Gov-funded tech audit for local SMEs / Audit Teknologi Dibiayai Kerajaan untuk PKS Tempatan

“GEHT doch!” in German is a principle upheld by researchers at Fraunhofer, an application-oriented research organisation in Germany, the largest in Europe.

I admire their character of “Geht doch”, which stands for thinking out of the box, determination, focus, and the spirit of research.

The Fraunhofer Society for the Advancement of Applied Research comprised of 67 institutes distributed across Germany, each has a niche area of applied science, employing over a whopping 24,000 people, most of them being researchers in engineering and natural sciences. 70 per cent of the €2.1 billion annual research budget comes from contract research, whereas the remaining 30 per cent are funded by the federal government and the state.

The name of the institute, Fraunhofer, is a rather meaningful one. Joseph von Fraunhofer was a pioneer in the area of optical research. The influence of his work is still felt today, in light-based analysis and production techniques that have paved way for even more discoveries.

He also made the Optical Institute where he was working profitable by extending its product range.

They included telescopes, binoculars, microscopes, magnifying glasses and astronomical telescopes of then unprecedented quality and were sold throughout Europe.

123 years later in 1949, the institute was founded and named after this Munich researcher, inventor and entrepreneur, to adopt his working principle of carrying research of practical applications.

Today the Fraunhofer Society is an internationally recognised leader in applied research by collaborating very closely with the industry, to pursue research work based on industry demand. This model is so successful that seven such centers have been established in the U.S., with more centers in the pipeline.

In Malaysia’s Budget 2015, the Government introduced four initiatives to increase the productivity of Small and Medium Enterprises (SMEs), specifically through technology upgrading and innovation.

We set a goal to increase the share of SME contribution to the Gross Domestic Product (GDP) to 41 per cent by 2020. SMEs represent 97.3 per cent of total business establishments, providing over 59 per cent of employment, therefore, we see a significant potential for SMEs to grow further, especially in productivity.

One of the four initiatives is the SIRIM-Fraunhofer programme. SIRIM, an agency under the umbrella of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), signed an MOU with the Fraunhofer Society in December 2014 to adopt the German Innovation ecosystem. The SIRIM Industrial Research division offering one of the four core services in SIRIM, worked with their German counterparts from Fraunhofer Institute for Industrial Engineering IAO to bring the programme home.

5.3.17 Gov funded tech audit for local SMEs.jpeg

At the National Innovation Council where the SIRIM-Fraunhofer program was explained and its success presented.

Our SMEs can expect to benefit from the Technology Audit programme under the SIRIM-Fraunhofer initiative.

This programme looks at the technology management practices of SMEs specifically in the manufacturing sector by assessing individual companies.

The Technology Audit process is straightforward. Eligible SMEs are first invited by SIRIM to a briefing, after which interested companies would register for the programme. SIRIM would assign auditors to study preliminary information of the company, followed by a visit to the organisation. During this visit, the auditors would interview the management and its staff, and visit the production area to assess the production process.

The auditors would then produce a thorough action plan of technological intervention that would help the company to enhance its productivity, technological management capabilities and to move up the value chain.

Best news of all, this Technology Audit does not incur any cost to eligible SMEs! It is opened to companies that are SMEs as defined by the National SME Development Council, have to be Malaysian owned, have been in operation for at least two years and involved in manufacturing.

The next course of action for SMEs is to decide whether to take up the recommendations by SIRIM to address the technological gaps identified through the Technology Audit. Generally, although most SMEs were good in employee management, many were not mature in technology management practices.

For example, the Technology Audit carried out in 2015 tells us that little emphasis have been placed on energy efficiency, the use of sustainable materials, replacement of hazardous materials and efficient water treatment.

Product research and development activities were scarce, as reflected by the low number of SMEs producing their own products by remaining as an Original Equipment Manufacturer (OEM), and very rarely companies specialised in manufacturing high value, complex components for equipment.

This SIRIM-Fraunhofer programme has resulted in a list of success stories in just two years since its inception.

336 SMEs have participated in the Technology Audit so far, of which 211 have proceeded to the next step, that is, the intervention programmes, heavily subsidized by the Government.

Some of the completed and successful projects were presented to the National Innovation Council that I chaired on the 21st of February. The impact of this programme is significant, especially in this economic climate.

A company for example, diversified its business through the introduction of a new product with the support of SIRIM. They expect to see an increase in annual sales by 46 per cent. Other success stories resulted in a reduction of electricity charges by 30 to 50 per cent through the introduction of a solar thermal system, and improved packaging that complies with regulations for micro companies.

In Sabah, the level of participation of SMEs in the SIRIM-Fraunhofer programme is relatively low.

Participations are mainly from the food and beverage, construction material and furniture sectors.

