Teaming up to uplift Sabah’s bioeconomy / Bersama-sama Memajukan Bioekonomi Sabah

An industry close to us Sabahans’ hearts is bioconomy.

The concept of bioeconomy revolves around sustainable economic growth using bio-based resources, and through science, technology and innovation to value-add economic activities.

The Bioeconomy Community Development Programme (BCDP) initiative is reflective of the need for inclusivity in our national development agenda. I have consistently highlighted that being inclusive means growth and wealth are distributed in a socially and economically equitable manner.

The economic outcomes would mean elevating the household income of the populace, addressing disparity of income and providing employment. East Malaysia would have an important role to play in rejuvenating the national economy through bioeconomy; therefore, more emphasis is needed to spur the bioeconomy agenda in East Malaysia.

Sabah for example, has a competitive advantage. Given its abundance in biological and natural resources, the state holds large and untapped opportunities for wealth creation.

Early this month, I visited the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) at the Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) in Kimanis. The Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) would be supporting the development of a biotech satellite initiative, the commercialisation of tea tree and an Herbal Medicine Knowledge Base.

26.2.17 Teaming up to uplift Sabah's Biocon.jpeg

Business incubatees of Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) introducing their products during my visit to SEDIA.

As part of the Sabah Development Corridor, SAIP drives the biotech research and development, and biotech businesses in Sabah. I am confident of SAIP’s ambition to be a centre of excellence in agro-biotechnology.

Collectively these projects would allow us to carry out essential research studies, adopt and fully localise technologies to develop commercial crops in Sabah, and venture into new industries with the new knowledge and links created.

At the visit at SAIP, I noted that we could boost collaboration between MOSTI including its agencies, and SEDIA, such as with Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), National Institutes of Biotechnology Malaysia and Yayasan Inovasi Malaysia. SEDIA could also leverage and participate in our flagship programs – Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2.0 and National Innovation Creative Economy Expo (NICE) 2017.

It is timely to enhance the collaboration among bioeconomy initiatives, to identify more companies eligible for the BioNexus status, to encourage more participation in the BCDP. Sabah could certainly capitalise on the bio-based sector to spur the state’s competitives.

I am pleased to mention that in November 2016, a collaboration proposal was signed between Bioeconomy Corporation and BIMP EAGA Bioeconomy Development Holdings (BIMP EAGA Bioeconomy).

This is a significant step forward as BIMP EAGA Bioeconomy is the first state-driven company in Sabah to partner with Bioeconomy Corporation. BIMP EAGA Bioeconomy, a specially established vehicle, would coordinate all relevant bio-based projects in the state, linking and facilitating work between key state entities, communities and with Bioeconomy Corporation.

We will be witnessing some important developments and impact in bioeconomy in the foreseeable future.

For one, we hope to see the production of five million kilogrammes of raw honey by 2021, with potential revenue worth RM 300 million from the Borneo Honey Bee Farm Project an involving 5,000 bee farmers.

BIMP EAGA Bioeconomy and Xali Ptd Lte, a Singapore-based company, have also entered into a sales and purchase agreement that would secure the sales and supply of 3,000 metric tonnes of honey for three years, a strategic cooperation to ensure the sustainability of the bee farming project. Additionally, we have a Sabah Bio-Industries Roadmap in the pipeline to promote growth and sustainability of the bio-based sector.

The implementation of bioeconomy programmes in Sabah would continue to contribute towards realising the long term BTP targets of achieving MYR 48 billion in Gross National Income (GNI), the creation of 170,000 new jobs and attracting investment of MYR 50 billion in three years’ time. As for the BCDP, it aims to create and to provide job opportunities to more than 3,500 farmers in the next three years, each farmer with an additional income of MYR 4,500 per month. The programme also aspires to benefit more than 15,000 livelihoods in the rural communities.

We want to enhance the role and contribution of rural community towards the bioeconomy.

Based on a stimulated growth rate of 15 per cent, rural segments of the bio-based economy, including smallholders in agriculture and aquaculture, have the potential to contribute MYR 24.1 billion to the country’s Gross Domestic Product (GDP) by 2030. This figure could be doubled to MYR 48.3 billion if advanced bio-based technologies are applied across the sector, of course, with the support of effective policy and actions.

The Bee Farming project is a fine example on how application of bio-based innovations could rejuvenate the agricultural sector and attract young talents to the farming profession.

More importantly, in the context of social development, bioeconomy could elevate the socio-economic standing of rural communities through new avenues for wealth creation.


Bersama-sama Memajukan Bioekonomi Sabah

Industri yang dekat di hati kami rakyat Sabah ialah bioekonomi.

Konsep bioekonomi berkisar tentang pertumbuhan ekonomi mampan dengan menggunakan sumber berasaskan bio, dan melalui sains, teknologi dan inovasi untuk menambah nilai kepada aktiviti ekonomi.

Inisiatif Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) mencerminkan keperluan terhadap keterangkuman dalam agenda pembangunan negara kita. Saya sering menekankan bahawa adanya keterangkuman bererti pertumbuhan dan kekayaan diagihkan secara saksama dari segi sosial dan ekonomi.

