Konvensyen UPKO 2016

Ucapan Konvensyen UPKO 2016

YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau

SEMPENA KONVENSYEN UPKO 2016

12 NOV 2016, Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang

Selamat pagi. Salam 1Malaysia. Salam 1UPKO. Salam damai, tabi pibabasan dan tabi pisompuruan kepada semua.

  1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana diatas limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat hadir dan berhimpun dalam Konvensyen UPKO 2016 ini.
  1. Seterusnya, izinkan saya mengalu alukan kehadiran tetamu kehormat kita, YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Konvensyen ini. Sesungguhnya kehadiran YAB Dato Seri amat kami hargai. Tentunya sejarah ini memberi suntikan semangat kepada barisan pimpinan dan seluruh ahli UPKO.
  1. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada YAB Dato Seri diatas kejayaan lawatan rasmi ke negara Cina baru baru ini yang berjaya mendapatkan pelaburan RM144 billion untuk negara.

UPKO UNTUK ORANG ASAL

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Pertemuan kita ini, berlaku ketika arena politik negara seakan begitu dinamik. Apakan tidak, tahun ini sahaja, entah, saya pun sudah tidak terkira, tapi mungkin ada lebih 20 pendaftaran parti politik yang telah diluluskan, kebanyakkannya parti pembangkang.
  2. Kita tidak pernah melihat keadaan seperti ini, lebih-lebih lagi suasana di mana parti-parti itu diketuai oleh mereka mereka yang sebelum ini pernah dianggap para pemimpin kanan dalam Kerajaan Barisan Nasional. Senario ini menimbulkan pelbagai pertanyaan: Apakah parti seperti UPKO masih relevan? Apakah perjuangan berlandaskan aspirasi kaum masih diperlukan?
  3. Entah ia satu kebetulan atau suratan, soalan soalan yang sama, pernah menghantui saya 15 tahun lalu, selepas kekalahan 10 daripada 12 calun Parti Demokratik Sabah (PDS) dalam Pilihanraya Umum Negeri pada 14 Mac 1999.
  4. Selaku ketua Think Tank PDS, saya merasa sangat sedih; sangat kecewa. Seorang diri, duduk di pejabat pada hari pengundian itu, saya tiada hati untuk pulang ke rumah; saya di Pejabat hingga malam, memikirkan, menganalisa apakah sebenarnya yang telah berlaku.
  5. Akhirnya, pada malam itu juga, saya menulis surat kepada Presiden, Tan Sri Bernard Dompok: Kenapa PDS kalah dan apa kah halatuju seterusnya?
  6. Saya cakap, “Yes, development we have delivered but sentiment is not on our side. Kita kalah sentimen. Therefore, we have to rebrand ourselves. We have to revive UPKO.”
  7. Hasilnya, pada 8 Ogos 1999, bendera PDS di turunkan, dan lambang UPKO, yakni Gunung Kinabalu kita kibarkan. Saat itu, at that very moment, seolah olah ruang di Shangri La Tanjung Aru Resort tempat kita bersidang ketika itu, turut dihadiri oleh Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Mojuntin, GS Sundang dan semua founding members of the party.

Sidang hadirin sekalian,

  1. Saya percaya, kalau pun tidak dapat merasakan sepenuhnya aura Gunung Kinabalu, sekurang-kurangnya, setiap kita di sini dapat melihat kehadiran Kinabalu dalam dewan ini.
  2. Semangat Kinabalu, sunduan UPKO yang sama jugalah yang mengilhamkan Majlis Tertinggi UPKO untuk menjadikan pakaian tradisi sebagai salah satu pakaian seragam parti UPKO, dan ini terserlah indah pada hari ini.
  3. Sesungguhnya, pakaian dan bendera parti yang ada di sekeliling kita, saat ini, wujud berasaskan semangat patriotisme masyarakat Orang Asal lebih 50 tahun yang lalu. Dan kita adalah perwaris.
  4. Just to remind ourselves, United Pasok Momogun Kadazan Organisation (Upko) dibentuk pada Mei 1964 hasil pergabungan parti United National Kadazan Organisation (UNKO yang ditubuhkan pada 26 Mac 1961) dan parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun (Pasok Momogun yang ditubuhkan pada Januari 1962).

