Malaysia towards an International Graphene Innovation Hub / Malaysia ke arah Hab Inovasi Grafen Antarabangsa

I read with great interest that Lisbon is poised to become a tech hub in Europe.The Portuguese capital was reported to boast good infrastructure, dynamic tech community, affordable rents and English fluency among its workforce.South Korea could soon be tech startup hub in Asia. My recent visit to the Gyonggi Innovation Center in Pangyo Techno Valley, about a couple of hours from Seoul, had been nothing but impressive. As they place great emphasis on the “Creative Economy”, South Korea has established 17 such “Centres for Creative Economy and Innovation” across the country.

These centers have so far have nurtured more than 2,800 startups and SMEs, attracted over US$250 million of investments and generated more than 1,300 new jobs!

The Ministry of Science, Technology and Innovation has been tasked to spearhead Malaysia Commercialisation Year 2016.

Our agencies play a major role in laying the foundation for a complete ecosystem of commercialisation activities.

NanoMalaysia Berhad for example, is entrusted with commercialisation activities in nanotechnology.

When we scribble on a piece of paper with a pencil, many would not realise that the pencil core consists of a material that has caught the attention of the scientific community in October 2010.

The hype was due to the 2010 Nobel Prize in Physics being awarded to Andre Geim and Konstantin Novoselov “for groundbreaking experiments regarding the two-dimensional material graphene”.

Graphene is a single layer of graphite that is also found in pencils. Dubbed as a “wonder material”, graphene is well known for its strength, said to be 200 times stronger than steel. It is also the thinnest, most stretchable crystal, and an excellent electrical conductor.

20161108_101548-1

8/11/2016: Launching an industrial ecosystem of Advanced Materials at Graphene Malaysia 2016

It is not always easy to explain what nanotechnology is. Nanotechnology is the ability to manipulate matter at an atomic or extremely small level, therefore it is called “nano”-technology. Since the graphene material is only one-layer thick, the ability to manage it is hence known as “nanotechnology”. Bendable electronics and phones as thin as paper might be available one day thanks to some of graphene’s extraordinary properties. It is transparent and able to transmit almost 98 per cent of light. The possible downstream applications for graphene are numerous; NanoMalaysia has studied its opportunities in new and pre-existing markets, but with a focus on the latter for immediate realisation of its economic value.

Launched two years ago, the National Graphene Action Plan 2020 laid the foundation for Malaysia to catalyse several of its existing and emerging industries to increase global competitiveness through graphene innovations.

The plan’s five priority areas are namely, lithium-ion battery anodes and ultracapacitors, rubber additives, nanofluids (drilling fluids and lubricants), conductive inks, and plastic additives.

Assuming graphene can achieve a tipping point in the performance to cost ratio that would make the material an attractive replacement, it would be a competitive successor. Globally, much of the graphene-related commercial innovation to date has been upstream, with producers developing techniques to manufacture graphene at scale.

There has also been development in downstream sectors, as big players such as Samsung, Bayer, Material Science, BASF and Siemens explore product enhancement with graphene in lithium-ion battery anodes, flexible displays and specialty plastic and rubber composites.

20161108_103151

Datuk Chua Tee Yong, Deputy Minister of Trade, and I being introduced to graphene related products and services.

This action plan aim to spur Malaysia’s graphene-based economy in three years’ time. With an established graphene ecosystem, we would see additional high value applications of graphene.

Malaysia could be an International Graphene Innovation Hub by focusing its efforts on graphene-technology commercialisation instead of expansive research. This entails helping Malaysian companies to develop the initial intellectual property and produce higher quality products for both exports and internal consumption.

The action plan also indicates where in the value chain of the five priority areas graphene could be incorporated as well as identifies the emerging business opportunities within each application. Malaysia’s role in nanotechnology innovation would also be recognised in the upcoming highly anticipated Graphene Malaysia 2016, a global graphene conference that is first of its kind in the country.

We hope that the graphene-fever is spurring local companies to develop their own applications towards zero reliance on international intellectual properties.

