MAJLIS ULANGTAHUN KE-22 UPKO

Ucapan
YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau
SEMPENA MAJLIS ULANGTAHUN KE-22 UPKO
8 Ogos 2016, Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang
ORANG KITA, KOMUNITI KITA, VISI KITA

Mukadimah

  1. Saudara-saudari seperjuangan yang saya hormati sekalian,
    Hari ini, kita berkumpul untuk sama-sama merayakan ulangtahun ke 22 parti, sejak kita menghembuskan nafas baru kepada Parti Demokratik Sabah.
  2. Asasnya ialah, selepas kekalahan 10 daripada 12 calun PDS dalam Pilihanraya Umum Negeri 14 Mac 1999, selaku Think PDS, saya merasa sangat sedih dan kecewa.  Saya tidak balik rumah; tetapi duduk di Pejabat hingga malam, memikirkan segalanya. Lalu saya menulis surat kepada Presiden, Tan Sri Bernard Dompok, kenapa kita kalah dan apa way forward kita. Saya cakap, “Kita kalah sentiment. Yes, development we have delivered but sentiment is not on our side. Therefore, we have to rebrand ourselves. We have to revive UPKO.”
  3. Tan Sri Bernard agreed. Yet he kept it under wrap until three weeks before the PDS Congress. And he was the one who chooses the 8899 as the date of that historic Congress. And the reason why we are here tonight.
  4. Peristiwa bersejarah itu masih begitu segar dalam ingatan saya, seolah-olah baru kelmarin ia terjadi. I had sleepless nights during the days nearing the momentuous occassion. Terlari ke sana, berkejar ke sini; memerah otak; berkomunikasi dengan Tan Sri Bernard dan kepimpinan tertinggi PDS, agar setiap perancangan menjadi realiti.
  5. On the actual day itself, di Shangri La Tanjung Aru Resort, pelbagai emosi berkecamuk, bergelumang menjadi satu. Sebak hati. Terharu. Saya menahan diri daripada mengalirkan air mata, terutama sekali di kala bendera PDS di turunkan, dan Kinabalu kita kibarkan kembali.
  6. Saat itu, at that very moment, seolah olah ruang itu turut dihadiri oleh Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Mojuntin, GS Sundang dan semua founding memberi of the party.
  7. Untuk seketika, perjuangan komuniti kita sejak sebelum pembentukan Malaysia, came flashing before my eyes. Sunduan, semangat patriotisme masyarakat Momogun sememangnya an open secret for all to see.
  8. But to refresh our minds and hearts, United Pasok Momogun Kadazan Organisation (Upko) wujud pada Mei 1964 hasil pergabungan United National Kadazan Organisation (UNKO yang ditubuhkan pada 26 Mac 1961) dan Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun (Pasok Momogun yang ditubuhkan pada Januari 1962). Orang Kita; Komuniti Kita; Visi Kita. All in one. United.
  9. Namun, kekalahan dalam pemilihan pihak berkuasa tempatan pada tahun 1967 menyebabkan pembubaran wadah perjuangan kita. Pisompuruan retak. Sunduan kita berkecai; thrown into the wilderness of politics.
  10. Betul, semangat itu, sunduan itu,  seolah dipulihara dalam era Usno, namun, on benefit of hindsights, ia hanyalah satu mirage. Our restless souls were yearning for our own political umbrella, wadah kita sendiri. Dalam era Berjaya pun, kita tercari-cari; terutama sekali selepas tragedi 6 Jun 1976.
  11. Kita umpama insan mengantuk, disorongkan bantal. Anehnya, kita terlelap tetapi kita hanya tidur-tidur ayam. Hingga satu saat, kita dibangunkan oleh mimpi yang seram.
  12. Kita bingkas, melompat bangun dan mengejar impian. Bermula 1985, komuniti kita, sunduan tokou were on cloud nine. The people were with us. Ini terserlah melalui kemenangan land slide dalam pilihanraya umum terutama pada 1990 meskipun kita keluar daripada Barisan Nasional dan menjadi pembangkang in as far as the federal government is concerned.
  13. Sayang seribu sayang, may be it was never meant to be. Walau orang kita nampak happy, komuniti tokou kelihatan gagah, kenyataannya, jiwa tulun tokou berkecamuk; restless.
  14. Meski masih tertatih tatih – termasuk mengalami keperitan kerana kekalahan Tan Sri Bernard walau ketika itu dia adalah Ketua Menteri Sabah – semua itu mengajar, malah memaksa kita untuk membuat soul searching. Komuniti kita yang sudah sesat di hujung kembara; sewajarnya balik ke pangkal perjuangan.
