Making the Bioeconomy Inclusive / Mewujudkan Keterangkuman dalam Bioekonomi

Last week, I had the privilege of meeting with Noble Peace Laureate, Professor Muhammad Yunus who revolutionised banking for the poor through Grameen Bank that he founded in his home country Bangladesh.

We were attending the three-day Pangkor International Development Dialogue 2016 in Ipoh to deliver the keynote addresses, hence I managed to sit down and exchange views with this humble man.

Although I was meeting him for the first time his down-to-earth personality made me feel like I have known him for so many years.

We talked for just over 30 minutes at a small meeting room in the event venue, Casuarina@Meru but that brief meeting deeply inspired me.

Prof Yunus pioneered the concept of micro-financing and micro-crediting – a form of banking service to grant the underprivileged access to quality banking services.

This idea grew from his observation and concern for the poor, and he believed that to help alleviate them from poverty, they have to be empowered with financial principles and be granted small loans.

As conventional banks did not cater to their needs, Prof. Yunus founded Grameen Bank in 1967 to research on how a new system could provide banking services to the marginalised, which we would later come to recognise this new funding mechanism as microfinancing.

This model had since benefited millions of people not only in Bangladesh but other countries, and had inspired over a hundred developing countries to follow suit. Closer to home, the micro-credit programme implemented by Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) is in fact a mirror of Prof Yunus’ model.

Since its establishment in 1987, Amanah Ikhtiar has given out loans of more than RM15 billion to over 382,178 borrowers with 72, 246 of them going to Sabahans – the most compared to any other states in Malaysia.

Prof Yunus and Grameen Bank were rightfully awarded the Nobel Peace Prize for 2006 for their work in “creating economic and social development from below.”

Prof Muhammad Yunus.jpgWith Prof. Muhammad Yunus at the Pangkor International Development Dialogue 2016.

During the meeting, I expressed that I too, believe in a “People’s Economy”, as supported by the government and laid out in the Eleventh Malaysia Plan, where we empower the people and place emphasis on societal development through various specific programmes.

The Bioeconomy Community Development Programme (BCDP) is one such programmes that promote inclusiveness in the economy.

It is an initiative of Bioeconomy Corporation, an agency under the purview of the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), and by being inclusive; it leads to growth and wealth that can be distributed in a socially and economically equitable manner.

It was a mandate given by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak himself as announced in Budget 2014 where the Government would implement the BCDP and under the programme, idle lands would be developed through the application of biotechnology as well as for contract farming to increase the value-added of the agro-based industry and income of farmers.

Projects from the BCDP could also elevate the household income of the lowest 40 per cent group (B40) and help them develop bio-agropreneurial skills.

In line with a people-centric economy, BCDP was designed to enlist rural farmers and the farming community to supply raw materials to biotechnology companies to create novel, innovative and high value-added bio-based products.

The BCDP is not a new concept of getting people to venture into farming, but the partnership between farmers and BioNexus status companies, a special status awarded to qualified international and Malaysian biotechnology companies that entitles them to certain support, is a unique one.

Farmers and their cooperatives or associations would leverage on funds from BCDP for trainings and essential farming purchases.

The involvement of anchor BioNexus status companies would allow for a buy-back guarantee arrangement with farmers, and informing them on what crops to grow, and their pricings in the market.

Simultaneously, these anchor companies would have a consistent supply of raw materials for the downstream development of bio-based products.

5h

Mechanism of BCDP.
Source: Bioeconomy Corporation

This concept of cooperatives meanwhile, is not hard to digest. The cooperatives in BCDP are commercial organisations owned by farmers to collectively sell their farm produce. It allows growers to accomplish collective functions they could not achieve on their own.

Such collaborations with other producers empower them in the marketplace where large agribusiness, clients of their produce, usually have the last say.

Producers would now have stronger negotiation power over their sales as they bypass one or more middlemen, subsequently raising their incomes.

Another hallmark of the BCDP is the application of bio-based technologies, a distinct advantage over conventional contract farming.

The adoption of bio-based technologies, tools and other high-tech farming technologies in current agricultural practices would enable farmers to improve their yields, standards and productivity.

As a result, BCDP projects can be executed more efficiently compared to conventional farming as less time is needed in managing the crops.

From an economic perspective, the programme is deemed to contribute to an additional income of RM4,500 per month per farmer. To date the BCDP has directly impacted 747 farmers and indirectly 3,586 people.

For the private sector, the BCDP programme is expected to increase the incomes of BioNexus status companies and BTP Trigger Projects to an average of RM 4.5 million per year per company, through the sustainable supply of raw materials by these farmers and reduce import substitution with savings up to RM 0.45 million per year per company.

Synergy is the key to cost-saving in BCDP. BCDP is part of the National Blue Ocean Strategy (NBOS) initiative, as it applies the NBOS principles of “high-impact, low cost, rapid execution”. Through collaboration with the public and private sector, BCDP projects are carried out at minimal cost.

The bee farming project in Kuala Linggi for example, is implemented with collaboration with MARDI Research Station.