Hadirin hadirat sekalian,

  1. There must be unique reasons why Tun Fuad Stephens dan GS Sundang memilih untuk menamakan wadah perjuangan mereka sebagai UPKO. And to me, for UPKO, that bold decision was both visionary and the most logical.
  2. Ia wajar kerana ia sejajar dengan apa yang dibuat oleh pemimpin parti keramat lain seperti UMNO, MCA dan MIC. UMNO adalah parti bagi suku kaum Melayu, MCA bagi masyarakat Tionghua dan MIC berjuang untuk suku kaum India.
  3. UPKO pula berjuang bagi masyarakat Orang Asal yang terdiri daripada pelbagai suku kaum – Orang Asli di Semenanjung, Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Lundayeh dan pelbagai lagi etnik lain di Sabah.
  4. Semua parti yang memperjuangkan aspirasi kaum itu pula bergabung menjadi ahli komponen Parti Perikatan yang kemudiannya diberikan nafas baru dan menjadi Barisan Nasional.

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,

  1. Lebih 10 tahun yang lalu, sebagai Ketua Penerangan UPKO, saya diminta untuk pergi berdialog dengan beberapa ahli masyarakat Orang Asli di Perak kerana mereka mahu masuk UPKO.
  2. Apabila saya berkunjung ke sana, saya seolah-olah kembali ke zaman silam, ke era tahun 70an di Sabah. Walau ada damai, wujud semangat kekitaan dan perpaduan serta keamanan, begitu jelas terpampang, mereka kelihatan dahagakan sesuatu. Mereka impikan hidup yang lebih baik; Orang Asli di Perak rindu pembangunan.
  3. Dalam dialog itu, saya menegaskan, UPKO tidak ada kemampuan dari segi kewangan, dari segi memberikan jawatan dan ganjaran kepada sesiapapun yang mahu serta sama dalam perjuangan kami.
  4. Mereka menjawab, Orang Asli juga tidak mengharapkan semua itu, tetapi mereka tetap tegas dan nekad menyertai sebuah parti yang mampu menjadi wadah mereka bersuara dan terlibat sama dalam pembangunan negara bangsa Malaysia.
  5. Beberapa waktu kemudian, pada tahun 2008, akhirnya kami menerima Orang Asli sebagai ahli UPKO. Syukur kerana kini kami ada lebih 3,000 ahli di Bahagian Tanjung Malim, Tapah, Gopeng dan Parit.
  6. Dan yang lebih membanggakan, walaupun berhadapan dengan begitu banyak kekangan serta keterbatasan, sekarang ini mereka sudah melangkah maju. Mereka ada kolej sendiri, pusat kecemerlangan pendidikan dan Dewan Tan Sri Bernard Dompok yang pertama di Malaysia.
  7. Sesungguhnya, UPKO terharu dan mendapat ilham daripada penglibatan mereka menjadi sebahagian daripada kami. (Sila berdiri Upko Perak). Orang Asli Perak adalah bukti, a success story for UPKO! UPKO wadah Orang Asal!

Hadirin hadirat sekalian,

  1. Dalam kata lain, parti UPKO yang saya warisi daripada Tan Sri Bernard pada 2014 ini adalah kesinambungan perjuangan yang dimulakan oleh Tun Fuad dan GS Sundang, yang berjuang spesifik bagi Orang Asal, dalam naungan Barisan Nasional.
  2. And the rest, as they said, is history. Kita berjaya memungkinkan Bahasa Kadazandusun diajarkan di sekolah-sekolah kerajaan. UPKO juga instrumental dalam pengwujudan Kerusi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah.
  3. Kelanjutannya, kini Bahasa Murut sudah pun mula diajarkan di tempat-tempat tertentu di Tenom; manakala Bahasa Semai terus diperkukuhkan. UPKO komited untuk terus memantau agar pembelajaran itu dikekalkan demi kelangsungan pelestarian budaya Orang Asal di Semenanjung.
  4. UPKO juga terhutang budi kepada YAB PM yang telah meluluskan peruntukkan dan merasmikan pecah tanah untuk pembenaan Insititut Latihan Mahkamah Anak Negeri atau ILMAN tidak jauh dari dewan ini. Enam lagi bangunan Mahkamah Anak Negeri yang lain kini sudah hampir beroperasi sepenuhnya.
  5. Dato Seri sir, kounsikou, terima kasih kerana begitu prihatin dan sehati sejiwa dengan kami dalam usaha memulihara tradisi dan adat warisan suku kaum yang merupakan sebahagian daripada intipati indah kesatupaduan negara kita yang begitu majmuk.
  6. Dalam konteks ini, dan proaktif untuk mengetengahkan lagi nilai-nilai positif Orang Asal, ahli Majlis Tertinggi UPKO baru-baru ini telah memutuskan untuk merayakan the World Indigenous Peoples’ Day secara besar-besaran, bermula tahun hadapan, selaras dengan hak asasi Orang Asal sebagaimana yang diperakui dalam Piagam Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu. Sir, UPKO will seek your help on this one too.

