Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia

Ucapan untuk Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

20161117_151951

1. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan bahawa saya amat berbesar hati dan amat menghargai kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia, atau dalam bahasa lnggerisnya Malaysia Board of Technologists, atau MBOT (disebut em-bot).

2. Bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan dalam memeriahkan Majlis Pelancaran MBOT ini.

3. Seperti mana hadirin sedia maklum. MOSTl yang sejarah penubuhannya bermula 42 tahun lalu, iaitu taliun 1973 sebagai Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, telah diamanahkan dengan tanggungjawab yang penting, iaitu menerajui agenda pembangunan sains, teknologi dan inovasi atau STl negara.

4. Kita semua sedia maklum, penguasaan STl di kalangan rakyat sebuah negara merupakan tanda aras kepada kemajuan ekonomi negara tersebut. Di negara- negara maju, contohnya. kesedaran dan penguasaan STl di kalangan rakyat mereka berada di tahap yang tinggi berbanding negara-negara membangun.

5. MOSTl seawalnya lagi telah bergerak seiring, menyokong Program Transformasi Kerajaan dengan mengisytiharkan tempoh 2010 hingga 2020 sebagai Dekad lnovasi Negara.

6. Dekad inovasi 2010-2020 yang diterajui oleh MOSTl ini merupakan sebuah platform bersepadu kearah memperkasa agenda STl negara dengan harapan Malaysia bukan sahaja menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif, malahan menjadi sebuah negara yang maju sains (scientifically advanced nation) menjelang tahun 2020.
20161117_151429

7. MOSTI akan terus mempergiat usaha tersebut, seterusnya menyokong Dasar Transformasi Negara (DTN) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam memperkasa agenda STl negara.

8. Selaras dengan teras strategik ke-Z Dasar Sains, Teknologi dan lnovasi Negara atau DSTIN, iaitu Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STl), MOSTl telah mengkaji untuk melaksanakan pelbagai program-program bagi pembangunan kapasiti sumber manusia berkaitan STl.

9. Menjelang 2020, kita mensasarkan sebanyak 70 orang penyelidik bagi setiap 10,000 orang tenaga kerja menjelang tahun 2020. Brain Gain dan Brain Circulation dalam STI akan diperhebat.

10. Sistem pengurusan bakat dalam pengesanan permintaan dan penawaran modal insan yang mahir dalam STl akan diperkukuh. Bilangan tenaga kerja yang mahir dan cekap untuk mengurus. mengendali dan menyelenggara peralatan dan infrastruktur yang khusus akan dipertingkat.

Hadirin sekalian,

11.Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-ll) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2016 sehingga tahun 2020, dijangka akan menghasilkan anjakan penting dalam pengoperasian sistem sedia ada bagi melahirkan bakat bertaraf dunia yang mampu bersaing dalam ekonomi global.

12. Malaysia berhasrat untuk menjadi negara maju dan inklusif menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan hasrat ini. Malaysia memerlukan modal insan yang berpengetahuan, berilmu. beretika dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

13. Inisiatif di bawah RMKe-ll menguniurkan pewujudan sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Sebanyak 60% daripadanya memerlukan kemahiran berkaitan pendidikan serta latihan teknik dan vokasional (TVET) bagi menggerakkan sektor perindustrian.

14.Bagi mencapai sasaran tersebut, minat pelajar-pelajar terhadap bidang TVET perlu dipertingkat sebagai satu platform penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir di Malaysia.

15. Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang TVET setiap tahun secara berperingkat dari 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020.

16. Dalam Bajet 2017 yang baru dibentangkan. telah diumumkan bahawa kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 billion ringgit kepada institut-institut TVET. Selanjutnya, 270 juta ringgit turut diperuntukk‘an untuk proses naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET.

17. Berkaitan dengan peningkatan pelajar dalam bidang TVET, adalah penting hagi negara untuk memastikan bahawa minat pelajar terhadap bidang STEM dipupuk dari awal.

18. Sejak tahun 1967. Dasar Pendidikan menyasarkan kadar peratusan pelajar aliran Sains berbanding bukan Sains dengan nisbah 60:40. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 2016 sasaran ini masih belum dicapai.

13. Menyedari kepentingan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang STEM, Majlis Sains Negara (MSN) telah memandatkan MOSTI, MOE dan MOHE untuk membangunkan Pelan Tindakan STEM Kebangsaan.

20. Pelan Tindakan ini akan mengambilkira pembangunan bakat STEM bermula dari peringkat membangun, memupuk dun menggilap bakat (develop, harness and intensifying talent).

21.Adalah diharapkan dengan Pembangunan Pelan Tindakan Ini penawaran dan permintaan pekerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi kesiapsiagaan dan keperluan industri serta institusi penyelidikan dapat dipenuhi.

22, Dalam Bajet 2017 yang baru dibentangkan juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak RM 570 juta telah diperuntukkan bagi menaiktaraf 1,800 makmal sains di sekolah rendah Lian menengah seluruh negara. Saya percaya ini adalah penting dalam usaha kita memupuk pembangunan modal insan by design and not by chance.

