Empowering our bio-entrepreneurs / Memperkasakan Biousahawan Kita

Successful entrepreneurs know how to turn ideas into commercial products and make them profitable.

Silicon Valley, for example, is regarded as a commercial and economic success.

Pulsed by the thousands of technology companies and startups it houses, together, these entrepreneurs are bringing impactful changes to the world, and more so to their economy.

In Malaysia, we have long moved from an agriculture-based economy to become an industrialised nation.

Since our economic diversification in the 1970s, the government has been steadily promoting private enterprises and ownership in the country. That direction would continue to stay course as we transition towards the knowledge-based economy, or more so the Fourth Industrial Revolution, because in the bio-based sector, opportunities are aplenty for entrepreneurs to explore.

Malaysia began laying the foundation for a competitive biotechnology industry during the Eighth Malaysia Plan.

A significant milestone was achieved with the launching of the National Biotechnology Policy (NBP) in 2005, and more recently, the Bioeconomy Malaysia initiative in 2012.

The Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI), through efforts undertaken by Bioeconomy Corporation, now focuses on attracting investment, sourcing partnership opportunities and to support local bio-based entrepreneurs in setting up their businesses.

Support for entrepreneurs comes in various forms, to equip biotech professionals with competencies in business negotiations, technology and financial due diligence, and business management skills. We are placing increasing emphasis on promoting Research and Development (R&D), and commercialisation, strategic technology acquisition, and building the requisite infrastructure and ecosystem.

As bio-entrepreneurs create new businesses, they result in new employment, producing a cascading effect in the economy. The bio-based sector would be able to generate new wealth and income for rural and urban populations, improving the socio-economic status of the people.

Our universities for example, are able to produce spin-off companies that translate research and development into commercialisation and to bring novel and value-add products and services to the market.

Entrepreneurs play a crucial role and therefore, getting researchers to commercialize their bio-based technologies is a priority, more so if we want to realise the bioeconomy agenda and to advance the role of science, technology and innovation (STI) in the country.

In the United States, the story of how Genentech was founded is a classic inspiration of how an innovative partnership has advanced a new era of technological change and created a multi-billion dollar industry.

Genentech was founded in 1976 by Bob Swanson, a venture capitalist, and Dr Herbert Boyer, a biochemist, at the University of California in San Francisco. The company is hailed to be the first biotech company in the world.

Licenses on its technologies generated more than USD 250 million in royalties over 20 years for two universities – The Stanford University and the University of California San Francisco. Today, Genentech has more than 30 medicines in the market, generating over USD 14 billion a year.

The path towards successful commercialisation of biotechnology and bio-based products is met with a myriad of challenges such as funding, market positioning, regulatory requirement, intellectual property rights management, resources availability and technical expertise. They do not necessarily fall neatly under the purview of the public or private sector; instead, they require collaborative efforts. An innovative and synergistic public-private partnership (PPP) is the key.

Just last week, the Biocon Academy in India saw 110 students graduating from its “Biocon KGI Certificate in Biosciences” programme. Biocon, India’s largest biotech company, initiated this program with Keck Graduate Institute, an applied life sciences graduate school in the U.S., to develop industry-ready talent for the country’s rapidly growing biopharma sector.

More countries are recognising the potential of bioeconomy and an increasing number of players are forging partnerships to accelerate the effective dissemination of new technologies from the confinement of a laboratory into the expert hands of business people and eventually the consumers.

There is no need to build a Silicon Valley for Bioeconomy from scratch here. We work towards a comprehensive ecosystem, fueled by strategic partnerships. Bioeconomy Corporation has been collaborating with two prominent organisations to help build a conducive ecosystem that would complement Malaysia’s bio-entrepreneurship initiatives. The University of California Institute for Quantitative Biosciences (QB3) and The Larta Institute, have a proven track record for successfully advocating life sciences and biotech businesses.

QB3 is a partnership between the state of California, the industry, venture capital and the University of California, propelling the state economy through research and innovation in life sciences. It is based on a collaborative model that revolves around providing mentorships, professional development, funding and partnership to empower budding entrepreneurial scientists. A number of Malaysians have pursued their postdoctoral training and created start-ups under the QB3 Biotechnology Entrepreneur Programme.

To improve the viability of these startups, a Train-the-Trainer programme themed “Customer-Driven Technology” was held to provide trainers with a real-life context of commercializing existing technologies and tools for decision-making. Entrepreneurs, universities and companies learned how to validate their expectations before building products or licensing their technologies.