The minimal cost enables Persatuan Penternak Madu Lebah Komersial Kuala Linggi to maximise its profit while leveraging on the abundance of food source for bees from the Acacia and Melaleuca trees located at the project site.

The involvement of BioNexus status companies and Biotechnology Transformation Programme (BTP) Trigger Projects also greatly reduce other operational costs such as for land clearing, procurement of equipment and training fees.

In Sabah, BCDP could certainly capitalise on the state’s abundant natural resources to produce value-added food and specialty products based on botanicals, aquatic plants and fauna.

Some BCDP projects that are in the pipeline in Sabah include seed production and bee farming in Kimanis, and shrimp aquaculture in Pitas.

A notable is the expansion of the Shiitake mushroom production facility by Koperasi Pembangunan Desa via Agrodesa Sdn Bhd.

The BCDP essentially reflects a model of inclusiveness and sustainability, even in the midst of an agricultural transformation and in the new economy.

It opens up a new avenue for wealth generation by elevate the socio-economic status of the rural communities.

I certainly hope that the success of these pilot projects in Sabah could encourage more participation in the BCDP.

This article was also published in the Daily Express Sabah on Sunday 11th September 2016.


Mewujudkan Keterangkuman dalam Bioekonomi

Pada minggu lalu, saya berasa bertuah kerana berpeluang menemui Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Profesor Muhammad Yunus yang telah merevolusikan sistem perbankan untuk golongan miskin melalui Grameen Bank yang ditubuhkan oleh beliau di negara kelahirannya, Bangladesh.

Kami dijemput menghadiri Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor 2016 selama tiga hari di Ipoh untuk menyampaikan ucapan dasar. Saya berpeluang duduk bersama-sama tokoh yang suka merendah diri ini untuk bertukar-tukar pandangan.

Kami hanya dapat berbicara kira-kira 30 minit di dalam sebuah bilik mesyuarat kecil yang bertempat di Casuarina@Meru. Meskipun singkat, namun pertemuan itu memberikan inspirasi yang mendalam kepada diri saya.

Profesor Muhammad Yunus merintis konsep mikropembiayaan dan mikrokredit, iaitu suatu bentuk perkhidmatan perbankan yang membolehkan golongan tidak mampu mendapatkan khidmat perbankan yang berkualiti.

Idea baharu ini tercetus daripada pemerhatian dan keprihatinan beliau terhadap nasib golongan miskin. Beliau percaya bahawa untuk mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan, mereka harus diperkasakan dengan prinsip kewangan dan diberikan pinjaman kecil.

Memandangkan bank konvensional tidak dapat membantu mereka dalam hal ini, maka beliau menubuhkan Grameen Bank pada 1967 untuk mengkaji pelaksanaan sistem baharu yang dapat memberikan perkhidmatan perbankan kepada golongan terpinggir. Kaedah pendanaan ini kemudiannya dikenali sebagai mikropembiayaan.

Kaedah baharu ini telah memberikan manfaat kepada berjuta-juta orang, bukan sahaja di Bangladesh, tetapi juga di negara lain. Kaedah ini turut dicontohi oleh lebih seratus negara membangun. Di Malaysia, program mikrokredit yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia sebenarnya mengikut kaedah beliau.

Sejak ditubuhkan pada 1987, Amanah Ikhtiar telah memberikan pinjaman bernilai lebih RM15 bilion kepada lebih 382,178 peminjam. Seramai 72,246 daripada peminjam ini adalah dari Sabah, bilangan paling ramai berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sewajarnyalah Profesor Muhammad Yunus bersama Grameen Bank dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan bagi 2016 atas sumbangan “mencetuskan pembangunan ekonomi dan sosial dari bawah.”

Dalam pertemuan itu, saya turut menyuarakan keyakinan saya terhadap “Ekonomi Rakyat,” seperti yang didukung oleh kerajaan dan dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang memperkasakan rakyat dan menekankan pembangunan masyarakat melalui pelbagai program khas.

Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP), sebuah inisiatif Bioconomy Corporation, adalah antara program seumpama ini yang memacu keterangkuman dalam ekonomi.

Dengan adanya keterangkuman, program ini membawa kepada pertumbuhan dan kekayaan yang dapat diagihkan secara saksama dari segi sosial dan ekonomi.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2014, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak sendiri memberikan mandat kepada program ini untuk dilaksanakan oleh kerajaan. Melalui program ini, tanah-tanah terbiar akan dibangunkan dengan menggunakan bioteknologi. Program ini juga melibatkan perladangan kontrak. Semuanya adalah untuk meningkatkan nilai tambah industri berasaskan pertanian dan pendapatan pekebun.

Projek-projek daripada BCDP juga mampu meningkatkan pendapatan isi rumah bagi kumpulan 40 peratus terendah (B40) dan membantu mereka membangunkan kemahiran keusahawanan dalam biopertanian.

Selaras dengan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat, BCDP diwujudkan untuk menarik penyertaan pekebun luar bandar dan komuniti perladangan untuk membekalkan bahan mentah kepada syarikat bioteknologi, justeru bioproduk yang inovatif dan mempunyai nilai tambah yang tinggi dapat dihasilkan.