20161117_154913

20161117_155215

Tuan- tuan dan puan—puan sekalian,

23. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), kerajaan telah mengenalpasti keperluan penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (Malaysia Board of Technologists – MBOT) untuk mengiktiraf lulusan berkaitan kemahiran dan teknologi.

24.Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi (lPT) temasuk institusi TVET menawarkan kursus berasaskan teknologi selaras dongan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi.

25.Inisiatif ini merupakan salah satu strategi dalam meniuiang nmrmhat hidaug ‘I’VET melalui pengiktirafan kepada profesion berkaitan, antaranya profesion teknologis, juruteknik dan pekerja berkemahiran.

26. MBOT akan berfungsi sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dnn mengiktiraf Teknoiogis Profesional (Professional Technologist) serta juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion iktisas.

27.MBOT juga akan menyenggara pendaftaran Teknologis Berijazah (Graduate Technologist) dan Juruteknik Berkelayakan (Qualified Technician).

28. Selain mengawal selia perilaku dan etika kedua-dua profesion ini, M BOT iuga akan menyediakan program pembangunan dan latihan profesional serta menjalankan penilaian program teknologi dan teknikal yang berkaitan.

29. Penubuhan MBOT ini akan meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. iaitu melalui program nilai tambah TVET dan latihan kemahiran yang akan disediakan khususnya menerusi majlis-majlis akreditasi dalam bidang teknologl, teknikal dan kemahiran yang berkaitan yang akan diwujudkan kelak.

30. MBOT juga akan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan TVET dan kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang Iebih tinggi, bermula dari sijil kemahiran, diploma, diploma lanjutan, sarjana muda dan seterusnya peringkat lebih tinggi.

31. Selain itu. pengalaman dalam kerjaya yang diperoleh seseorang teknologis atau juruteknik itu sangat bernilai. Di sinilah peranan MBOT untuk memberikan pengiktirafan gelaran kepada golongan teknologis dan juruteknik sebagai profesion iktisas. seterusnya meningkalkan kualiti dan nilal kepada perkhidmatan teknologi dan teknikal yang diberikan serta mendapat pengiktirafan industri.

32. Pengiktrafan kepada Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertaullah ini adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan teknologi dan teknikal yang diberikan adalah mengikut standard yang ditetapkan oleh MBOT sebagai badan profesional yang mengawal selia profesion tersebut.

33. Dengan pengawalseliaan perkhidmatan profesional ini, kepentingan orang awam sebagai pengguna perkhidmatan akan lebih terjamin dan selamat.

Hadirin sekalian,

34. lnisiatif penubuhan MBOT ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak yang terlibat. MBOT ini lahir atas usaha sama dan pemuafakatan antara MOSTl dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kerja Raya.

35.Tidak ketinggalan juga daripada Malaysian Technical University Network atau MTUN, yang terdiri daripada empat buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang [UMP], Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

36. Politeknik, kolej-kolej komuniti, institusi pendidikan tinggi swasta [IPTS) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan sebagainya, institusi-institusi latihan kemahiran (ILK), badan-badan bukan kerajaan (NCO) serta pihak industri juga turut menyumbang input dan sumber tenaga dalam penubuhan MBOT ini.

37.Terima kasnh diucapkan kepada samua yang terlibat dalam menjayakan penubuhan MBOT lni.

38.5aya difahamkan bahawa penubuhan MBOT mi amallah ditunggu-tunggu oleh para graduan dan lepasan dalam bidang teknologi dan teknikal selama mi.

39. Saya amat berbesar hati untuk menyatakan bahawa pada hari yang bersejarah ini, impian saudara-saudari untuk memperoleh pengiktirafan sebagai teknologis dan juruteknik akan direalisasikan.

40. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar graduan-graduan dan lepasan dalam bidang teknologi dan teknikal yang lain mengambil peluang ini dengan sebaiknya untuk berdaftar dengan MBOT dan seterusnya mendapat pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional dan Juruteknik Bertauliah yang akan dapat menyumbang tenaga dalam sektor industri serta sektor awam untuk memaju dan memakmurkan Negara ke arah negara berpendapatan tinggi .

41. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mereka Cipta Logo MBOT yang telah disertai oleh pelajar-pelajar daripada institusi-institusi pendidikan tinggi serta institusi TVET di seluruh negara.

42. Syabas atas kreativiti yang ditunjukkan, seterusnya menjadikan saudara-saudari sebahagian daripada penubuhan MBOT ini.

43. Mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat dengan penubuhan MBOTA

44. Dengan harapan semoga im’sian’f ini mencapai sasaran untuk memartabatkan profesion teknologis dan juruteknik, saya dengan ini merasmikan penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia, MBOT.

Sekian, terima kasih.

One thought on “Majlis Pelancaran Lembaga Teknologis Malaysia

  1. Pingback: Recognising our technologists, technicians | Madius Tangau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s