Space Policy to Drive Emerging Technologies / Dasar Angkasa untuk Memacu Teknologi Memuncul

The National Science Council (NSC) first meeting of the year last Tuesday agreed to the formulation of the 2030 Space Policy to drive the national space sector.

I congratulate our National Space Agency or ANGKASA, an agency under the purview of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), who tirelessly worked on this policy for more than a decade.

12.2.17 Space policy to drive emerging tech.jpeg

At the National Science Council last Tuesday, chaired by PM.

The idea of formulating a space policy began in 2001. Numerous stakeholders were consulted, a committee was formed, and the draft was reviewed several times before this successful tabling.

“Space technology” sounds out of reach, even irrelevant, to the man on the street. But the application of space technology is more ubiquitous than we presume – it is in fact used for satellites and space exploration.

Much of the everyday technology we take for granted – from mobile phones, weather forecasting, remote sensing, navigation, telecommunications to satellite television – rely on space technology.

When you surf the Internet on a plane, drive to your destination with the help of GPS, watch a live football match broadcast or swiping your credit card at a petrol kiosk – you are utilising space technology.

The space sector in Malaysia revolves around three main applications. One application is remote sensing, where sensors are mounted on satellites or aircrafts to obtain information about objects or places from a distance.

The Malaysian Remote Sensing Agency, also an agency regulated by MOSTI, in collaboration with the Department of Agriculture Selangor, developed the Paddy Cultivation Management System. This system employs remote sensing and Geographic Information System (GIS) to estimate the area of paddy fields, and to monitor its planting activities, contributing to an integrated geospatial database system for paddy crop management.

Remote sensing technologies are also deployed to keep track of forest activities through high-resolution satellite images, keeping illegal logging activities at bay.

Similarly, it is applied in disaster management, typically during the annual monsoon floods.

Critical information such as the location and extend of inundated areas, estimated numbers of flood victims and location of evacuation centers would enable us to evaluate the damage and risk, for flood relief operations.

Other common applications of remote sensing are weather forecasting and the monitoring of haze.

Have you ever looked up your destination or even your own home with mapping services like Google Earth?

Updated satellite imageries and 360-degree panoramic views of streets are at our fingertips for free, thanks to remote sensing technology.

Another focus area for the Malaysian space industry is telecommunications. Telecommunication satellite technology is the most mature business application of space technology, used in communications to cars, flights, ships, and of course, television, radio and hand-held gadgets.

Many households in Malaysia subscribe to direct-to-home (DTH) satellite television service, Astro.

So if you spot an Astro dish on the roof of a house, be it in the urban or kampung area, you could say that this household is using space technology!

Finally, satellite navigation is one of the three critical areas of our space industry. Global Navigation Satellite Systems (GNSS) operate by allowing small electronic receivers to determine their coordinates – longitude, latitude and altitude – by using signals from satellites.

When you navigate to your destination using Google Maps or Waze, or book a cab using your smartphone for example, you are essentially using space technology. You would need to have your current location detected by the satellite navigation system.

The Global Positioning System or more well known as “GPS” is a GNSS that is under the purview of the U.S.

Department of Defense. Originally designed for its military, GPS now has millions of civil consumers around the world. Other systems are also under development, most notably by Russia, China and the European Union.

These priority industrial areas in the space sector call for an urgent need for a space policy to properly implement and manage their development. This policy would then form the basis for the formulation of the Outer Space Act.

The Act aims to regulate space related activities, such as the launching of satellites, registration of objects launched into outer space and the operation of an Earth station.

This Act would then enable the government to ratify the international outer space treaties that had been signed.

An example is the “Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and the Use of Outer Space (1967).”

Once again outer space technologies are not as foreign as we think. The start of outer space is typically determined to be at 100 km above sea level, and satellites orbit at an altitude much higher than that.

In the international arena on space, Professor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman has done Malaysia proud by having served as the Director of the United Nations Office for Outer Space Affairs in Vienna.

The Office’s primary mandate is to promote the peaceful uses of outer space through international cooperation.

Seeing the importance of educating the public on space, the National Planetarium was set up in 1994.