Local SMEs in Sabah should leverage on the government funded Technology Audit programme, and subsequently benefit from the intervention programmes, which would be largely financed by the Government.

Our manufacturing industry is set to benefit from Germany’s Industrie 4.0 plan if our SMEs harness the potential of latest technologies such as Additive Manufacturing and the Internet of Things (IoT) that would move them up the value chain.

In the near future, Malaysian SMEs should look out for the Innovation Workshop that would train SMEs to manage technology from the ideation of a product to its commercialisation. They could also refer to the Technology Market Radar that would be developed by SIRIM and their German partners to guide their companies’ strategic direction.

During the incoming of the Fourth Industrial Revolution, SMEs need to embrace the spirit of “Geht doch!”, by working fearlessly towards innovative business models and technological solutions, starting from the manufacturing industry.


Audit Teknologi Dibiayai Kerajaan untuk PKS Tempatan

“GEHT doch!” dalam bahasa Jerman ialah prinsip yang dipegang oleh penyelidik di Fraunhofer, sebuah organisasi penyelidikan berorientasikan aplikasi di Jerman, iaitu yang terbesar di Eropah.

Saya mengagumi karakter “Geht doch” mereka, yang mendukung makna berfikir di luar kotak, kegigihan, fokus dan semangat penyelidikan.

Kumpulan Fraunhofer bagi Kemajuan Penyelidikan Gunaan terdiri daripada 67 institut di Jerman, dan setiap satunya mempunyai bidang tujahan sains gunaan. Sebilangan besar 24,000 orang yang digaji, dengan kebanyakannya merupakan penyelidik dalam kejuruteraan dan sains semula jadi. sejumlah 70 peratus daripada €2.1 bilion dana penyelidikan tahunan datang daripada kontrak penyelidikan, manakala baki 30 peratus dibiayai oleh kerajaan pusat dan negeri.

Nama institut, iaitu Fraunhofer merupakan nama yang agak bermakna. Joseph von Fraunhofer ialah seorang pelopor dalam bidang penyelidikan optik. Pengaruh kerja beliau masih dirasai sehingga hari ini, iaitu analisis berasaskan cahaya dan teknik pengeluaran yang membuka jalan kepada lebih banyak penemuan lagi.

Beliau juga menubuhkan Optical Institute dan beliau menjanakan keuntungan dengan memperluaskan rangkaian produknya.

Produk beliau merangkumi teleskop, binokular, mikroskop, kanta pembesar dan teleskop astronomi yang tiada produk terdahulu yang setanding dengan kualitinya, dan dijual ke seluruh Eropah.

Selepas 123 tahun, iaitu pada 1949,  institut itu diasaskan dan dinamakan sempena penyelidik, pencipta dan usahawan dari Munich ini, untuk mengguna pakai prinsip pekerjaan beliau dalam menjalankan penyelidikan gunaan yang praktikal.

Pada masa ini, Kumpulan Fraunhofer amat terkemuka pada peringkat antarabangsa dalam penyelidikan gunaan. Kumpulan ini bekerjasama erat dengan industri untuk meneruskan kerja penyelidikan bagi memenuhi tuntutan industri. Model ini sangat berjaya sehinggakan tujuh pusat penyelidikan sedemikian telah diwujudkan di A.S. dengan banyak lagi pusat penyelidikan sedang direncanakan.

Berbalik kepada Bajet Malaysia 2015, Kerajaan memperkenalkan empat inisiatif untuk meningkatkan produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya melalui peningkatan teknologi dan inovasi.

Kami meletakkan sasaran untuk meningkatkan sumbangan bahagian PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 41 peratus menjelang 2020. PKS mewakili 97.3 peratus daripada sejumlah pertubuhan perniagaan, yang membekalkan lebih daripada 59 peratus pekerjaan. Maka kita melihat potensi yang signifikan untuk PKS berkembang pesat, khususnya dalam produktiviti.

Satu daripada empat inisiatif itu ialah program SIRIM-Fraunhofer. SIRIM selaku sebuah agensi di bawah payung MOSTI, yang menandatangani MoU dengan Kumpulan Fraunhofer pada Disember 2014 untuk mengguna pakai ekosistem Inovasi Jerman. Jabatan Penyelidikan Industri SIRIM menawarkan satu daripada empat perkhidmatan teras dalam SIRIM, dan bekerjasama dengan rakan penyelidik Jerman daripada Institut Fraunhofer bagi Kejuruteraan Industri untuk membawa program itu ke Malaysia.

Pihak PKS kita boleh menjangkakan manfaat menerusi program Audit Teknologi di bawah inisiatif SIRIM-Fraunhofer ini.

Program ini meneliti amalan pengurusan teknologi PKS, khususnya dalam sektor pembuatan dengan menaksir satu demi satu syarikat.