  15. Sekali imbas, senario PRU pada 1994 bagai membawa hikmah, dan lanjutannya, Resolusi Sri Gaya 14 Mac 1994 mencetuskan fenomena baru dalam arena politik tokou. Justeru, 8899 menjadi tarikh keramat. UPKO is back. Upko is in the House. Orang kita; komuniti kita – walau begitu slow namun steady – beroleh damai. We have found our home. UPKO.
  16. Tan Sri Bernard pernah berkata, I want this party to outlive me. Saya secara peribadi merasa sangat sedih kerana Presiden Kehormat kita tidak dapat bersama kita saat ini. Namun, truth be told, saya percaya he is all smile right now.
  17. Tan Sri Bernard – yang sinonim dengan UPKO – adalah kebanggaan kita. Dia kini Duta Malaysia di Kota Vatikan; di Roma, Itali,  yakni pusat pentadbiran agama Kristian yang dianuti oleh lebih dua billion umat di seantero dunia. Mari beri tepukan gemuruh, a standing ovation, untuk Tan Sri Bernard.
  18. Rasanya, tidak keterlaluan bila saya andaikan, Tun Fuad Stephens, Datuk Peter Mojuntin tersenyum lebar melihat pencapaian Tan Sri Bernard; dan UPKO. The rest, as is often said, is HISTORY; sejarah orang kita, komuniti kita; visi kita.
  19. Setelah UPKO dihidupkan kembali, saya telah mengilhamkan “Tujuh Ideologi Perjuangan UPKO” yang berpaksikan kepada semangat MISOMPURU TOKOU WAGU sebagai landasan mencapai wawasan status Bangsa Maju untuk Orang Kita melalui wadah keharmonian, politk perkongsian kuasa, politk setiakawan dan politik perpaduan Barisan Nasional. Semua itu, kini sudah menjadi intipati dan kepercayaan UPKO.
  20. Berlandaskan perlembagaan parti dan tujuh ideologi itu, parti kita ini boleh mendabik dada kerana memungkinkan pelbagai impian komuniti kita tercapai.
  21. Antaranya, kita terlibat dalam penubuhan pelbagai wadah yang membantu masyarakat kita untuk bertumbuh dalam semua aspek kehidupan agar kita mampu berdiri sama tinggi dengan yang lain serta selesa duduk dengan sesama rakyat Malaysia.
  22. INDEP, KCCI, KLF, Kerusi Kadazandusun di UMS, Unit Khas bagi Bumiputera Bukan Melayu di Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak, adalah hasil titik peluh kita.
  23. Komuniti kita juga mampu tersenyum kerana UPKO berjaya mendapatkan pengiktirafan Perayaan Tadau Kaamatan sebagai perayaan Kebangsaan; penginstitusian adat komuniti kita sehingga kita berjaya mendapatkan peruntukkan membina Institut Latihan dan Bangunan Tersendiri Mahkamah Anak Negeri Sabah; dan mendapat perhatian khusus untuk kaum Kadazandusun Murut dalam Rangka Rancangan Jangka  Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2003.
  24. Kelantangan kita terserlah – hinggakan kita di anggap parti Pembangkang dalam Barisan Nasional – kita vokal mengenai mengenai Isu Pembangunan Wilayah (RDA) di Sabah, Kebebasan Beragama dalam konteks Perpaduan Nasional; mengenai istilah “Allah” dalam Alkitab dan penerbitan Herald – Catholic Weekly; Pengajaran dan Pembelajaran Bible Knowledge; serta Pembangunan Mission Schools di Sabah dan Seluruh Malaysia..
  25. Selain daripada itu, pendirian kita konsisten mengenai projek paip gas Petronas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak; mengenai isu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia; mengenai status Negara sebagai Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan; dan pendirian mengenai cadangan pemindahan setinggan haram dari Sri Tanjung ke Kampung Maang, Penampang; juga mengenai pemilikan Tanah Adat dan tanah Anak Negeri; serta Pendirian mengenai Sijil Anak Negeri Sabah; dan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah.
  26. Dalam semua ini, saya merasa really privileged kerana dapat serta sama terlibat secara langsung – menelusuri jalan penuh liku dan onak duri, berkorban tenaga, masa, wang, malah sering kali hal ehwal keluarga demi wawasan komuniti kita.
  27. I was there, in the thick of political arena even during my schooling days, but more so during the PBS era. Seperti yang saya katakan tadi, saya think tank dalam PDS dan UPKO; menjadi Ketua Penerangan, lepas itu Setiausaha Agung dan dalam the first real party election in October 2013, menang jawatan Timbalan Presiden UPKO.