If you happen to be in Kuala Lumpur, do pay the Planetarium a visit! Admission to its gallery is free-of-charge.

As we move towards a digital economy, advancement in space technology would boost emerging technologies such as Internet of Things (IoT). Talents with expertise in science, technology, engineering and mathematics (STEM) fields such as physics, computer science, geomatics, geospatial analytics and chemists would be in demand.

Geospatial technology typically uses space technologies like GPS and remote sensing to study earth’s features.

To recognise the role of geospatial professionals, the Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia had introduced the Geospatialist (Gs) title to its members.

The formulation of the 2030 National Space Policy is therefore a good start to drive the Fourth Industrial Revolution by first strengthening the governance of the space industry. Let us walk the talk!


Dasar Angkasa untuk Memacu Teknologi Memuncul

Mesyuarat pertama Majlis Sains Negara (NSC) pada Selasa tahun lepas bersepakat dengan penggubalan Dasar Angkasa 2030 untuk memacu sektor angkasa kebangsaan.

Agensi Angkasa Kebangsaan atau ANGKASA bertungkus-lumus mengusahakan dasar ini selama lebih sedekad.

Idea menggubal dasar angkasa bermula pada 2001. Pelbagai pihak berkepentingan dirujuk, sebuah jawatankuasa ditubuhkan, dan draf itu dikaji semula beberapa kali sebelum berjaya dibentangkan.

“Teknologi angkasa” kedengaran seolah-olah tidak mampu untuk digapai, malah tidak relevan kepada manusia biasa. Namun, aplikasi teknologi angkasa sentiasa ada berbanding dengan apa-apa yang lazim kita tanggapi – hakikatnya teknologi ini digunakan untuk satelit dan penerokaan angkasa.

Kebanyakan teknologi harian yang kita ambil mudah – daripada telefon bimbit, ramalan cuaca, penderiaan jauh (remote sensing), navigasi, telekomunikasi sehinggalah televisyen satelit – bergantung pada teknologi angkasa.

Apabila anda melayari Internet dalam pesawat, memandu ke destinasi anda dengan bantuan GPS, menonton siaran langsung perlawanan bola sepak atau menggunakan kad kredit anda di kios petrol – anda sebenarnya menggunakan teknologi angkasa.

Sektor angkasa di Malaysia berkisar sekitar tiga aplikasi utama. Aplikasi pertama ialah penderiaan jauh, iaitu apabila pengesan diletakkan pada satelit atau pesawat untuk mendapatkan maklumat tentang objek atau tempat dari jarak tertentu.

Agensi Remote Sensing Malaysia, yang juga merupakan agensi MOSTI bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Selangor untuk membangunkan Sistem Pengurusan Penanaman Padi. Sistem ini menggunakan penderiaan jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menaksir kawasan tanaman padi, dan untuk memantau aktiviti penanamannya yang menyumbang kepada sistem pangkalan data geospatial bersepadu untuk pengurusan tanaman padi.

Teknologi penderiaan jauh juga digunakan untuk mengawasi aktiviti hutan melalui imej satelit beresolusi tinggi, yang membolehkan aktiviti pembalakan haram dibanteras.

Selain itu, teknologi ini diaplikasikan dalam pengurusan bencana, lazimnya semasa banjir monsun tahunan.

Maklumat kritikal seperti lokasi dan keluasan kawasan bencana, anggaran bilangan mangsa banjir dan lokasi pusat pemindahan akan membolehkan kita menaksir kerosakan dan risiko, untuk tujuan operasi bantuan mangsa banjir.

Aplikasi lain yang sinonim dengan penderiaan jauh ialah ramalan cuaca dan pemantauan jerebu.

Pernahkah anda melihat destinasi anda atau rumah anda sendiri dengan perkhidmatan pemetaan seperti Google Earth?

Imejan satelit yang dikemas kini dan pemandangan panorama 360 darjah bagi jalan-jalan berada di hujung jari kita secara percuma. Semua ini dimungkinkan dengan aplikasi teknologi penderiaan jauh.

