Standards as an investment for SMEs / Standard sebagai Pelaburan bagi PKS

This year, we celebrated the 47th World Standards Day on 14th October.The first World Standards Day was celebrated in 1970 and 46 years later, where we are today, I believe the celebration has had a positive impact on our local entrepreneurs as well as Malaysian consumers.Last Sunday Jabatan Standard Malaysia, an agency under the purview of Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), collaborated with Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to organise a “Fun Run” in Cyberjaya. I flagged off the run, and completed the 5 km run, along with a thousand other participants in various categories.

I commend Jabatan Standards for initiating this inaugural run to raise awareness on the importance for businesses to comply with standards, as we are increasingly demanding quality products and services at a competitive price.

The theme for this year “Standards Build Trust” urges businesses to participate actively in ensuring that their products and services comply with the highest internationally recognised standards.

“Trust” has to be earned, and in businesses, it is the ultimate branding enables it to move into international platforms to meet the global demands for quality products and services at competitive prices.

The new economy is a borderless world. Many countries have the interest to expand business worldwide.

With the advent of the information and communication technology, it has never been so easy to trade internationally.

Besides, market access is abundant with the opening of the ASEAN Economic Community (AEC) since the beginning of 2016. We foresee growth in exports within the ASEAN region, which has a population of 650 million thus more entrepreneurs, will benefit from the free flow of goods and services.

Apart from the AEC, the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), which will likely conclude by end of 2016, and the signing of Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) also create more markets for companies to export their products and services through compliance with international standards imposed by economies of these AEC, RCEP and TPPA.

This means more opportunities for the small and medium-sized enterprises (SMEs) in Malaysia, which comprise 645,136 or 97.3 per cent of the total business establishments.

They are concentrated in the services sector (90 per cent), manufacturing (6 per cent) and others (4 per cent); and contributed 35.9 per cent to our country’s Gross Domestic Product (GDP).

However, we really need to ask, “Are Malaysian entrepreneurs ready to benefit from these opportunities and survive in this borderless world?”

In Sabah, according to SME Corp. Malaysia, in 2011 there were 40,884 SMEs, and this number of SMEs was ranked 6th in Malaysia. The rest are Selangor (125,904), Kuala Lumpur (84,679), Johor (68,874), Perak (60,028) and Sarawak (43,830).

It is well noted that Sabah has a robust economy and growing at about 4 per cent annually.

The economy here is still much dominated by the primary sector, consisting of agriculture, forestry, mining and fishing.

A report of the Department Of Industrial Development And Research Sabah shows that the primary sector accounts for about 56 per cent of the state’s total GDP, with agriculture, livestock and fishing contributing 26 per cent; while mining and quarrying contributing 21.6 per cent; and the manufacturing sector accounted for about 8.4 per cent.

Most SMEs in Malaysia including in Sabah do not complying with standards and do not obtain certifications for their products and services. Thus, we are not yet able to position ourselves effectively in the international market.

Even if these entrepreneurs do not intend to expand their business overseas, these SMEs must at least ensure that their businesses would stay relevant to local markets and consumer needs in the face of AEC, RCEP and TPPA.

We have to bear in mind that Sabah is an open economy, thus relying heavily on external trade.

Without regulations and mandates, many entrepreneurs would not insist on obtaining standards and certifications voluntarily as they consider it as an unnecessary cost to their businesses.

They place emphasis on sales and marketing but do not realize that international buyers or joint venture partners also look at quality and standards as a critical criterion.

We have two success stories by entrepreneurs who complied with standards. The first is the seaweed industry in Kampong Look Buton, Semporna, Sabah. This industry has been successfully developed under the MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) programme whereby the seaweed farmers comply with Malaysian Standards MS 2467- Code of Practice for Seaweed Cultivation; and just within two years, the monthly income of each participant of the programme increased from RM 350 to RM 2,500.

Another is Rosfaniaga Services Sdn. Bhd. located in Sarawak. This company sells fish crackers and fish sausage (keropok lekor).

Within two years, the revenue has increased from RM508, 359 to RM 1.9 million by just complying with two Malaysian Standards, that is, MS 1514 – Good Manufacturing Practice (GMP) for Food and MS ISO 22000 – Food Safety Management Systems – Requirements For Any Organisation In The Food Chain.

Thus I strongly advocate the adhering to standards and quality by businesses in accordance with the international requirements and those that have been developed by Jabatan Standards.