BCDP bukanlah sebuah konsep baharu yang menarik penyertaan rakyat dalam bidang perladangan. Program ini yang merupakan perkongsian antara pekebun dengan syarikat berstatus BioNexus, iaitu status istimewa yang diberikan kepada syarikat bioteknologi Malaysia dan antarabangsa yang layak diberikan sokongan tertentu, adalah unik.

Pekebun dan koperasi atau persatuan mereka akan dibantu dengan dana daripada BCDP untuk tujuan latihan dan pembelian keperluan asas perladangan.

Penglibatan syarikat berstatus BioNexus ini memberikan jaminan beli balik kepada pekebun selain memaklumkan mereka tentang jenis tanaman yang perlu ditanam dan harganya di pasaran.

Dengan cara ini juga, bekalan bahan mentah untuk pembangunan hiliran produk biopertanian syarikat ini terjamin.

Sementara itu, konsep koperasi dalam program ini tidak sukar untuk difahami. Koperasi dalam BCDP merupakan organisasi komersial milik pekebun untuk menjual hasil pertanian mereka secara kolektif. Fungsi kolektif tentunya tidak dapat dicapai jika mereka bertindak secara bersendirian.

Usaha sama sedemikian dengan pekebun lain akan memperkasakan mereka dalam pasaran yang biasanya ditentukan oleh syarikat besar yang membeli hasil pertanian mereka.

Pekebun kini mempunyai kuasa rundingan yang lebih kuat terhadap jualan mereka kerana orang tengah tidak lagi dapat memainkan peranan, justeru pendapatan pekebun akan meningkat.

Satu lagi ciri istimewa BCDP ialah penggunaan teknologi berasaskan bio yang ternyata memberikan kelebihan besar berbanding dengan perladangan kontrak konvensional.

Penggunaan peralatan dan teknologi berasaskan bio serta teknologi perladangan berteknologi tinggi yang lain dalam amalan pertanian semasa akan membolehkan pekebun menambah baik hasil, standard dan produktiviti mereka.

Kesannya, projek BCDP dapat dilaksanakan dengan lebih cekap berbanding dengan perladangan konvensional kerana masa untuk mengurus tanaman dapat dijimatkan.

Dari sudut ekonomi, program ini dilihat menyumbangkan pendapatan tambahan sebanyak RM4,500 sebulan bagi setiap pekebun. Sehingga kini, BCDP telah memberikan manfaat secara langsung kepada 747 pekebun dan manfaat secara tidak langsung kepada 3,586 orang.

Bagi sektor swasta pula, program BCDP dijangka melonjakkan pendapatan syarikat berstatus BioNexus dan Projek Pencetus BTP (BTP Trigger Projects) kepada purata RM4.5 juta setahun bagi setiap syarikat, menerusi pembekalan bahan mentah yang mampan daripada pekebun ini dan mengurangkan penggantian import dengan penjimatan sehingga RM0.45 juta setahun bagi setiap syarikat.

Sinergi ialah kunci kepada penjimatan kos dalam BCDP. BCDP adalah sebahagian daripada inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kerana program ini menerapkan prinsip NBOS, iaitu “impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas.” Menerusi usaha sama dengan sektor awam dan swasta, projek BCDP dijalankan dengan kos yang minimum.

Projek ternakan lebah di Kuala Linggi misalnya, dijalankan dengan kerjasama Stesen Penyelidikan MARDI.

Dengan kos yang minimum ini, Persatuan Penternak Madu Lebah Komersial Kuala Linggi dapat memaksimumkan keuntungan selain memanfaatkan sumber makanan yang banyak untuk lebah yang datang daripada pokok Akasia dan Melaleuka yang tumbuh di tapak projek.

Penglibatan syarikat berstatus BioNexus dan Projek Pencetus Program Transformasi Bioteknologi (BTP) turut mengurangkan dengan banyaknya kos operasi yang lain, seperti kerja pemugaran tanah, pembelian peralatan dan yuran latihan.

Di Sabah, BCDP tentulah dapat memanfaatkan sumber asli negeri itu yang sememangnya kaya untuk menghasilkan makanan nilai tambah dan produk khas berasaskan botani, tumbuhan akuatik dan fauna.

Di Sabah, antara projek BCDP yang akan dilaksanakan ialah pengeluaran biji benih dan penternakan lebah di Kimanis, dan akuakultur udang di Pitas.

Satu usaha yang wajar disebut di sini ialah peluasan premis pengeluaran cendawan Shiitake oleh Koperasi Pembangunan Desa melalui Agrodesa Sdn Bhd.

BCDP benar-benar mencerminkan sebuah model keterangkuman dan kemampanan walaupun berada di tengah-tengah transformasi pertanian dan ekonomi baharu.

Program ini ternyata membuka jalan baharu ke arah menjanakan kekayaan dengan mengangkat status sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Saya benar-benar berharap bahawa kejayaan projek rintis di Sabah ini akan menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam BCDP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s