Hadirian sekalian,

  1. Akhir-akhir ini, ada beberapa perbincangan mengenai nama atau identiti masyarakat kita, antaranya, agar kita tidak lagi dikategorikan sebagai LAIN LAIN dalam borang-borang rasmi kerajaan.
  2. Perbincangan seperti itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Tahun lalu, teman-teman seperjuangan di Sarawak telah bersetuju menggunakan istilah DAYAK sebagai rumpun kepada semua Orang Asal di sana.
  3. Bagi kita pula, perbincangan yang sedemikian lah yang menyebabkan Tun Fuad ada UNKO, dan GS Sundang menubuhkan Pasok Momogun. Kemudian bila mereka bersatu, parti gabungan itu ialah United Pasok Momogun Kadazan Organisation atau pun (Upko).
  4. Maksudnya, istilah Pasok atau Momogun atau Kadazan dan beberapa kata nama khas yang lain, sudah pun menjadi topik perbualan sejak tahun 60an. Justeru, saya mengesa kita semua untuk menjadikan semangat pemimpin awal kita dulu sebagai ilham dan pemangkin kesatupaduan dikalangan kita. Janganlah pula  perkara ini menjadi duri dalam daging sehingga memecah belahkan masyarakat kita.
  5. Banyak konvensyen UPKO diperingkat bahagian dan zon yang mengupas, membincangkan perkara ini. Sekali imbas, istilah MOMOGUN seakan serasi dan diterima oleh majoriti masyarakat kita. Bagi kita dalam UPKO, kita sudah pun menggunakan istilah itu sejak 52 tahun yang lalu.
  6. Pada masa yang sama, kita akur dan sedar, istilah itu bukan hak cipta, bukan milik sesiapa. Ia adalah istilah untuk satu rumpun yang menggabungkan semua suku kaum Orang Asal, dan pada masa yang sama etnik Orang Asal itu masih mengekalkan nama kaum masing-masing.
  7. Hal ini pasti akan ditimbulkan lagi oleh para perwakilan dalam sesi petang nanti. Saya menyeru penuh harap agar pihak Kerajaan Negeri mendengar, mengambil kira semua aspek, seterusnya menangani dilema ini sebaik mungkin dan the soonest possible come up with the best of solution.

PERUNTUKKAN UNTUK UPKO

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Apabila saya diberikan mandat untuk menerajui parti, dilantik sebagai Pemangku Presiden pada April 2014, kita ada lebih 119,000 orang ahli. Namun kita teruja kerana dalam dua tahun ini, semakin ramai yang mengikuti kita terutama dikalangan muda dan professional, kerana mereka tertarik dengan perjuangan UPKO yang berlandaskan perlembagaan yang ditunjangi oleh tujuh ideologi dan perjuangan parti.
  2. Dalam masa dua tahun, kita menerima hampir 16,000 orang ahli baru, menjadikan  keahlian terkini UPKO bertambah menjadi 134,627 orang.
  3. Saya percaya, hal ini terjadi kerana kita menerapkan kepimpinan berprinsip dan berpelayanan (principle centered servanthood leadership). Dan sangat spesifik. Our niche perjuangan is to be THE vehicle for Orang Asal as per the UPKO which was established in 1964.
  4. Dalam konteks ini, saya sedih kerana walau UPKO sudah berjalan seiring dengan parti komponen lain dalam Kerajaan Barisan Nasional, kenyataannya, belum ada syarikat Momogun yang betul betul berjaya, contohnya, sehingga dapat di paparkan di papan bursa saham negara.
  5. But, certainly this is not for the lack of trying. Malah UPKO sudah mengusahakan yang terdaya termasuklah dengan pembentukan Dewan Perniagaan dan Industri Kadazandusun (KCCI), selain membantu usahawan kita untuk lebih maju dalam pelbagai kegiatan ekonomi.