  28. Pada 1 April 2014, Tan Sri Bernard passed the baton of party top leadership to me. Anak kecil daripada keluarga petani dari Kg Lokos, Kiulu tidak pernah bermimpi, apa tah lagi mengimpikan semua ini; bahawa sunduan perjuangan yang dicetuskan oleh Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, seterusnya Tan Sri Bernard – kini terletak dibahu saya.
  29. On my own, surely, this is simply too heavy a task for me. Namun, semangat kekitaan dikalangan kita, berlandaskan kepimpinan berprinsip dan berpelayanan (principle centered servanthood leadership), saya cukup yakin #teamupko – kita semua – akan terus relevan, progresif dan mampu  mencapai visi kita.
  30. Everything happens for a reason. Tanggal 29 Julai 2015, tanak kampung ini dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Sains Malaysia. It took me several months before I was at ease with the many jargons of science, technology and innovation. Sebahagian daripadanya adalah seperti yang tertera dalam buku SIMBIOSIS yang diterbitkan khas untuk memperingati genap setahun saya di Putrajaya.
  31. Yang jelas, my belief all these while, diperkukuhkan – bahawa, kalau komuniti kita mahu terus maju, setiap orang kita perlu embrace the new way of doing things. Ini selari dengan tekad kerajaan agar kita menjadi a scientifically advanced nation pada tahun 2020.
  32. Di MOSTI, saya kini lebih sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada dalam era ekonomi baru – ekonomi yang tidak lagi bergantung kepada komoditi tetapi pengetahuan. Kementerian ini akan mengukuhkan ekosistem sains, teknologi dan inovasi dalam konteks “The Fourth Industrial Revolution”.
  33. Justeru, komuniti kita perlu faham dan menerima kenyataan bahawa Kita kini sudah dalam era di mana robot akan menggantikan manusia dalam apapun juga tugasan. Robot akan memiliki “Artificial Intelligence” yang berkebolehan BELAJAR dan tidak lagi hanya ikut arahan.
    Industri yang bernilai billion-dolar kini menggunakan kod nombor “0” dan nombor “1” seperti komputer yang selalu kita gunakan. Tetapi pada masa hadapan, kod genetik is the way forward kerana ia akan menjana trillion-dollar industri.
  34. Orang kita faham, tanah ialah aset utama yang memungkinkan ekonomi negara bertumbuh berteraskan pertanian. Namun tidak lama lagi kita akan lebih terarah kepada zaman informasi di mana bahan mentah kita bukan lagi tanah tetapi data.
  35. Pada Khamis yang lepas, satu mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusi oleh YAB Perdana Menteri telah diadakan. MOSTI merupakan sekretariat bagi Majlis ini. Dalam mesyuarat tersebut saya menegaskan kepada Perdana Menteri, Menteri-Menteri Persekutuan dan pihak industri bahawa ketibaan the Fourth Industrial Revolution adalah sesuatu yang pasti.
  36. Mahu tidak mahu, orang-orang kita wajib terlibat dengan menjadi pakar-pakar dalam sains, teknologi, engineering dan mathematics (STEM). Ini adalah cabaran yang menunggu komuniti kita.
  37. Pada masa yang sama, dalam bidang sosial, we must not rest on our laurels. Kita mesti mempertingkatkan kesedaran tentang apakah sunduan sebenar UPKO sebagai satu platform yang memperjuangkan agenda komuniti kita.
  38. Kita juga wajib memahami bahwa kuasa politik adalah wadah untuk mencapai visi kita – yang antara lain ialah memperkasa komuniti kita menerusi kemajuan pelbagai bidang: pendidikan, sosioekonomi dan pembangunan fizikal.
  39. Selain itu, semangat misompuru mestilah dihargai kerana ia adalah tunjang dan tunggak terpenting parti tokou.
  40. Make no mistake about it – the challenges ahead is nothing like we have ever encountered before. But let us take to heart tonight – we have what it takes to run the good race to the end – dan menggapai visi kita.  Kehadiran anda semua pada malam ini adalah bukti bahawa semua ini bukan hanya mainan tidur.
  41. From what we have gone through thus far, I wish to humbly echo a resolve by Tan Sri Bernard: Not only do I want this party to outlive me; saya percaya selagi komuniti kita wujud, selagi itu juga lah bendera Kinabalu akan terus berkibar. This is my belief, this is my resolve, this is my hope. This must be our prayers. Demi Orang Kita; Komuniti Kita; Visi Kita.

Selamat Ulangtahun ke-22 UPKO. Kounsikou
Ends

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s