Satu lagi bidang tumpuan untuk industri angkasa Malaysia ialah telekomunikasi. Teknologi satelit telekomunikasi merupakan aplikasi perniagaan teknologi angkasa yang paling matang. Teknologi ini digunakan dalam komunikasi untuk kereta, penerbangan, kapal, dan sudah semestinya televisyen, radio dan peralatan telapak tangan.

Kebanyakan isi rumah di Malaysia melanggan perkhidmatan televisyen satelit Astro yang terus kepada rumah (direct-to-home, DTH).

Sekiranya anda melihat piring Astro di atas bumbung rumah, sama ada di kawasan kampung atau bandar, anda boleh katakan isi rumah itu menggunakan teknologi angkasa!

Akhirnya, navigasi satelit adalah satu daripada tiga bidang kritikal industri angkasa kita. Sistem Navigasi Satelit Global (GNSS) beroperasi dengan membenarkan penerima elektronik kecil menentukan koordinatnya – garis bujur, garis lintang dan ketinggian – dengan menggunakan isyarat dari satelit.

Apabila anda memandu ke destinasi anda dengan menggunakan Google Maps atau Waze, atau menempah teksi dengan menggunakan telefon pintar anda misalnya, anda pada dasarnya menggunakan teknologi angkasa. Anda memerlukan lokasi semasa anda dikesan oleh sistem navigasi satelit.

Sistem Kedudukan Sejagat atau lebih dikenal sebagai GPS ialah GNSS di bawah Jabatan Pertahanan A.S. Pada mulanya direka untuk tentera A.S., GPS kini mempunyai berjuta-juta pengguna awam di seluruh dunia. Sistem lain juga sedang dalam pembangunan, yang paling ketara oleh Rusia, China dan Kesatuan Eropah.

Bidang perindustrian utama dalam sektor angkasa ini menuntut pelaksanaan dasar angkasa yang tepat dan pengurusan pembangunan yang segera. Dasar ini kemudiannya akan membentuk asas penggubalan Akta Angkasa Lepas.

Akta ini menyasarkan untuk mengawal kegiatan berkaitan angkasa, seperti pelancaran satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa lepas dan operasi stesen Bumi.

Akta ini kemudiannya akan membolehkan kerajaan mengesahkan perjanjian angkasa lepas antarabangsa yang telah ditandatangani.

Satu contoh perjanjian ini ialah “Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and the Use of Outer Space (1967)”.

Sekali lagi, teknologi angkasa lepas bukanlah asing seperti yang kita fikirkan. Permulaan angkasa lepas lazimnya ditentukan pada kedudukan 100 km di atas paras laut, dan satelit mengorbit di altitud yang lebih tinggi dari itu.

Dalam arena antarabangsa berkenaan angkasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman telah menjulang nama Malaysia dengan berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas di Vienna.

Mandat utama pejabat itu adalah untuk mempromosikan penggunaan angkasa lepas secara aman menerusi kerjasama antarabangsa.

Melihatkan kepentingan mendidik masyarakat awam tentang angkasa, Planetarium Negara dibina pada 1994.

Sekiranya anda kebetulan berada di Kuala Lumpur, kunjungilah Planetarium Negara! Kemasukan ke dalam galeri pamerannya adalah percuma.

Sambil kita bergerak ke arah ekonomi digital, kemajuan dalam teknologi angkasa akan merancakkan teknologi memuncul seperti Internet of Things (IoT). Bakat beserta kepakaran dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), bidang seperti fizik, sains komputer, geomatik, analitik geospatial dan ahli kimia akan mendapat permintaan yang tinggi.

Teknologi geospatial lazimnya menggunakan teknologi angkasa seperti GPS dan penderiaan jauh untuk mengkaji ciri bumi.

Untuk mengiktiraf peranan para profesional geospatial, Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) telah memperkenalkan gelaran Geospatialist (Gs) kepada ahli-ahlinya.

Penggubalan Dasar Angkasa Kebangsaan 2030 adalah suatu permulaan yang baik untuk memacu Revolusi Perindustrian Keempat dengan terlebih dahulu memperkukuhkan tadbir urus industri angkasa. Mari kita buktikannya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s