Green Growth for Our Cities / Pertumbuhan Hijau untuk Bandar Kita

Nanning is known as the “Green City of China”

A FORTNIGHT ago I was in Nanning, China, for the 4th Forum on China-Asean Technology Transfer and Collaborative Innovation.

“ Welcome to the Green City of China” – I was greeted with this slogan upon my arrival in Nanning.

Situated in southern China, this capital of Guangxi Zhuang Autonomous Region is known for its lush foliage.

It is a city of over seven million population, as compared to the entire Sabah’s 3.8 million.

In nine Chinese cities including Beijing, 90 per cent of the total air pollution is caused by emission from vehicles, industrial production, coal burning and dust. To cope with the population growth, China has been tightening its environmental protection laws.

This measure is boosting the shares of electric vehicle makers. In Nanning, I observe the impressive ubiquitous presence of electric motorcycles and bicycles.

Back home in Malaysia, the government has been supportive of green initiatives. Cohesive Mobility Solution or Comos, the country’s first electric vehicle sharing program, was funded by the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), an agency under the purview of Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), at its start-up stage.

Users can pick up these vehicles at selected LRT stations and public spots. The pick-up locations conveniently act as charging stations too – you unplug the charging cable before the journey and plug it back upon return.

Electric vehicles are dependent on joining technologies of battery cells to produce the optimum power and energy density.

Yet another impressive innovation is a unique and cost-effective non-welding technique for battery assembly in electric vehicles by a Malaysian company, Eclimo.

A recent white paper by Frost & Sullivan shows that the method developed by Eclimo is 67 per cent superior to the ultrasonic welding, which is the industry standard method used by companies such as Tesla and Cadillac in producing their batteries.

Impressively, Eclimo has leased almost 270 electric scooters incorporating these battery cells to fast food outlet KFC for delivery services.

The local municipal authorities in Penang and Melaka have also adopted this green mode of transport for their enforcement officers. In Penang and Pahang, tourists could rent them to explore the attractions in an eco-friendly manner.

In Cambodia where heritage sites like Angkor Watt are located, these Malaysian made environmental-friendly and energy efficient electric scooters are increasingly replacing the 10,000 units of taxis serving four million tourists a year in the Angkor Watt area.

Earlier this year it was reported that a hundred units would be sold to Cambodia. It would be fascinating to see electric “Tuk Tuk” ferrying tourists in the area, which would also limit the air pollution impact to this world tourism attraction.

Adding to our achievements in electric vehicles, MOSTI has also funded Voltron, a company that innovated electric pedal-assisted bicycles, at its pre commercialisation and commercialisation stages.

Under the Sikal Elektrik Rakyat 1 Malaysia (SER1M) program, Voltron is deploying over a thousand units of these electric bicycles to six local universities. Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Subang Jaya and Majlis Perbandaran Petaling Jaya would also be using these innovative bicycles.

14311463_1133189056761441_5261352034292562261_o

With other ministers and delegates at the 4th Forum on China-ASEAN Technology Transfer and Collaborative Innovation.

Meanwhile, NanoMalaysia Berhad, also an agency under MOSTI, is strategically leading the nanotechnology revolution in the clean technology sector, making cleaner energy accessible to everyone.

We could use nanotechnology, defined as the technology to manipulate materials at the atomic level, to re-design the tools to harvest energy from sunlight, bio-mass, waste and even water with higher precision, which in turn leads to higher efficiency and productivity.

The world is predicted to be no longer depending on fossil fuel as both energy and economic sources in the next century.

In anticipation, Malaysia through the National Key Economic Areas Electrical & Electronics’ Entry Point Project 20, “Enabling Industries for Nanotechnology”, focuses on building up renewable energy and solar power capacities, further developing sustainable resources which are expected to contribute RM 457.5 million in GNI four years from now.

Since Asia is the world’s largest emitter of carbon, Malaysia can leverage on the breakthroughs in nanotechnology and take a leading role in turning the situation into a higher and inclusive national income through renewable cleaner energy technology.

We are gearing towards decarbonising the economic growth.

14379607_1133189090094771_2952219321414660486_oDelivering my speech at the forum.

In this coming 4th Industrial Revolution, one effective and attractive way to turn a window into a power-generating device is through the use of dye-sensitized solar cell (DSSC) – the 3rd generation photovoltaic technology that could use both natural and artificial light to generate electricity.

Imagine the vast amount of windows on skyscrapers and office buildings in our cities being transformed into power generating devices that can power the whole nation.

Integrating buildings with DSSC technology will turn a building into a self-generating power station and help reduce the building’s energy footprint.

DSSC is usually used on windows because it generates electricity during the day using sunlight and at night, uses fluorescent lamps in the buildings. In other words, DSSC enables windows and rooftops to convert sun light into electricity from dawn till dusk.

DSSC is cheaper as it is made from low-cost materials and does not require elaborate apparatus in its manufacturing process. Global DSSC market value was estimated to be at USD 49.6 million in 2014 and is estimated to grow at a compound annual growth rate of over 12 per cent from 2015 to 2022.