Dato Seri, saya tahu KCCI sudah mencatat banyak kejayaan walau mungkin tidak lah sebesar mana jika dibandingkan dengan dewan perniagaan yang lain. UPKO akan terus berganding bahu dengan mereka. Justeru, betapa penuh makna kiranya, YAB Perdana Menteri memberikan mereka oleh-oleh atau dalam Bahasa Kadazandusun, TIONGGOM sebanyak  RM1 juta sempena hari yang indah ini. Saya mohon mencadang, sir.

Sidang hadirin yang saya hormati,

  1. Dari pengalaman, antara sektor yang sangat berpotensi untuk diketengahkan ialah perniagaan kecil dan sederhana di luar bandar. Kedai-kedai runcit dan gerai-gerai di pasar tani atau tamu sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada rutin ahli masyarakat Momogun.

Kita berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana sudah mengwujudkan pinjaman TEKUN untuk membantu perniagaan yang sebegini. Ramai ahli UPKO yang telah  mendapat faedah skim kredit mikro ini.

Walau bagaimanapun, ada keluhan bahawa ahli masyarakat kami gagal mendapat pinjaman kerana terpaksa bersaing dengan ahli dari masyarakat yang lain.

  1. UPKO sedar Kerajaan sudah memperuntukkan RM50 juta kepada MCA dan RM50 juta juga kepada MIC melalui TEKUN.
  2. Saya dengan penuh kerendahan hati, memohon agar YAB PM bermurah hati dan memberikan RM50 juta kepada UPKO melalui TEKUN. Suntikan ini pastinya akan merancakkan lagi penjanaan pendapatan, sekaligus mempertingkatkan taraf hidup masyarakat kita.
  3. Selain daripada itu, sebenarnya, UPKO menerima begitu banyak permintaan kewangan daripada persatuan suku-suku kaum. Sebagai satu-satunya wadah khusus untuk Orang Asal, saya bagi pihak mereka dengan ini memohon peruntukkan sebanyak RM10 juta sahaja yang akan UPKO bahagi-bahagikan kepada Momogun National Congress, persatuan Tatana, Lotud, Orang Asli Perak dan yang lain.

Dalam isu ekonomi, beberapa pemimpin UPKO dari Labuan memberitahu saya mengenai kerisauan mereka terhadap masa hadapan pulau itu. Baru-baru ini, contohnya, sudah ada tindakan  menghadkan bukan sahaja bilangan dan stok barangan bebas cukai, tetapi juga mereka yang menjalankan perniagaan itu, dan jumlah pembelian oleh pelanggan.

Rasanya, apa yang berlaku sebelum ini  adalah penguatkuasaan yang lemah. Justeru, UPKO akur, the best of enforcement is a must.

Namun, UPKO juga sedar, UPKO juga tahu, bahawa apa yang berlaku sekarang ini bercanggah dengan sesuatu yang sejak sekian selama ini menjadi tarikan utama pelancong.

The government has a duty to do what is best for Labuan, and its people.

UPKO akan memberikan input bernas mengenai hal ini di mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

TANAH NYAWA ORANG ASAL

  1. Se perkara lagi yang sering mengganggu ketenteraman masyarakat kami ialah masalah pemilikan tanah. Tanah adalah nyawa kami. Seperti kisah Orang Asli yang saya ceritakan awal tadi, saya pernah tidur di Kg Poh, Gopeng di Perak. Kampung itu begitu damai dengan aliran anak sungai dan kawasan yang di kelilingi buah-buahan seperti durian yang berusia puluhan tahun.
  2. Yang menyedihkan, Kg Poh dan beberapa kampung di kawasan itu terkurung di dalam kawasan Hutan Simpan. Malah, pusat kecemerlangan pendidikan di Simpang Pulai pun berada dalam kawasan Forest Reserve. Senario ini sebenarnya adalah perkara meluas dan ia wajib ditangani dengan kadar segera.
  3. To be fair, kerajaan sudah banyak membantu. Tahun ini Sabah diberikan RM20 juta lagi untuk membiayai kos penyukatan tanah dengan menggunakan sistem PANTAS. UPKO meminta supaya usaha diperhebatkan untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu pemilikan tanah yang kini dipegang oleh Orang Asal hanya sebagai Native Customary Rights.
  4. Setakat ini, UPKO boleh lah tersenyum sedikit kerana inisiatif yang diambil oleh kepimpinan Negeri dan Negara telah membantu Kerajaan untuk tidak kelihatan pro syarikat-syarikat besar at the expense of our people who had lived there for ages.
  5. Walau bagaimana pun, masih banyak isu mengenai tanah yang hanya akan dapat dirungkai dengan strong political will oleh Kerajaan sama ada di Sabah, di Perak, negeri-negeri lain atau di peringkat Persekutuan. Semoga doa UPKO ini beroleh berkat.