Acknowledging that developed countries are already intensifying commercialisation of nanotechnologies, we need to be one of the early adopters of this technology too to ascend the value chain and eventually venture into the international market.

The government could play key facilitation roles to help companies, first by promoting and raising awareness, later in engaging relevant stakeholders and overseeing their joint path to achieve a successful ecosystem.

Yet I could not overemphasise that Malaysia is, and has to, shift towards innovative and high value products.

An innovative economy is the way forward, succeeding a commodity based economy. I therefore call on more businesses to explore the potential of nanotechnology, and parents to encourage their children to have an inquisitive mind in science, technology, engineering and mathematics (STEM) learning. Children and students alike, should be motivated to discover interesting subjects such as nanotechnology outside of the classroom.

Like Portugal and South Korea, Malaysia needs to leverage on its competitive advantage, in the case of graphene – the region’s fierce manufacturing sector – in nurturing itself as a graphene innovation hub.


Malaysia ke arah Hab Inovasi Grafen Antarabangsa

Saya membaca dengan penuh minat bahawa Lisbon sudah bersedia untuk menjadi hab teknologi di Eropah.

Ibu kota Portugal ini dilaporkan gah dengan infrastruktur yang baik, komuniti teknologi yang dinamik, kadar sewa yang berpatutan dan tenaga kerja yang fasih dalam bahasa Inggeris.

Tidak lama lagi, Korea Selatan boleh menjadi hab syarikat tunas yang berteraskan teknologi di Asia. Kunjungan terbaharu saya ke Pusat Inovasi Gyonggi di Lembah Teknologi Pangyo, kira-kira dua jam perjalanan dari Seoul, cukup menarik. Oleh sebab mereka sangat menekankan “Ekonomi Kreatif,” maka Korea Selatan mewujudkan 17 buah “Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi” di seluruh negara.

Pusat-pusat ini setakat ini berjaya melahirkan lebih 2,800 syarikat tunas dan PKS, menarik pelaburan bernilai lebih US$250 juta dan menjanakan lebih 1,300 pekerjaan baharu!

MOSTI diberikan tugas untuk menerajui Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016.

Agensi-agensi kami memainkan peranan utama dalam menyediakan asas untuk ekosistem aktiviti pengkomersialan yang lengkap.

NanoMalaysia Berhad sebagai contoh, diberikan kepercayaan untuk menerajui aktiviti pengkomersialan dalam bidang nanoteknologi.

Tatkala kita mencoret pada sehelai kertas dengan sebatang pensel, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa teras pensel terdiri daripada bahan yang telah menarik perhatian komuniti ahli sains pada Oktober 2010.

Hal ini tercetus apabila Hadiah Nobel Fizik 2010 dianugerahkan kepada Andre Geim dan Konstantin Novoselov atas “uji kaji yang unggul berhubung dengan bahan grafen dwidimensi.”

Grafen ialah lapisan tunggal grafit yang juga terdapat pada pensel. Digelar sebagai “bahan ajaib,” grafen memang diketahui kuat, 200 kali lebih kuat daripada keluli. Grafen juga merupakan kristal paling nipis dan boleh diregangkan serta pengkonduksi elektrik yang sangat baik.

Tidak mudah untuk menerangkan erti nanoteknologi. Nanoteknologi ialah keupayaan untuk memanipulasi bahan pada tahap atom atau pada tahap sekecil-kecilnya; justeru diistilahkan sebagai “nano”-teknologi. Oleh sebab bahan grafen ini hanyalah satu lapis tebalnya, maka keupayaan untuk menanganinya dikenali sebagai “nanoteknologi.”

Pada suatu hari nanti, kita mungkin dapat memiliki alat elektronik dan telefon senipis kertas yang boleh dilentur. Hal ini disebabkan beberapa ciri luar biasa yang ada pada grafen. Grafen adalah lut sinar dan berupaya memancarkan hampir 98 peratus cahaya. Penggunaan hiliran bagi grafen sangat banyak; NanoMalaysia telah mengkaji peluang ini dalam pasaran baharu dan juga pasaran yang sedia ada, namun tumpuan adalah pada pasaran sedia ada kerana nilai ekonominya dapat direalisasikan dalam tempoh yang singkat.