Proses Audit Teknologi adalah jelas dan mudah. Pertama sekali, PKS yang berkelayakan dijemput oleh SIRIM untuk taklimat, kemudiannya syarikat yang berminat akan mendaftar untuk program itu. SIRIM akan melantik juruaudit untuk meneliti maklumat awal syarikat, diikuti dengan lawatan ke organisasi tersebut. Sewaktu lawatan ini, juruaudit akan menemu ramah pengurusan dan kakitangannya, serta melawat kawasan pengeluaran untuk menilai proses pengeluaran.

Juruaudit kemudiannya akan menghasilkan pelan tindakan menyeluruh untuk intervensi teknologi yang akan membantu syarikat untuk meningkatkan produktivitinya, kebolehan pengurusan teknologi dan meningkatkan rantaian nilai.

Khabar yang paling baik? Audit Teknologi ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada PKS yang berkelayakan. Peluang ini terbuka kepada syarikat yang ditakrifkan sebagai PKS oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimiliki oleh warga negara Malaysia, beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun dan terlibat dalam pengusahaan.

Langkah tindakan seterusnya untuk PKS adalah menentukan sama ada mereka menerima cadangan oleh SIRIM bagi mendepani lompong teknologi yang dikenal pasti oleh Audit Teknologi. Walaupun kebanyakan PKS secara umumnya adalah baik dari segi pengurusan pekerja, namun kebanyakannya tidak berpengalaman dalam amalan pengurusan teknologi.

Sebagai contoh, Audit Teknologi yang dijalankan pada 2015 memaklumkan kita bahawa perhatian kurang diberikan pada kecekapan tenaga, penggunaan bahan mampan, penggantian bahan berbahaya dan perawatan air yang cekap.

Penyelidikan produk dan aktiviti pembangunan adalah sangat sedikit, seperti yang dapat dilihat daripada bilangan rendah PKS yang menghasilkan produk sendiri dan kekal sebagai Pengusaha Peralatan Asli (OEM), dan amat jarang syarikat mengkhusus dalam penghasilan komponen peralatan yang kompleks dan bernilai tinggi.

Program SIRIM-Fraunhofer telah menghasilkan banyak kisah kejayaan dalam hanya dua tahun sejak penubuhannya.

Sebanyak 336 PKS telah mengambil bahagian dalam Audit Teknologi sehingga kini, sebanyak 211 telah maju ke tahap seterusnya, iaitu program intervensi yang banyak disubsidi oleh kerajaan.

Malah, beberapa projek yang telah selesai dan berjaya dibentangkan kepada Majlis Inovasi Kebangsaan yang saya pengerusikan pada 21 Februari lalu. Impak program ini adalah signifikan, khususnya dalam iklim ekonomi ini.

Contohnya sebuah syarikat yang mempelbagaikan perniagaannya dengan memperkenalkan produk baharu menerusi sokongan SIRIM. Syarikat itu menjangkakan peningkatan dalam jualan tahunan sebanyak 46 peratus. Satu lagi kisah kejayaan adalah keberhasilan dalam pengurangan bayaran elektrik daripada 30 peratus hingga 50 peratus menerusi pengenalan sistem termal suria dan pembungkusan ditambah baik yang menepati kawalan untuk syarikat mikro.

Di Sabah, tahap penyertaan PKS dalam program SIRIM-Fraunhofer secara relatifnya rendah.

Kebanyakan penyertaan adalah daripada sektor makanan dan minuman, bahan binaan dan perabot.

PKS tempatan di Sabah wajar memanfaatkan program Audit Teknologi yang dibiayai oleh kerajaan ini dan seterusnya meraih manfaat daripada program intervensi, yang sebahagian besarnya dibiayai oleh Kerajaan.

Industri pembuatan kita dijangka mendapat faedah daripada pelan Industrie 4.0 Jerman sekiranya PKS kita memanfaatkan potensi teknologi terbaru seperti Pembuatan Bahan Tambah dan Internet of Things (IoT) yang akan meningkatkan kedudukan mereka dalam rantaian nilai.

Dalam masa terdekat, PKS Malaysia wajar menyertai Bengkel Inovasi yang akan melatih PKS untuk menguruskan teknologi daripada peringkat idea produk sehinggalah ke peringkat pengkomersialan. Mereka juga boleh merujuk Radar Pasaran Teknologi yang akan dibangunkan oleh SIRIM dan rakan penyelidik Jerman untuk membimbing syarikat mereka ke arah yang strategik.

Dengan kemunculan Revolusi Perindustrian Keempat, PKS perlu menyuntik semangat “Geht doch!” dengan bekerja tanpa lelah ke arah model perniagaan inovatif dan penyelesaian teknologi, bermula daripada industri pembuatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s