Natijah ekonomi yang dihasratkan adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk, menangani jurang perbezaan pendapatan dan menyediakan pekerjaan. Malaysia Timur memikul peranan penting untuk menggiatkan kembali ekonomi negara melalui bioekonomi; justeru, penekanan lebih besar diperlukan untuk merangsang agenda bioekonomi di rantau ini.

Sabah misalnya, memiliki kelebihan persaingan. Dengan limpahan sumber asli dan biologi, negeri ini sesungguhnya mempunyai peluang yang sangat besar dan belum diteroka untuk menjanakan kekayaan.

Pada awal bulan ini, saya melawat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di Presint Agroindustri Sabah (SAIP) di Kimanis. MOSTI menyokong pembangunan inisiatif satelit bioteknologi, pengkomersialan tanaman teh dan Asas Pengetahuan Ubat Herba.

Sebagai sebahagian daripada Koridor Pembangunan Sabah, SAIP memacu penyelidikan dan pembangunan bioteknologi, dan perniagaan bioteknologi di Sabah. SAIP bersedia untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bioteknologi pertanian.

Secara kolektif, projek ini akan membolehkan kita menjalankan penyelidikan asas, mengambil dan menyetempatkan teknologi untuk membangunkan tanaman komersial di Sabah, serta meneroka industri baharu dengan hubungan dan pengetahuan baharu yang terbentuk.

Dalam lawatan di SAIP itu, saya mendapati bahawa kita boleh menggalakkan usaha sama antara MOSTI, termasuk agensi-agensinya, dengan SEDIA, seperti dengan Bioeconomy Development Corporation atau Bioeconomy Corporation, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia. SEDIA juga boleh memanfaatkan dan menyertai program MOSTI – Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2.0 dan Ekspo Ekonomi Kreatif Inovasi Nasional (NICE) 2017.

Sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan usaha sama dalam kalangan inisiatif bioekonomi, untuk mengenal pasti lebih banyak syarikat yang layak untuk diberikan status BioNexus, untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam BCDP. Sabah pastinya dapat memanfaatkan sektor berasaskan bio untuk memacu daya saingnya.

Saya sukacita untuk menyebut bahawa pada November 2016, satu cadangan usaha sama ditandatangani antara Bioeconomy Corporation dengan BIMP EAGA Bioeconomy Development Holdings (BIMP EAGA Bioeconomy).

Usaha sama ini merupakan satu tindakan penting untuk mengorak langkah ke hadapan kerana BIMP EAGA Bioeconomy ialah syarikat pertama yang mendapat sokongan kerajaan negeri di Sabah yang bekerjasama dengan Bioeconomy Corporation. BIMP EAGA Bioeconomy, sebuah wahana khas yang mapan, akan menyelaraskan semua projek berasaskan bio yang relevan di Sabah, menghubungkan dan memudahkan usaha dalam kalangan entiti negeri yang utama, komuniti dan dengan Bioeconomy Corporation.

Kita akan menyaksikan beberapa perkembangan dan impak penting dalam bioekonomi tidak lama lagi.

Pertama, kita berharap untuk melihat terhasilnya lima juta kilogram madu mentah menjelang 2021, dengan jangkaan pendapatan bernilai RM300 juta daripada Projek Ladang Lebah Madu Borneo yang melibatkan 5,000 penternak lebah.

BIMP EAGA Bioeconomy dan Xali Ptd Lte, iaitu syarikat dari Singapura, juga telah memeterai perjanjian jualan dan belian yang akan menjamin jualan dan bekalan sebanyak 3,000 tan metrik madu selama tiga tahun. Kerjasama strategik ini dilihat akan menjamin kemampanan projek ternakan lebah. Di samping itu, kita tidak lama lagi akan memperkenalkan Hala Tuju Bioindustri Sabah untuk memacu pertumbuhan dan kemampanan sektor berasaskan bio.

Pelaksanaan program bioekonomi di Sabah akan terus menyumbang ke arah merealisasikan sasaran jangka panjang BTP untuk mencapai RM48 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 170,000 pekerjaan baharu dan menarik pelaburan sebanyak RM50 bilion dalam tempoh tiga tahun. Untuk BCDP pula, sasarannya adalah untuk mewujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk lebih 3,500 pekebun dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan setiap seorang mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM4,500 sebulan. Program ini turut diharapkan memberikan manfaat kepada lebih 15,000 penduduk luar bandar.

Kita mahu meningkatkan peranan dan sumbangan masyarakat luar bandar dalam bidang bioekonomi.

Berdasarkan kadar pertumbuhan tetap 15 peratus, segmen luar bandar dalam ekonomi berasaskan bio, termasuk pekebun kecil dalam pertanian dan akuakultur, berpotensi untuk menyumbangkan RM24.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030. Angka ini mungkin meningkat dua kali ganda kepada RM48.3 bilion jika teknologi berasaskan bio yang maju dimanfaatkan ke seluruh sektor, namun sudah tentulah dengan sokongan dasar dan tindakan yang berkesan.

Projek Ternakan Lebah ini merupakan contoh terbaik tentang keberkesanan pelaksanaan inovasi berasaskan bio untuk menggiatkan kembali sektor pertanian dan menarik bakat-bakat muda kepada kerjaya dalam bidang perladangan.

Yang lebih penting, dalam konteks pembangunan sosial, bioekonomi mampu meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui kaedah baharu penjanaan kekayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s