Sabah would require relevant certification bodies and more test labs operating locally to meet the entrepreneurs’ local needs for industries that are unique to Sabah.

To date, more than 700 labs and 29 certification bodies throughout Malaysia that are accredited by Standards Malaysia.

I hope more would be accredited in Sabah to serve our industries here better, be it government-owned, private-owned or through the public-private partnership program.

A couple of weeks ago, Sabah state Special Tasks Minister Datuk Teo Chee Kang urged our entrepreneurs to tap into China’s halal market, comprising more than 15 million Muslims.

This opportunity for trading halal products further demonstrates the urgency for Malaysia to have an identity of producing high quality products and services which are reliable and credible.

Malaysian entrepreneurs need to take up the responsibility of producing goods that are safe and of high quality.

The Government can only facilitate but they need to embrace the changes if they want to continue to enjoy the trust of existing and new customers towards their brands.

Once this requirement is met, we can position ourselves strongly in the global market. With standards compliances, we would be competent and would survive in this competitive, borderless world.

As the tagline goes, “Ada standard, untung!”


Standard sebagai Pelaburan bagi PKS

Pada tahun ini, kita menyambut Hari Standard Sedunia ke-47 pada 14 Oktober.

Hari Standard Sedunia ini disambut buat kali pertama pada 1970. Selepas 46 tahun berlalu, pada hari ini, saya percaya bahawa usahawan tempatan kita dan juga pengguna Malaysia tentunya mendapat impak yang positif daripadanya.

Pada Ahad yang lalu, Jabatan Standard Malaysia (JSM), yakni sebuah agensi di bawah MOSTI, berganding bahu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menganjurkan “Fun Run” di Cyberjaya. Saya sendiri melepaskan acara larian sejauh 5km itu, dan turut serta bersama-sama ribuan peserta lain dalam pelbagai kategori.

Saya memuji usaha JSM, atau Standards Malaysia, kerana buat julung-julung kalinya mengadakan acara tersebut untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan syarikat perniagaan tempatan tentang pentingnya mematuhi standard yang ditetapkan kerana semakin ramai pengguna kini mahukan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Tema tahun ini “Standards Build Trust” (Standard Membina Kepercayaan) menyeru agar syarikat terlibat secara aktif dalam memastikan barangan dan perkhidmatan mereka mematuhi standard tertinggi yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Kepercayaan” ini tidak datang bergolek, dan dalam perniagaan, jenama memungkinkan kepercayaan ini mengorak langkah ke pentas antarabangsa untuk memenuhi tuntutan global terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Ekonomi baharu merupakan dunia tanpa sempadan. Banyak negara menaruh hasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.

Dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, aktiviti perdagangan antarabangsa menjadi mudah.

Di samping itu, akses pasaran juga banyak dengan terbentuknya Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) sejak awal 2016. Kita meramalkan pertumbuhan eksport dalam rantau ASEAN. Dengan bilangan penduduknya yang mencecah 650 juta orang, lebih ramai usahawan akan mendapat manfaat daripada aliran bebas barangan dan perkhidmatan.

Selain AEC, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang dijangka ditandatangani pada akhir 2016, dan dengan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) turut mewujudkan lebih banyak pasaran untuk syarikat mengeksport barangan dan perkhidmatan mereka dengan mematuhi standard antarabangsa yang dikenakan oleh negara anggota AEC, RCEP dan TPPA ini.

Hal ini ternyata membuka lebih banyak peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang berjumlah 645,136 atau 97.3 peratus daripada jumlah syarikat perniagaan.

PKS tertumpu pada sektor perkhidmatan (90 peratus), pembuatan (6 peratus) dan lain-lain (4 peratus); dan menyumbangkan 35.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Adakah usahawan Malaysia telah bersedia untuk merebut manfaat daripada peluang ini dan seterusnya maju dalam dunia tanpa sempadan ini?

Di Sabah, menurut Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia), pada 2011, terdapat 40,884 PKS, dan angka ini meletakkan negeri ini di tangga keenam di Malaysia. Lima negeri teratas ialah Selangor (125,904), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (84,679), Johor (68,874), Perak (60,028) dan Sarawak (43,830).

Sabah mempunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang kira-kira 4 peratus setiap tahun.

Ekonomi negeri ini masih dikuasai oleh sektor primer, iaitu yang melibatkan pertanian, perhutanan, perlombongan dan perikanan.

