainul Annuar merupakan satu pencapaian yang mengagumkan dan ini membuktikan pelajar tajaan kerajaan Malaysia melalui sistem pendidikan negara benar-benar berwibawa dan mampu melonjakkan bidang STI negara ke tahap yang lebih tinggi. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) khususnya dan kerajaan secara amnya sentiasa memberi pengiktirafan kepada bakat, sumbangan dan pencapaian saintis-saintis muda yang telah berjaya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi.

Salah satu inisiatif yang diberikan adalah skim pasca kedoktoran selama tiga tahun ataupun postdoctoral fellowships untuk membina jaringan kepakaran dengan penyelidik bertaraf dunia seperti pemenang anugerah Nobel dan saintis terkemuka antarabangsa yang lain.

Bagi terus memanfaatkan lagi inisiatif ini, MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mencetuskan jaringan saintis muda kebangsaan iaitu Young Scientist Networks untuk memberi platform kepada saintis muda seperti Nur Adiyka Ainul Annuar, memberi insipirasi kepada lebih ramai saintis muda negara untuk berjaya seperti beliau. Bakat-bakat muda ini adalah aset negara yang amat penting dalam usaha membangunkan ilmu baru dalam bidang STI dan seterusnya memberi pengiktirafan dunia kepada kajian STI negara kita.

Ini juga membuka peluang kepada saintis-saintis Malaysia mendapat pengiktirafan tertinggi dalam bidang STI di peringkat antarabangsa seperti anugerah Nobel yang merupakan penanda aras kemajuan saintis dalam sesebuah negara. Ini bertepatan dengan usaha MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia di bawah inisiatif Top STEM Talents Programme bersama Pusat PERMATA Negara.

Tujuan utama program ini adalah untuk membangunkan pelajar cemerlang sebegini agar terus maju ke tahap yang lebih tinggi melalui Program Mentor Mentee serta menggalakkan kajian sains asas atau fundamental science yang amat penting dalam pembangunan STI. Penyelidik yang cemerlang sebegini juga dapat menjadi penghubung di antara penyelidik antarabangsa dan tempatan melalui jaringan. Di dalam penyelidikan STI, jaringan kolaborasi ini amat penting untuk penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi serta membolehkan saintis negara meraih pengiktirafan antarabangsa.

Justeru, bagaimana kita boleh kita memperbanyakkan bakat berkualiti seperti Nur Adiyka Ainul Annuar, MOSTI menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) juga telah menjalankan pelbagai program yang memberi peluang kepada para pelajar saintis dan juga penyelidik muda negara untuk menimba pengalaman, bekerjasama dalam organisasi antarabangsa melalui kerjasama strategik dan beberapa institusi penyelidikan terkemuka dunia.

Sehingga 2011 hingga 2016, ASM telah menghantar seramai 15 orang saintis muda ke European Organization for Nuclear Reseach di Geneva, Switzerland, 11 orang saintis ke International Institute for Applied Systems Analysis, di Austria dan 5 orang saintis bagi menghadiri Mesyuarat Lindau Nobel Laureate di Lindau, Jerman. MOSTI melalui ASM juga telah menggalakkan lebih banyak penubuhan dana penyelidikan antarabangsa yang mana pihak kerajaan memberi dana padanan dengan kerajaan luar seperti United Kingdom dan sebagainya. Antara contoh dan padanan yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan adalah Dana Newton Ungku Omar yang menggalakkan penyelidikan kolaborasi dan pemindahan ilmu dan teknologi antara penyelidikan tempatan dan antarabangsa.

Ini merupakan pendekatan penyelidikan memperkasa untuk Malaysia melonjak ke tahap kecemerlangan dalam bidang STI dan seterusnya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dana penyelidikan sebegini akan di perkukuhkan dan di tambah agar lebih banyak peluang yang dapat dibuat kepada penyelidik Malaysia di dalam dan luar negara. Tuan Yang di-Pertua, MOSTI menyedari akan pentingnya pembangunan bakat STI dalam menghadapi cabaran global ke arah tahun 2050 sejajar dalam program TN50.

Oleh itu, MOSTI telah mewujudkan satu bahagian khas untuk mengarusperdanakan bakat-bakat STI rakyat Malaysia supaya dijadikan aset penting negara iaitu Bahagian Bakat STI dan MASTIC. Bahagian ini akan memantau melalui pangkalan data MASTIC dan memberikan pengiktirafan sepatutnya kepada bakat-bakat ini. Anugerah Saintis Muda Negara merupakan salah satu pengiktirafan diberikan oleh MOSTI selain dari anugerah-anugerah lain seperti Merdeka Award serta anugerah serantau dan antarabangsa. Sekian, terima kasih.

 

Dato’ Sri Haji Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang diPertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kejayaan saintis muda kita yang juga pelajar Astrofizik PhD – Nur Adika Inul Anuar dan kumpulannya adalah sesuatu yang membanggakan negara. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan dan kementerian mempunyai dasar atau agenda dalam meramaikan lagi saintis-saintis muda ini dan yang ingin saya tanya adalah bentuk program hala tuju dan pemetaan TN50 yang terdiri daripada anak-anak muda ini, terutama berlatar belakang sains, teknologi, fizik dan kimia, aeroangkasa dan ilmu bintang, berkumpul, berwacana dan berbincang bagi memastikan Malaysia adalah peneraju utama bidang astronomi dan aeroangkasa global. Adakah Malaysia berhajat pada suatu hari nanti menerusi satu projek membina stesen angkasa lepas Malaysia yang tersendiri. Terima kasih.