The other organisation, Larta Institute, preaches the “Network-Centric” approach to address entrepreneurs’ technology and business hurdles. They bring together the government and support organisations, entrepreneurs, mentors, investors, research institutions and the industry to ensure successful and impactful commercialisation.

The Larta Institute has an extraordinary track recording of translating more than 3,500 innovations into commercial successes.

We aim to see three bio-based spinoffs from each university every year. We are also hoping to increase the number of BioNexus status companies, a special status awarded to qualified biotech companies that would grant them fiscal incentives and other forms of development aid, from 274 today to 500 in four years’ time.

These strategic partnerships would help bridge the gaps faced by many aspiring bio-entrepreneurs, by facilitating their access to opportunities in the bioeconomy ecosystem. Talents and professionals in the bioeconomy industry should seize these benefits offered by the state (http://www.bioeconomycorporation.my).

Through these programs we hope to see more bio-entrepreneurs in the second wave of Malaysia Commercialisation Year (MCY 2.0).


Memperkasakan Biousahawan Kita

 

Usahawan yang berjaya tahu cara untuk menterjemahkan idea menjadi produk komersial yang mampu menjanakan keuntungan.

Sebagai contoh, Lembah Silikon dianggap sebagai lambang kejayaan perdagangan dan ekonomi.

Dipacu oleh ribuan syarikat teknologi dan syarikat tunas di dalamnya, usahawan ini membawa perubahan yang berkesan kepada dunia, dan apatah lagi kepada ekonomi mereka.

Di Malaysia, kita telah lama beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian untuk menjadi negara perindustrian.

Sejak kita mempelbagaikan ekonomi pada 1970-an, kerajaan sentiasa mendorong perusahaan dan pemilikan swasta. Hala tuju ini akan diteruskan tatkala kita menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, dan apatah lagi Revolusi Perindustrian Keempat. Dalam sektor berasaskan bio yang menjadi kelebihan Malaysia, peluang yang ada banyak sekali dan hanya menunggu untuk diteroka oleh usahawan kita.

Malaysia mula menyediakan asas bagi industri bioteknologi yang kompetitif semasa Rancangan Malaysia Kelapan.

Sejarah penting terlakar apabila Dasar Bioteknologi Negara (NBP) dilancarkan pada 2005, dan kemudian, inisiatif Bioekonomi Malaysia pada 2012.

MOSTI melalui usaha Bioeconomy Corporation, kini memfokuskan langkah untuk menarik pelaburan, mengintai peluang perkongsian dan menyokong biousahawan tempatan membuka perniagaan mereka.

Sokongan untuk usahawan datang dalam pelbagai bentuk untuk melengkapkan golongan profesional bioteknologi dengan kompetensi dari segi rundingan perniagaan, ketekunan teknologi dan kewangan, dan kemahiran pengurusan perniagaan. Kita semakin menekankan usaha untuk menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), dan pengkomersialan, pengambilalihan teknologi yang strategik, dan membina infrastruktur dan ekosistem yang perlu.

Apabila biousahawan mewujudkan perniagaan baharu, peluang kerja baharu turut terbentuk, lalu menghasilkan kesan rentetan dalam ekonomi. Sektor berasaskan bio akan dapat menjanakan kekayaan dan pendapatan baharu bagi penduduk bandar dan luar bandar, justeru menambah baik status sosioekonomi rakyat.

Universiti kita misalnya, mampu melahirkan syarikat yang menterjemahkan R&D menjadi pengkomersialan dan membawa barangan dan perkhidmatan berkonsep baharu dan yang memiliki nilai tambah ke pasaran.

Usahawan memainkan peranan yang sangat penting dan dengan itu, memastikan penyelidik dapat mengkomersialkan teknologi berasaskan bio mereka menjadi keutamaan, apatah lagi jika kita mahu merealisasikan agenda bioekonomi dan memajukan peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) di Malaysia.

Di Amerika Syarikat, kisah tentang penubuhan Genentech merupakan inspirasi klasik tentang betapa perkongsian yang inovatif telah memajukan satu era baharu perubahan teknologi dan seterusnya mencipta sebuah industri yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Genentech diasaskan pada 1976 oleh Bob Swanson, seorang kapitalis usaha niaga, dan Dr. Herbert Boyer, seorang ahli biokimia dari University of California, San Francisco. Syarikat ini diakui sebagai syarikat bioteknologi yang pertama di dunia.

Lesen bagi teknologinya menjanakan lebih US$250 juta dalam bentuk royalti selama 20 tahun untuk dua universiti – Stanford University dan University of California, San Francisco. Pada hari ini, Genentech mempunyai lebih 30 jenis ubat dalam pasaran yang menjanakan lebih US$14 bilion setahun.