UPKO MAHU PENYELESAIAN TUNTAS ISU PTI

Sidang hadirin sekalian,

  1. YAB PM, semasa merasmikan Konvesnyen UPKO pada 2009, Dato Seri bertekad untuk melihat satu “penyelesaian tuntas” terhadap isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.
  2. Dua tahun kemudian, pada Jun 2012, akhirnya ia menjadi kenyataan. Masih segar dalam ingatan saya, pengumuman Dato Seri semasa mesyuarat tertutup BN Sabah di Kota Kinabalu.
  3. YAB PM berkata, atas dasar “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya dengan ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.”
  4. Tempoh RCI itu sudah lama berakhir dan laporan sudah pun dibentangkan di Parlimen. Namun, sehingga kini, “penyelesaian tuntas” masih belum kunjung tiba.
  5. Sebaliknya, kita seolah-olah diperlekehkan dengan kekerapan penculikan di perairan kita wal hal ESSCOM sudah bertapak dan disokong dengan ratusan juta ringgit di Pantai Timur.

Hadirin sekalian,

  1. Sumbangan UPKO untuk pendengaran RCI itu cukup terperinci. It is an open record for all to see. UPKO membuat survey dihampir kesemua penempatan PTI di seluruh Sabah. Kita employ enumerators dikalangan PTI sendiri, untuk bertanya kepada responden, sama ada dia memilik kad pengenalan atau tidak. Dan kalau ya, bagaimanakah mereka telah memilikinya? Selepas itu, gambar responden di ambil menggunakan telefon bimbit.
  2. Akhirnya kami rangkumkan jawapan lebih seribu responden, lengkap dengan gambar mereka menjadi 26 buah buku yang telah kami hantar sebagai sebahagian bahan bukti semasa pendengaran awam kepada panel RCI.
  3. Hampir semua responden mengakui bahawa mereka menyeludup memasuki negara kita dan tidak lama kemudian mendapat kad pengenalan Malaysia yang sah tetapi secara rasuah iaitu dengan cara memberi sogokan kepada Pegawai-pegawai sejumlah wang diantara RM1,000 hingga RM10,000 untuk setiap satu kad pengenalan. Selain itu, kita juga mendapat maklumat mengenai Projek IC. (The youtube on Tun M will then be played)

Sidangan hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Oleh sebab perbuatan Tun Mahathir Mohamad seperti yang dia akui sendiri dan dirakam dalam video yang kita nampak tadi, serta fakta-fakta daripada survey kami, UPKO percaya satu-satunya cara untuk menangani isu ini ialah dengan menarik balik semua IC negara yang dikeluarkan di Sabah. UPKO wants all Malaysian ICs issued in Sabah to be recalled.

Setelah diteliti oleh semua pihak yang berkepentingan dan kemudiannya diambil tindakan  yang sewajarnya.

  1. Kalau orang macam saya, pastinya proses penelitian itu memakan hanya beberapa minit sebelum dikeluarkan kembali.
  2. It is doable because we have changed our ICs many times. Yes, it may take some time in some areas but the end result will be the right outcome for all. UPKO is determined to see this through simply because we want our national sovereignty to be upheld and respected without compromise.
  3. Seperkara lagi ialah mengenai IMM 13. UPKO is of the opinion that the government cannot be forever renewing the documents of the some 84,000 holders in Sabah.
  4. The most practical thing to do would be to stop renewing the documents and they will have to go back to their home nation. Sudah terlalu lama mereka di sini. UPKO mahu mereka balik ke negara mereka.
  5. Dan untuk mempertingkatkan lagi kawal selia, serta pencegahan penculikan, UPKO mengesa Kerajaan menggantung serta merta, secara total penggunaan pump boat di perairan kita. Selain daripada itu, aset aset seperti helikopter wajib ditempatkan di ESSCOM supaya our respond time is immediate berbanding kalau aset itu terletak jauh seperti di Labuan dan sebagainya.