 

Datuk Seri Panglima Madius Tangau: Tuan Yang di-Pertua, sebahagian persoalan yang dibangkitkan sudah pun dijawab tadi tentang beberapa program yang kita jalankan untuk memperbanyakkan lagi saintis-saintis muda kita. Sebagai contoh, dalam pemberian anugerah untuk yang saintis, mereka ini terdiri daripada saintis yang berumur di bawah 35 tahun. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga menganjurkan pertandingan National Science Challenge ataupun NSC yang kita adakan setiap tahun. Untuk makluman, kita buat daripada bulan Disember setiap tahun dan pemenang National Science Challenge ini akan berpeluang untuk menghadiri majlis penganugerahan Hadiah Nobel di Stockholm, Sweden yang diadakan pada Disember setiap tahun. DR.9.3.2017 35 Untuk makluman, pada tahun lepas sahaja pertandingan berprestij ini telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan iaitu sebanyak 4,521 pasukan, itu bilangan pasukan ya, yang terdiri daripada 13,500 pelajar daripada seluruh Malaysia. Melalui pertandingan ini Tuan Yang di-Pertua, kita dapat mencungkil bakat-bakat, kita dapat menanam, menyemai bakat anak-anak muda kita dalam bidang STI. Dalam soalan yang terakhir berkaitan dengan angkasa sama ada Malaysia bercadang untuk membina station angkasa tersendiri. Saya ingat itu masih jauh lagi bagi kita, yang penting sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini, ialah untuk memupuk bakat-bakat dan pertingkatkan lagi bilangan pelajar-pelajar yang mengambil sains sebagai pilihan mereka dalam pengajian. Sekian, terima kasih.

 

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri-menteri jawab, microphone ini bagi dekat sikit, tidak dengar jawapan.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya sebenarnya ingin tanya Ahli yang berada di belakang sana, boleh dengar kah tadi jawapan Menteri itu? Bukan masalah Menteri saya rasa tapi perlu difine tune kan adjustment speaker.

 

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Yang Berhormat Menteri, saya mendengar tadi jawapan berkaitan dengan kejayaan saintis muda. Saya percaya Menteri pun masih ingat ketika saya hadir program kementerian, pelancaran Malaysia Science Outlook 2015. Di mana antara dapatan report itu nyatakan bahawa minat rakyat Malaysia ini berdasarkan sains, teknologi, inovasi ini lebih bersifat sementara dan berasaskan satu isu. Umumnya, dalam laporan tersebut, Malaysian ataupun rakyat Malaysia ini mempunyai minat tapi tidak ada pengetahuan ataupun kurang pengetahuan kurang, kurang ilmu lah berkaitan STI ini. Antara cadangan dalam Malaysia Science Outlook itu, ada di nyatakan tentang pelan pembudayaan STI atau dalam bahasa short termnya ialah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, to develop indeks pembudayaan STI. Jadi, saya hendak tanya kementerian, sejauh mana perkara ini telah pun di laksanakan? Terima kasih.

 

Datuk Seri Panglima Madius Tangau: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil di atas soalan tersebut. Berikutan dengan pencetakan Science Outlook tahun 2015, kita telah bawah laporan ini ke Mesyuarat Majlis Sains Negara pada awal tahun 2016. Di antara perkara-perkara yang kita telah ketengahkan, satu pembudayaan STI dan yang paling penting ialah untuk mempertingkatkan lagi pencapaian kita, sasaran negara untuk mencapai 60 peratus daripada pelajar kita untuk mengambil sains seperti mana yang telah disasarkan dalam sasaran dasar kerajaan sejak tahun 1967.

Antara perkara yang kita telah kenal pasti ialah dalam sistem pendidikan kita, kita menyedari bahawa makmal telah ditiadakan. Oleh sebab makmal dianggap sebagai maya ataupun sebagai alam ini diambil sebagai makmal. Jadi, kita telah mengetengahkan dan kita telah meminta supaya makmal ini di kembalikan ke sekolah-sekolah.

Syukur, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil iktibar dan amat prihatin tentang perkara ini. Seperti mana yang kita telah tahu bahawa dalam Bajet 2017, sejumlah RM570 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, khusus untuk mengembalikan makmal-makmal ini.

Hasilnya setakat ini, dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara yang terakhir di buat pada bulan lepas, kita telah mendapat laporan daripada Kementerian Pendidikan bahawa sebanyak 1,800 makmal telah berjaya di pulihkan.

Selain daripada itu, Majlis Sains Negara juga telah memberi, telah membuat keputusan agar MOSTI dan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi menubuhkan satu petugas khas untuk membina Pelan Tindakan STEM Negara. Kita dalam rangka membuat pelan tindakan ini dan mudah-mudahan kita akan dapat menghasilkannya dan laporkan kepada Majlis Sains Negara. Mudah-mudahan akhirnya laporan ini akan di bentangkan juga di Dewan Rakyat.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s