Mosti is further developing flexible DSSC technology, pursued by Centre of Innovative Nanostructures & Nanodevices, Universiti Teknologi PETRONAS, with NanoMalaysia as the key commercialisation partner.

Malaysia is entering the graphene enhanced lithium-ion battery industry thus the National Graphene Action Plan 2020 programme could complement the National Automotive Policy, a policy that aims to turn Malaysia into a regional automotive hub in Energy Efficient Vehicles.

Our target is to have 85 per cent of total vehicles produced in Malaysia in 2020 to be Energy Efficient Vehicles.

The industry’s revenue potential from establishing production of graphene-enabled automotive lithium-ion batteries could reach RM 3.5 billion in four years.

Back in Nanning, as our vehicle carefully navigated around the moving chicanes created by dozens of electric bikes on the road, I envisioned our own cities to adopt this green growth approach too.

We must shift from a “grow first, clean up later” development model towards one that views resilient, low-emission, resource-efficient and socially inclusive development as an upfront investment that would yield gains in generations to come.


Pertumbuhan Hijau untuk Bandar Kita

Dua minggu lalu, saya berada di Nanning, China, untuk menghadiri Forum Pemindahan Teknologi dan Inovasi Usaha Sama China-ASEAN yang ke-4.

“Selamat Datang ke Bandar Raya Hijau China” – demikianlah slogan yang menyambut saya ketika tiba di Nanning.

Terletak di selatan China, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang ini sememangnya terkenal dengan pohon-pohon hijau yang menghiasinya.

Bandar raya Nanning dihuni oleh lebih tujuh juta penduduk sedangkan jumlah penduduk Sabah hanya 3.8 juta orang.

Di sembilan bandar raya China, termasuk Beijing, 90 peratus daripada jumlah pencemaran udara adalah disebabkan pelepasan asap daripada kenderaan, aktiviti perindustrian, pembakaran arang batu dan habuk. Untuk menangani pertumbuhan penduduk, China mula mengetatkan undang-undang perlindungan alam sekitarnya.

Langkah ini meningkatkan saham pembuat kenderaan elektrik. Di Nanning, saya melihat kehadiran motosikal dan basikal elektrik yang bertali arus.

Di negara kita pula, kerajaan memberikan sokongan padu kepada program hijau. Cohesive Mobility Solution atau Comos, program kongsi kenderaan elektrik pertama negara, didanai oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), yakni sebuah agensi di bawah MOSTI.

Pengguna boleh mendapatkan kenderaan ini di stesen LRT dan lokasi awam terpilih. Lokasi kenderaan ini juga berfungsi sebagai stesen pengecasan – anda hanya perlu mencabut palam untuk menggunakan kenderaan itu dan memasang kembali palam tersebut selepas memulangkannya.

Kenderaan elektrik bergantung pada gabungan teknologi sel bateri untuk menghasilkan ketumpatan tenaga dan kuasa yang optimum.

Satu lagi inovasi hebat ialah teknik tanpa kimpalan yang unik dan berkesan kos untuk pemasangan bateri pada kenderaan elektrik oleh sebuah syarikat Malaysia, iaitu Eclimo.

Sebuah kertas putih daripada Frost & Sullivan baru-baru ini menyatakan bahawa kaedah yang dibangunkan oleh Eclimo ini adalah 67 peratus lebih baik daripada pengimpalan ultrasonik yang merupakan kaedah standard industri yang digunakan oleh syarikat seperti Tesla dan Cadillac untuk menghasilkan bateri.

Eclimo telah memajakkan hampir 270 skuter elektrik yang menggunakan sel bateri jenis ini kepada restoran makanan segera KFC untuk perkhidmatan penghantaran mereka. Ini pencapaian yang mengagumkan.

Pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang dan Melaka juga mempraktikkan kaedah pengangkutan hijau ini untuk pegawai penguat kuasa mereka. Di Pulau Pinang dan Pahang, pelancong boleh menyewa kenderaan hijau untuk menerokai tempat menarik tanpa mencemar alam sekitar.

Di tapak-tapak warisan di Kemboja, seperti Angkor Watt, skuter elektrik buatan Malaysia yang mesra alam dan cekap tenaga ini mula menggantikan penggunaan 10,000 teksi yang memberikan perkhidmatan kepada empat juta pelancong setahun di kawasan Angkor Watt.

Pada awal tahun ini, dilaporkan bahawa sebanyak seratus unit skuter elektrik ini dijual kepada Kemboja. Tentulah sesuatu yang menarik apabila melihat tuk tuk elektrik membawa pelancong ke sana sini di kawasan itu. Penggunaannya juga akan mengurangkan kesan pencemaran udara di lokasi pelancongan yang masyhur di dunia itu.

Menambah kepada pencapaian kita dalam penghasilan kenderaan elektrik adalah apabila MOSTI membantu Voltron, iaitu sebuah syarikat yang menginovasi basikal dengan kayuhan bantuan tenaga elektrik, pada peringkat prapengkomersialan dan pengkomersialan.