PERKONGSIAN KUASA

Sidang hadirin sekalian

  1. Meskipun masih agak lama, Pilihanraya Umum ke -14 sudah hangat diperkatakan; besar kemungkinan kerana khusus bagi Sabah, kita akan ada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang baru.
  2. UPKO kini diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan enam DUN. Kami sudah menggerakkan jentera dan bersiap sedia, kali ini, untuk menang di semua kerusi kami. Pada masa yang sama, UPKO juga mengharapkan pertambahan kerusi berlandaskan prinsip perkongsian kuasa BN.
  3. Kita sudah risik risik dan mengintai empat DUN baru. Apa pun, UPKO berpendapat perkara seperti ini lebih baik dibawa ke meja perundingan BN Sabah dan Pusat.
  4. UPKO juga mahu menegaskan sekali lagi pendirian parti selaras dengan apa yang disuarakan dalam BN suatu ketika dulu, bahawa tidak akan ada satu parti yang bertanding lebih daripada separuh jumlah total kerusi yang dipertandingkan. Moga PRU -14 menjadi titik tolak baru perkongsian kuasa BN bukan sahaja dalam penggagihan kerusi tetapi across the board.
  1. YAB PM, hadirin sekalian, apa yang saya utarakan ini adalah sebahagian rumusan daripada resolusi yang Ibupejabat UPKO terima daripada konvensyen konvensyen di peringkat Zon dan bahagian sejak tiga bulan yang lalu. Kita akan sampaikan resolusi komprehensif UPKO kepada YAB PM dan YAB KM dalam masa terdekat nanti.
  2. YAB Perdana Menteri, UPKO di sini bersama mu kerana Dato Seri konsisten dengan pendekatan wasatiyah atau moderation agenda. Ini terserlah apabila Malaysia mengwujudkan hubungan diplomatik dengan Kota Vatikan pada tahun 2011.
  3. Yang lebih membanggakan kami ialah keputusan YAB Perdana Menteri melantik Presiden Kehormat UPKO, HE TYT Tan Sri Bernard menjadi Duta Besar pertama Malaysia di Vatikan pada April tahun ini. Thank you sir. And congrats to His Excellency. This is another success story of UPKO.
  4. UPKO juga pragmatik dan praktikal dalam sokongan padu kami kepada kepimpinan YAB PM. Kesudian YAB to lend a listening ear memungkinkan komunikasi dua hala yang akhirnya membuahkan hasil yang win win kepada semua.
  5. Kecekalan YAB PM memansuhkan ISA memberikan ruang kepada kami untuk meluahkan rasa hati perihal the Malaysian Agreement 1963 dan banyak lagi perkara lain.

MA63 is something which is very close to our hearts. After all, our founder Tun Fuad was among the key figures during the formulation of the document.

Sesungguhnya, segala perjuangan, semua pencapaian UPKO selama ini adalah pengisian, the fulfilment of the MA63 aspiration. Betul. It is only part fulfilment for now. And worst, ada hal-hal yang termaktub dalam MA63 yang seakan dimansuhkan. UPKO is determined to right the wrong.

  1. Bagi UPKO, we seek no more, no less than what is enshrined in the MA63. And just so everybody is crystal clear, UPKO upholds that Sabah is part of Malaysia, that we are here to stay.
  2. Kita sedar, kebebasan bersuara adalah hak kita dan ini dihormati, juga dihargai oleh YAB PM. Ini jauh sekali berbeza berbanding suatu ketika dulu di zaman Tun Mahathir who reacted to voices and demands for their due by locking them up in Kamunting.
  3. Pemimpin yang sama itu, yang membuat pengakuan mengenai Projek IC, kini menyalahkan YAB PM Najib atas segalanya. Lebih teruk lagi, dia kini adalah dalang di belakang gerakan menentang kerajaan yang dia sendiri terajui selama 22 tahun. Aneh tapi benar. Yang pasti, UPKO tidak mahu bersekongkol dengan siapapun yang bertindak sedemikian.
  4. Dato Seri Najib, cekalkan hati, bulatkan tekad, teguhkan usaha. Teruslah memimpin kami. UPKO tahu, yang mana intan, yang mana kaca. YAB PM, we are in the arena with you. UPKO mohon iringan doa.

Sekian, kounsikou. Selamat bersidang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s