Dilancarkan dua tahun lalu, Pelan Tindakan Grafen Negara 2020 menyediakan asas untuk Malaysia merangsang beberapa industrinya yang sedia ada dan yang memuncul untuk meningkatkan kebersaingan global melalui inovasi grafen.

Lima bidang keutamaan pelan ini ialah anod bateri litium-ion dan ultrakapasitor, bahan tambah getah, nanobendalir (pelincir dan bendalir penggerudian), dakwat konduksi, dan bahan tambah plastik.

Jika grafen dapat mencapai titik ambang dalam nisbah antara prestasi dengan kos yang akan menjadikan bahan itu suatu pengganti yang menarik, maka bahan ini pastinya mampu menjadi pengganti yang kompetitif. Dalam senario global, kebanyakan inovasi komersial berkaitan grafen setakat ini adalah bersifat huluan, iaitu pengeluar membangunkan kaedah untuk menghasilkan grafen pada skala.

Dalam sektor hiliran juga berlaku perkembangan apabila syarikat gergasi, seperti Samsung, Bayer, Material Science, BASF dan Siemens meneroka peningkatan produk dengan grafen dalam anod bateri litium-ion, paparan fleksibel dan komposit getah dan plastik khas.

Pelan tindakan ini bertujuan untuk merangsang ekonomi berasaskan grafen di Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Dengan adanya ekosistem grafen yang mapan, kita akan menyaksikan tambahan penggunaan grafen yang bernilai tinggi.

Malaysia boleh menjadi Hab Inovasi Grafen Antarabangsa dengan menumpukan usahanya pada pengkomersialan teknologi grafen, dan bukannya pada penyelidikan yang terperinci. Dengan demikian, syarikat Malaysia dapat dibantu untuk membangunkan harta intelek awalan dan menghasilkan produk dengan kualiti yang lebih tinggi untuk eksport dan penggunaan dalaman.

Pelan tindakan ini juga menunjukkan pada bahagian mana dalam rantaian nilai lima bidang keutamaan ini grafen dapat dimanfaatkan selain mengenal pasti peluang perniagaan yang sedang muncul dalam setiap penggunaan.

Peranan Malaysia dalam inovasi nanoteknologi juga akan disedari dalam Grafen Malaysia 2016, iaitu sebuah persidangan grafen sedunia yang julung-julung kali diadakan di sini.

Kita mengharapkan demam grafen ini mendorong syarikat tempatan membangunkan penggunaan mereka sendiri dalam usaha untuk tidak lagi bergantung pada harta intelek antarabangsa.

Kita menyedari bahawa negara maju sudah pun memperhebat langkah mengkomersialkan nanoteknologi ini. Sungguhpun begitu, kita juga perlu menjadi antara negara yang terawal menggunakan teknologi ini agar kita dapat mendaki rantaian nilai dan memasuki pasaran antarabangsa akhirnya.

Kerajaan boleh memainkan peranan sebagai pemudah cara yang utama untuk membantu syarikat, pertama sekali dengan menggalakkan dan membangkitkan kesedaran, dan kedua, dengan menarik penglibatan pihak berkepentingan yang relevan dan seterusnya memantau hala tuju mereka untuk mencapai ekosistem yang berjaya.

Malaysia perlu beralih kepada produk yang inovatif dan bernilai tinggi.

Ekonomi inovatif merupakan jalan ke hadapan, menggantikan ekonomi berasaskan komoditi. Oleh itu, saya menyeru agar lebih banyak syarikat meneroka potensi nanoteknologi ini, dan agar ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka memupuk sifat ingin tahu dalam pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Kanak-kanak dan pelajar harus diberikan galakan supaya meneroka bidang yang menarik, seperti nanoteknologi, di luar kelas.

Seperti hab teknologi di Portugal dan Korea Selatan, Malaysia boleh memanfaatkan kelebihan bersaingan yang dimilikinya, dalam kes grafen sebagai sektor pembuatan yang hebat di rantau Asia – dalam memupuk dirinya sebagai hab inovasi grafen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s