Di bawah program Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M), Voltron mengagihkan lebih seribu unit basikal elektrik ini ke enam universiti tempatan. Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga dijangka menggunakan basikal yang inovatif ini.

Sementara itu, NanoMalaysia Berhad, juga sebuah agensi di bawah MOSTI, menerajui revolusi nanoteknologi dalam sektor teknologi bersih, justeru memungkinkan setiap orang menggunakan tenaga yang lebih bersih.

Nanoteknologi ini juga boleh digunakan untuk mereka bentuk semula peralatan untuk menuai tenaga dari cahaya matahari, biojisim, bahan buangan dan malah, air dengan kejituan yang lebih tinggi. Dengan itu, kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi dapat dicapai.

Dunia diramal tidak akan bergantung lagi pada bahan api fosil sebagai sumber tenaga dan ekonomi pada abad akan datang.

Malaysia menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara bagi Projek Titik Mula Elektrik & Elektronik 20, “Mengupayakan Industri untuk Nanoteknologi,” yang memfokuskan pembinaan keupayaan kuasa suria dan tenaga boleh baharu, dijangka memajukan lagi sumber mampan yang dijangka menyumbangkan RM457.5 juta KNK empat tahun dari sekarang.

Memandangkan Asia paling banyak melepaskan karbon di dunia, maka Malaysia boleh memanfaatkan pencapaian cemerlangnya dalam nanoteknologi dan mengambil peranan utama dalam mengubah situasi ini menjadi pendapatan negara yang lebih tinggi dan terangkum melalui teknologi tenaga boleh baharu yang lebih bersih.

Kita sedang mengorak langkah ke arah menyahkarbonkan pertumbuhan ekonomi.

Menjelang Revolusi Perindustrian Keempat, satu cara yang berkesan dan menarik untuk mengubah jendela menjadi peranti penjana kuasa adalah melalui penggunaan sel suria peka pencelup (dye-sensitized solar cell atau DSSC) – teknologi fotovoltan generasi ketiga yang dapat menggunakan cahaya semula jadi dan cahaya buatan untuk menjanakan tenaga elektrik.

Bayangkan ribuan jendela pada pencakar langit dan bangunan pejabat di bandar-bandar kita ditukar menjadi peranti penjana kuasa yang berupaya menghasilkan tenaga untuk kegunaan seluruh negara.

Mengintegrasikan bangunan dengan teknologi DSSC akan mengubah sesebuah bangunan menjadi stesen kuasa jana sendiri dan seterusnya membantu mengurangkan jejak tenaga (energy footprint) bangunan tersebut.

DSSC lazimnya digunakan pada jendela kerana sel ini menjanakan tenaga elektrik pada siang hari dengan menggunakan cahaya suria dan pada malam hari pula, menggunakan lampu pendarfluor pada bangunan tersebut. Kaedah ini membolehkan jendela dan bumbung menukar cahaya suria menjadi tenaga elektrik dari fajar hingga senja.

DSSC lebih murah kerana sel ini diperbuat daripada bahan berkos rendah dan tidak memerlukan perkakas yang banyak dalam proses penghasilannya. Nilai pasaran global bagi DSSC ini dianggarkan US$49.6 juta pada 2014 dan dijangka bertambah pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak lebih 12 peratus dari 2015 hingga 2022.

MOSTI sedang berusaha untuk memajukan lagi teknologi DSSC yang fleksibel ini melalui Pusat Inovatif Nanostruktur dan Nanoperanti, Universiti Teknologi PETRONAS, dengan NanoMalaysia sebagai rakan pengkomersialan yang utama.

Malaysia sedang memasuki industri bateri litium-ion yang berkuasa grafen. Maka, program Pelan Tindakan Grafen Negara 2020 mampu menjadi pelengkap kepada Dasar Automotif Negara, iaitu sebuah dasar yang bermatlamat untuk mengubah Malaysia menjadi hab automotif serantau dalam bidang Kenderaan Cekap Tenaga.

Sasaran kita adalah untuk melihat 85 peratus daripada jumlah kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia pada 2020 merupakan Kenderaan Cekap Tenaga.

Potensi hasil industri ini daripada pengeluaran bateri litium-ion kenderaan berkuasa grafen boleh mencecah RM3.5 bilion dalam tempoh empat tahun.

Kembali kepada kisah Nanning tadi, ketika kenderaan kami dipandu berhati-hati mengelilingi puluhan motosikal dan basikal elektrik yang membentuk aliran bengkang-bengkok di situ, saya membayangkan bandar-bandar kita turut mempraktikkan pendekatan pertumbuhan hijau seumpama itu.

Kita mesti beralih daripada model pembangunan “pertumbuhan dahulu, pembersihan kemudian” (grow first, clean up later) kepada model yang menjadikan pembangunan yang berdaya tahan, kurang pelepasan asap, cekap tenaga dan terangkum dari segi sosial sebagai pelaburan langsung yang akan menguntungkan generasi akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s