Sebuah laporan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah menunjukkan bahawa sektor primer menyumbangkan kira-kira 56 peratus daripada jumlah KDNK Sabah, dengan pertanian, ternakan dan perikanan menyumbangkan 26 peratus; manakala perlombongan dan pengkuarian, 21.6 peratus; dan sektor pembuatan pula, kira-kira 8.4 peratus.

Kebanyakan PKS di Malaysia, termasuk yang di Sabah, tidak mematuhi standard dan tidak mempunyai sijil perakuan untuk barangan dan perkhidmatan mereka. Oleh yang demikian, kita belum bersedia untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa.

Sungguhpun usahawan PKS ini tidak berhasrat untuk meluaskan perniagaan ke seberang laut, namun mereka harus sekurang-kurangnya memastikan perniagaan mereka terus relevan dengan pasaran tempatan dan keperluan pengguna apabila menghadapi AEC, RCEP dan TPPA kelak.

Kita harus ingat bahawa Sabah merupakan ekonomi terbuka, justeru sangat bergantung pada perdagangan luar.

Tanpa peraturan dan mandat, ramai usahawan tidak akan berusaha untuk mencapai standard dan mendapatkan sijil perakuan secara sukarela kerana menganggap bahawa itu semua menambah kos terhadap perniagaan mereka.

Mereka lebih mementingkan jualan dan pemasaran tanpa menyedari bahawa pembeli antarabangsa atau rakan usaha sama juga melihat kualiti dan standard sebagai kriteria utama.

Di sini terdapat dua kisah kejayaan usahawan yang mematuhi standard yang ditetapkan. Kisah pertama menyentuh industri rumpai laut di Kampong Look Buton, Semporna, Sabah. Industri ini telah dibangunkan dengan jayanya di bawah program MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). Penternak rumpai laut di situ mematuhi Standard Malaysia MS 2467- Kod Amalan Penternakan Rumpai Laut; dan dalam tempoh dua tahun sahaja, pendapatan bulanan setiap peserta program bertambah daripada RM350 kepada RM2,500.

Kisah kedua ialah Rosfaniaga Services Sdn. Bhd. yang terletak di Sarawak. Syarikat ini menjual keropok ikan dan keropok lekor.

Hasil syarikat ini melonjak daripada RM508,359 kepada RM1.9 juta dalam tempoh dua tahun setelah mematuhi dua Standard Malaysia, iaitu MS 1514 – Amalan Pengilangan Baik untuk Makanan dan MS ISO 22000 – Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan – Peraturan untuk Organisasi dalam Rantaian Makanan.

Melihat kepada kisah kejayaan ini, saya menyeru agar PKS Sabah mematuhi standard dan kualiti menurut peraturan antarabangsa dan yang dibentuk oleh Standards Malaysia.

Sabah memerlukan badan pensijilan yang relevan dan lebih banyak makmal ujian yang beroperasi dalam negeri untuk memenuhi keperluan usahawan tempatan bagi industri yang unik kepada Sabah.

Sehingga kini, lebih 700 makmal dan 29 badan pensijilan di seluruh Malaysia yang telah mendapat akreditasi daripada Standards Malaysia.

Beberapa minggu yang lalu, Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Sabah, Datuk Teo Chee Kang menggesa usahawan kita agar meneroka pasaran halal China yang mempunyai penduduk Islam berjumlah lebih 15 juta.

Peluang untuk perdagangan produk halal ini merupakan satu lagi sebab untuk Malaysia bertindak segera melakarkan identiti sebagai pengeluar barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang boleh diharapkan dan dipercayai.

Usahawan Malaysia perlu mengambil tanggungjawab dalam mengeluarkan barangan yang selamat dan berkualiti tinggi.

Saya juga berharap lebih banyak syarikat di Sabah, sama ada milik kerajaan, swasta atau usaha sama awam-swasta, mendapat akreditasi agar dapat memberikan sumbangan yang lebih baik kepada industri negeri ini.

Kerajaan hanyalah sebagai pemudah cara, tetapi mereka perlulah berubah jika mahu terus mendapatkan kepercayaan daripada pengguna baharu dan sedia ada terhadap jenama mereka.

Apabila segala keperluan ini dipenuhi, maka dapatlah kita bertapak kukuh dalam pasaran global. Dengan mematuhi standard ini, kita akan memiliki kecekapan dan mampu mengharungi dunia tanpa sempadan yang penuh dengan persaingan ini.

Seperti slogan yang berbunyi, “Ada standard, untung!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s