Jalan untuk mencapai kejayaan dalam mengkomersialkan bioteknologi dan produk berasaskan bio berhadapan dengan seribu satu cabaran, seperti masalah mendapatkan dana, menentukan kedudukan yang betul dalam pasaran, memenuhi syarat kawal selia, mengurus hak harta intelek, tiada sumber dan kepakaran teknikal. Usaha ini tidak semestinya terletak sama ada di bahu sektor awam atau sektor swasta; sebaliknya usaha sama kedua-dua pihak diperlukan. Perkongsian awam-swasta (public-private partnership atau PPP) yang inovatif dan bersinergi ialah kuncinya.

Pada minggu yang lalu sahaja, seramai 110 pelajar Biocon Academy di India lulus program “Biocon KGI Certificate in Biosciences.” Biocon, syarikat bioteknologi terbesar di India, memulakan program ini bersama dengan Keck Graduate Institute, sebuah pusat pengajian siswazah sains hayat gunaan di AS, untuk membangunkan bakat yang memenuhi keperluan industri untuk sektor biofarmasi yang sedang berkembang pesat di negara itu.

Semakin banyak negara kini menyedari potensi bioekonomi dan semakin ramai juga pemain menjalinkan perkongsian untuk mencepatkan penyebaran luas teknologi baharu yang berkesan daripada makmal kepada usahawan, dan akhirnya kepada pengguna.

Di sini, Lembah Silikon untuk Bioekonomi tidak perlu diwujudkan dari mula. Kita berusaha ke arah ekosistem yang komprehensif, dengan dipacu oleh perkongsian strategik. Bioeconomy Corporation telah pun berganding bahu bersama dua organisasi terkemuka untuk membantu membina sebuah ekosistem yang kondusif yang akan melengkapkan inisiatif biokeusahawanan Malaysia. Dua organisasi ini, University of California Institute for Quantitative Biosciences (QB3) dan Larta Institute, mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mendukung sains hayat dan perniagaan bioteknologi yang berkesan.

QB3 merupakan perkongsian usaha antara kerajaan negeri California, pihak industri, modal usaha niaga dan University of California untuk melonjakkan ekonomi negeri itu melalui penyelidikan dan inovasi dalam sains hayat. QB3 berdasarkan model usaha sama yang menjurus kepada penyediaan tenaga mentor, pembangunan profesional, pendanaan dan perkongsian untuk memperkasakan ahli sains usahawan yang sedang meningkat maju. Sebilangan rakyat Malaysia telah pun menamatkan latihan pascakedoktoran dan kini menubuhkan syarikat tunas di bawah Program Usahawan Bioteknologi QB3.

Untuk menambah baik daya maju syarikat tunas ini, sebuah program Melatih Jurulatih dengan tema “Teknologi Berpacukan Pelanggan” diadakan untuk mendedahkan jurulatih dengan senario sebenar tentang pengkomersialan teknologi sedia ada dan alat pembuat keputusan. Usahawan, universiti dan syarikat mempelajari cara untuk mengesahkan jangkaan mereka sebelum produk dibangunkan atau teknologi dilesenkan.

Sebuah lagi organisasi, iaitu Larta Institute, memberikan pendekatan “Network-Centric” untuk menangani cabaran teknologi dan perniagaan usahawan. Organisasi ini menghimpunkan kerajaan, organisasi sokongan, usahawan, mentor, pelabur, institusi penyelidikan dan industri untuk memastikan pengkomersialan yang berjaya dan berkesan.

Larta Institute mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam menterjemahkan lebih 3,500 inovasi menjadi kejayaan komersial.

Kita mahu melihat lahirnya tiga syarikat berasaskan bio dari setiap universiti pada setiap tahun. Kita juga berharap dapat menambah bilangan syarikat berstatus BioNexus, yakni status istimewa yang diberikan kepada syarikat bioteknologi yang layak dan yang akan mendapat insentif fiskal dan bentuk bantuan pembangunan yang lain, daripada 274 pada hari ini, kepada 500 dalam tempoh empat tahun.

Perkongsian strategik ini akan membantu merapatkan jurang yang dihadapi oleh ramai biousahawan yang bercita-cita tinggi dengan memudahkan mereka menggapai peluang dalam ekosistem bioekonomi. Usahawan yang berbakat dan profesional dalam industri bioekonomi haruslah merebut manfaat ini yang ditawarkan oleh negeri (http://www.bioeconomycorporation.my).

Menerusi program ini, kita berharap dapat melihat munculnya lebih ramai biousahawan dalam gelombang kedua Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s